Rintihan Palestin...Apa Peranan Kita???
Saban hari, bumi Palestin terus di hujani dengan bom-bom dan peluru-peluru. Samada melalui udara, darat atau laut. Peluru dan bom yang tidak mengenal mangsa. Umat Islam yang tidak bersalah, terus-menerus menjadi mangsa kekejaman tentera Israel. Anak kehilangan ibu, isteri kehilangan suami, dan sebaliknya. Kerakusan Israel seolah-olah tiada akhirnya. Seluruh manusia di muka bumi Allah terus-terusan mengutuk dan mengecam kekejaman mereka. Namun, pemimpin Israel yang seolah-olah tidak mempunyai telinga langsung tidak mengendahkan kutukan-kutukan negara lain. Hasrat mereka hanyalah satu, iaitu menghancurkan umat Islam.
Kutukan-kutukan yang tidak berkesan kepada mereka yang mendapat sokongan daripada Amerika jahanam. Dengan alasan mempertahankan diri dan negara dari serangan HAMAS, mereka menyerang Palestin. Sasaran utama mereka ialah pejuang Hamas, namun yang menjadi korban adalah orang-orang awam. Mereka sebenarnya takut kepada orang-orang awam yang mungkin bangkit menjadi pejuang hebat seperti Allahyarham Sheikh Ahmad Yassin. Apabila seorang pejuang hebat syahid, nescaya akan muncul beribu-ribu pejuang hebat yang lain.
Kini, mangsa korban kekejaman Israel terus meningkat sehingga melebihi 500 orang. Tentera Israel kini terus menjalankan pencerobohan menggunakan bom kimia. Penggunaan bahan kimia ke atas kawasan kepadatan tinggi penduduk seperti semenanjung Gaza, menambah lagi kecaman ke atas Tel Aviv yang dituduh bertindak melampaui batas terhadap roket dilancar Hamas ke atas kawasan diduduki oleh Yahudi. Kita sebagai umat Islam, apa yang mampu kita lakukan??Adakah kita hanya melihat, tanpa menghulurkan sebarang bantuan ataupun kita masih berseronok tatkala saudara-saudara kita di Palestin di serang yahudi laknatullah. Bangkitlah wahai umat Islam. Hulurkanlah bantuan samada melalui kewangan atau apa-apa sahaja bantuan yang boleh membantu Palestin dan menghancurkan rancangan musuh-musuh Allah. Janganlah biarkan diri kita terus leka dengan perkara-perkara tidak berfaedah sebagaimana rancangan yahudi ingin melekakan dan merosakkan umat Islam seluruh dunia. Sesungguhnya, puak-puak yahudi telah berjaya melekakan kita. Mereka kini tersenyum melihat perpecahan umat Islam. Bangkitlah, jangan biarkan rancangan yahudi terus-terusan berjaya. Doakan supaya umat Islam, amnya di Palestin mendapat perlindungan dan tentera Israel gagal dalam rancangannya. Berdoalah, sesungguhnya doa adalah senjata mukmin. Dengan senjata itulah Nabi Allah Nuh AS terselamat, kaumnya yang kafir tenggelam dalam taufan. Dengan senjata itulah Nabi Allah Musa AS terselamat dari kezaliman Firaun. Dengan senjata itulah nabi Allah Salleh AS terselamat dan kaum Tsamud binasa. Dengan senjata itulah Nabi Allah Hud AS berjaya dan kaum Aad kecundang. Dengan senjata itulah Nabi Muhammad SAW menempa kejayaan gemilang dan kaum musyrikin penentangnya tersungkur. Dengan senjata itulah bangsa Rom dan Parsi di kalahkan oleh para sahabat Baginda.
Wallahu’alam.
3 comments:
Israel semakin kejam...sebuah negara yg haram menunjukkan kekuasaan...umat Islam spttnya bangkit...jgn jd mcm Mesir yg menyekat bantuan kemanusiaan...jgn lupe kite doakn selalu kemenangan Islam..Allahuakbar!!
mungkin kita disini tak mampu mengangkat senjata untuk mengalahkan Israel tapi sebagai umat Islam...senjata utama kita adalah doa. Bersama-samalah kita mendoakan kesejahteraan saudara-saudara kita di Palastin.
Salam..Apa disini yang lebih penting ialah kita menolak 100% pemikiran yahudi.Mengapa kita masih lagi mengambil hiburan drpd yahudi.Kita masih lg menonton filem yang dia bikin..lagu yang dia buat..itu yg lagi penting..ia akan merosakkan fikrah kita..Kita sekarang lebih suka dengar lagu daripada orang yang mmbc Al-Quran..Mengapa ini terjadi..Inilah tugas yahudi..Jadi yang lbh penting untuk tgkatkan semangat Islam tolak hiburan yang boleh melupakan kita kepada Islam..
Post a Comment