Bersama Menyemarakkan Spirit Dakwah. Islam Untuk Semua.

Aidiladha Suatu Keistimewaan


Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t kerana masih lagi memberi peluang kepada kami untuk berkongsi sedikit sebanyak info-info @ input-input yang insyaallah berguna untuk kita semua sebagai hambaNya. Moga-moga dengan sedikit perkongsian mampu meningkatkan keimanan kpdNya.Sedar atau tidak, sekarang kita telah masuk ke musim Haji. Kini kita berada pada bulan terakhir dalam tahun Islam iaitu bulan Zulhijjah. Umat Islam tanpa mengira kaum, bangsa atau keturunan kini bertumpu di Mekah untuk menunaikan rukun ke-5 dalam Rukun Islam iaitu menunaikan ibadat Haji. Mereka yg berkemampuan seharusnya menggunakan peluang dan rezeki yang Allah berikan untuk menunaikan ibadah Haji dan seterusnya mendapat Haji mabrur. Ramai yang ingin menunaikan ibadat haji, tetapi tidak berkemampuan. samada dari segi kewangan, kesihatan dan lain-lain lagi. Berpeluang untuk beribadat di Baitullah merupakan keinginan umat Islam dan tidak semua berpeluang.

Kini jemaah Haji dari seluruh dunia sedang berkumpul di Padang Arafah melaksanakan salah satu rukun Haji iaitu Wukuf. Sekiranya tidak mengerjakan wukuf, nescaya tidak sah ibadah Haji yang dilakukan. Wukuf dijalankan pada 9 Zulhijjah ( 7 Disember) dan kemudian umat Islam di seluruh dunia akan meyambut Aidiladha pada 10 Zulhijjah sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah.


Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana merupakan hari umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail dalam menunaikan perintah Allah s.w.t. Banyak pengajaran yang kita dapat daripada peristiwa ini yang seharusnya mendidik hati-hati kita menjadi insan yang bertaqwa. Kepada yang berkemampuan, sebaik-baiknya menjalankan ibadat korban dan mengagihkan daging-daging kepada mereka yang layak menerima.Sesungguhnya ramai umat Islam yang tidak mampu untuk membeli daging dan ada yang hanya mampu merasa untuk makannya pada Aidiladha. Ibadah korban dijalankan mulai selepas Solat Hari Raya Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah.

Di kesempatan ini, kami, Sahabat Masjid mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan Maaf Zahir dan Batin. Berhati-hati di jalanraya, moga bertemu di semester yang akan datang. Marilah kita sama-sama doakan kemenangan Islam.InsyaAllah.

0 comments:

Deerland di hati...


Alhamdulillah...bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana Conference of Nature '08 akhirnya berjaya juga di jalankan dgn jayanya.Setingi-tinggi kesyukuran kami rafakkan kpd Allah s.w.t. Sesungguhnya tanpa rahmat & redha Allah s.w.t, nescaya program yg dirancang ni tidak akan berjalan dgn lancar. Setelah sekian lama JK Program berhempas pulas menyusun, merangka, dan merancang, akhirnya terlaksana juga perkhemahan SAHAM kali ke 6 yang berlangsung pada 14-17 November 2008 yg lepas, bertempat di Deerland Park, Lanchang. Walaupun banyak halangan yang mendatang, kesungguhan JK program dlm melaksanakan perkhemahan amat-amat dihargai.
Suatu perkhemahan yg pertama kalinya di adakan selama 4 hari 3 mlm. Dengan aktiviti-aktiviti yg cukup menarik, ramai sahabat- sahabiah amat-amat berpuas hati walaupun tidak seadventure bagi mereka yang sudah biasa menghadiri perkhemahan. Namun, melalui perkhemahan yg diadakan kali ini, mendidik insan-insan yg bergelar hamba Allah utk memahami & merasai apa itu erti kesusahan. Rata-rata peserta perkhemahan melahirkn perasaan syukuran kerana dapat menyertai perkhemahan kali ini walaupun diadakan pada cuti semester.


Trip pertama bagi perkhemahan kali ini bertolak pada pukul 11.00 pagi yang di sertai Aliff (Pengarah Program), Akmal (AJK Modul @ wakil Pemantun SAHAM) & Tharmizi ( AJK Tempat @ The Rider). Manakala trip kedua dengan 3 buah bas bertolak selepas solat Jumaat. Perkhemahan kali ini disertai oleh 72 orang pelajar dan 5 orang Staff ( Ustaz Zuridan, Ustaz Hazmi, Ustaz Abdu, En Fadzli & En Nasrul Hadi).
Pelbagai aktiviti yang telah diadakan dan banyak pengalaman-pengalaman baru yg diperolehi. Antaranya ialah memindahkan khemah dlm masa 20 minit pada jam 5.30 pg dalam keadaan hujan yang masih mencurah-curah dari langit,keadaan tanah yang becak dan licin dipenuhi air, tidur di tepi sungai tapi bila bangun dh jadi pulau. Semuanya mengajar kami erti kepayahan dan kesusahan mereka yang serba kekurangan.
Selain itu,program khidmat komuniti bersama masyarakat kampong juga memberi kami satu pengalaman yang cukup berharga dengan kehadiran anak belia kampong Bolok yang sangat menceriakan memberi kami satu semangat baru untuk bersama mereka.
Walaupun dalam keadaan kepenatan,tetapi dengan modul yang luar dari kebiasaan menyebabkan kami lupa akan kepenatan yang kami lalui seperti modul “Realiti dakwah”yang dijalankan.
Dan pelbagai lagi program menarik yang telah dijalankan dan dirancang oleh pihak SAHAM dalam menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat. Tidak lupa juga kpd penyajak hebat kita iaitu Ustaz Hazmi yg menyampaikan sajak yg cukup hebat wpun sekejap shj. Keseluruhannya, aktiviti-aktiviti yang dijalankan cukup-cukup menarik minat para peserta dan sesuai dijalankan . Jutaan terima kasih kami ucapkan kpd Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIPI) terutama kpd Pengarah PIPI (Ustaz Zuridan) krn memberikan kami peluang mengadakan perkhemahan pada kali ini.
Dengan sedikit pengalaman daripada program ini, diharapkan barang sedikit sebanyak respon dari sahabat sahabiah sekalian yang telah pegi ke program ini untuk berkongsi pengalaman yang dilalui bersama dalam program ini…Semoga dipanjangkan usia dimurahkan rezeki oleh Allah,moga-moga dipertemukan kita sekali lagi dalam perkhemahan yang akan datang,insyaAllah..=)

Kalau ada sumur diladang,
Boleh bersama menumpang mandi,
Moga dikurniakan umur yang panjang,
InsyaAllah,perkhemahan akan datang bertemu lagi..

Sekian,Wasalam…

4 comments:

Kami Sayangmu ya Rasulullah...

Adakah kita benar-benar termasuk dlm kategori yg mencintai Rasulullah dgn sbnr-bnrnya ataupun kita hanya mengucapkn lafaz sayang di bibir semata-mata.Sama-sama hayati kisah ini & muhasabahlah diri kita. Betapa sayangnya Rasulullah s.a.w kpd kita, umat akhir zaman.


Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut.

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah.


"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.” Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku. Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,

"Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggil Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan risau, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan ruh Rasulullah ditarik. Seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Sahabat-sahabat muslim sekalian, marilah kita renungkan kembali pengorbanan Rasulullah kepada umatnya lainnya, betapanya cintanya Rasulullah kepada umatnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

KAMI SAYANGMU YA RASULULLAH!!!KAMI RINDUIMU!!!

5 comments:

Ada lagi yang lebih susah...

Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "

"Mak pergi menoreh," jawabnya.

"Mana bapak?"

"Bapak pergi kerja..."

"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.

"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.

"Awak ada berapa orang adik-beradik?"

"Sepuluh."

"Adik ni yang ke berapa?"
.




"Saya yang kelapan."
?br />"Mana abang-abang kamu pergi?"

"Tolong emak menoreh."

"Adik puasa hari ini?"

"Sama je makcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.

Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"

"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".

"Bapak kerja apa?"

"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar.

Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.

Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!".

Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.

Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.

Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar:

Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah makcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu?

Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu, dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.

Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."

Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"

"Cuma RM3.00 sehari."

"Ayahnya bekerja macam mana"

"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..

Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?

Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita

3 comments:

Ujian oh ujian....



Dalam kita meniti kehidupan ini, kita pasti di uji dengan pelbagai ujian & dugaan dari Allah s.w.t. Samada ujian itu kecil atau besar, berat atau ringan atau sebagainya. Ujian & dugaan inilah yang akan mematangkan kita untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa. Ramai manusia yang merungut bilamana di uji dengan sesuatu ujian.

Kadangkala, ujian yang mendatang itu menyebabkan ada di kalangan kita berasa lemah dalam agama Allah. Ujian datang dalam pelbagai bentuk. Samada dalam bentuk kesenangan, kesusahan, (ujian peperiksaan...hehe) dan sebaliknya.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Ankabuut
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "
(ayat 2-3)

Dan kadangkala, sahabat-sahabat yang berada di sekeliling itu juga merupakan ujian bagi kita. Dalam hidup ini, kita tidak mampu memuaskan hati semua orang dan ini menyebabkan ada yang tidak senang dengan kita. Seperti kisah Luqman al-Hakim dan anaknya dengan telatah manusia. Bagaimana Luqman al-Hakim tidak mampu memuaskan hati semua orang di sekelilingnya.


Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."
Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."

Dalam perjalanan mereka dua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

Moga-moga sedikit perkongsian ini,akan mampu mematangkan diri kita semua....insyaALLAH!!!

Wallahu’alam

1 comments:

Hadis itu apa?

Kita sering mendengar mengenai hadis. Apakah yang di maksudkan dengan hadis itu sebenarnya?dan apakah yang maknanya hadis Qudsi, Hadis Shahih, Hadis Maudhu dan lain-lain lagi. Sedikit perkongsian mengenai hadis.

Hadis
Hadis berasal dari perkataan al-Hadits bermaksud 'baru' atau 'kata-kata'. Dari segi istilah, bermaksud, sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w sama ada berbentuk perkataan, perbuatan atau sifat.

Sanad

Dari segi bahasa bermaksud, tempat sandaran. Manakala dari segi istilah pula iaitu, urutan atau rantaian para perawi hadis yang bersambung sehingga kepada matan (isi kandungan) hadis.


Matan pula ialah ungkapan hadis setelah berakhirnya nama-nama perawi-perawi yang meriwayatkan hadis itu.

Contohnya, hadis yang diriwayatkan oleh imam hadis seperti al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud. Lafaz hadis ini terdapat di dalam Sunan Abu Daud.

Sulaiman telah menceritakan kepada kami, Hammad telah menceritakan kepada kami, dinukilkan daripada Ayyub, dinukilkan daripada Nafi', dinukilkan daripada Ibn Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Janganlah kamu menghalang pemakmur-pemakmur ALLAH dari mendatangi masjid-masjid ALLAH."


Ungkapan 'Sulaiman telah menceritakan kepada kami, Hammad telah menceritakan kepada kami, dinukilkan daripada Ayyub, dinukilkan daripada Nafi', dinukilkan daripada Ibn Umar r.a katanya' inilah dinamakan sanad.

Manakala ungkapan 'janganlah kamu menghalang pemakmur-pemakmur ALLAH dari mendatangi rumah-rumah ALLAH (masjid)' ini pula dinamakan matan.

Hasan
Hasan dari segi bahasa bermaksud hadis yang baik. Dari segi istilah pula, hadis yang diriwayatkan secara bersambung sanadnya oleh perawi yang adil (tidak berterusan melakukan dosa kecil dan menghindari dosa besar), kurang sedikit daya ingatannya berbanding perawi hadis sahih, daripada mula sanad sehingga akhir, tidak ganjil dan tidak ada kecacatan yang boleh menggugat kesahihan hadis.

Daif
Dhaif dari segi bahasa, lemah atau sesuatu yang berlawanan dengan kuat. Dari segi istilah pula, hadis yang tidak sampai kepada martabat hasan kerana tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Maudhu' (Palsu)
Hadis Mudhu' atau hadis palsu ialah sesuatu perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w secara dusta. Sedangkan hakikatnya baginda tidak ada kaitan dengan semua itu.

Sahih
Sahih dari segi bahasa bermaksud, sihat, iaitu berlawanan dengan sakit. Dari segi istilah, hadis yang bersambung sanadnya daripada perawi yang adil (tidak berterusan melakukan dosa kecil dan menghindari dosa besar), kuat daya ingatan, daripada mula sanad sehingga akhir, tanpa keganjilan atau kecacatan yang boleh menggugat kesahihan hadis.




0 comments:

Sila tekan SOAL JAWAB di atas


Peristiwa besar di Bulan Zulkaedah (Siri 1)

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana masih lagi memberikan kita peluang & ruang utk kite meneruskan kehidupan di atas muka bumi Allah yg indah ini. Sedar tidak sedar kita kini telah memasuki pertengahan bulan Zulkaedah. Ramai yang masih lagi sibuk dengan final exam & ada juga yang telah selamat kembali ke kampung masing-masing.
Bulan Zulkaedah merupakan permulaan bagi musim haji. Umat Islam bertumpu di Mekah tidak kira bangsa & kaum. Di sini bermacam ragam jemaah yang akan ditemui, ada yang jahil ilmu agamanya, tak kurang juga yang berpendidikan luar negara. Tidak kira samada pemerintah bagi negara @ orang biasa semuanya sama di sisi Allah dan yang membezakan adalah taqwa kepada Allah.
Insyaallah, utk permulaannya bagi penulisan blog ini, kami akan berkongsi sedikit mengenai peristiwa-peristiwa besar bulan Zulkaedah. Moga-moga sedikit perkongsian ini, akan mampu meningkatkan keimanan kita kpd Allah s.w.t

Peperangan Bani Quraizah
Selepas umat Islam mencapai kemenangan dalam peperangan Ahzab, umat Islam sekali lagi di uji dengan peperangan walaupun tiada pertempuran yang berlaku.Peperangan ini berlaku selepas Rasulullah s.a.w pulang dari peperangan Ahzab (Khandaq). Ketika Rasulullah s.a.w sedang membersihkan diri datang malaikat Jibrail a.s menemui Rasulullah s.a.w dan berkata " Adakah kamu sudah meletakkan senjata" bangunlah bersama mereka yang bersamamu untuk menyerang Bani Quraizah, sesungguhnya para Malaikat belum lagi meletakkan senjata.
Selesai sahaja memberitahu Rasulullah s.a.w lalu Jibril mengetuai rombongan malaikat menuju ke perkampungan Bani Quraizah...

Selepas itu Rasulullah s.a.w pula bersama dengan 3 ribu orang tentera menuju ke tempat tersebut di mana yahudi Bani Quraizah tidak menentang lalu tentera Islam mengepung musuh itu selama 25 malam. Walau pun yahudi Bani Quraizah boleh bertahan beberapa lama lagi di dalam kota mereka disebabkan bekalan makanan dan air yang banyak disamping di kelilingi oleh kota yang kukuh sedangkan tentera Islam masih keletihan kerana baru pulang daripada Peperangan Ahzab ditambah pula dengan musim sejuk dan kekurangan makanan. Namun tentera Islam mempunyai semangat jihad yang tinggi sedangkan yahudi berada dalam ketakutan dan lemah semangat. Ketakutan yahudi bertambah kuat apabila Sayyidina Ali dan Zubair bin al-Awwam mula mara di mana Sayyidina Ali bertempik menyatakan : “ Wahai tentera Iman! Aku merasa seperti yang telah dirasai oleh Sayyidina Hamzah iaitu gugur syahid atau aku berjaya membuka kota yahudi ini”.
Akhirnya yahudi Bani Quraizah membuat keputusan untuk menyerah diri. Setelah berlaku sedikit rundingan lalu Rasulullah s.a.w menyerahkan hukuman terhadap yahudi pengkhianat ini kepada Sa’ad bin Mu’adz untuk menghakiminya. Sa’ad yang masih uzur akibat luka parah yang dialaminya semasa Peperangan Ahzab telah menjatuhkan hukuman agar kaum lelaki yahudi Bani Quraizah dihukum bunuh manakala kaum perempuan dan kanak-kanak dijadikan tawanan. Mendengar hukuman itu lalu Rasulullah s.a.w bersabda : “ Sesungguhnya engkau telah berhukum dengan hukum Allah s.w.t yang datang dari 7 petala langit”. Sa’ad mendapat keredhaan yang nyata daripada Allah S.W.T di mana doanya agar dilanjutkan usianya sehingga dia dapat menghukum Bani Quraizah dimakbulkan. Selepas peristiwa tersebut, keadaan Sa’ad semakin tenat sehingga nabi mengarahkan agar didirikan khemah di dalam masjid bagi membolehkan Sa’ad sentiasa berhampiran dengannya.

Rasulullah s.a.w bersabda :
اَهْتَزَّ عَرْشُ الرَّحْمنِ لِمَوْتِ سَعْدٍ ( رواه الصحيحان )
Maksudnya : ‘Arasy Allah S.W.T yang Maha Pemurah telah bergoncang kerana kematian Sa’ad

إِنَّ المَلائِكَةَ كَانَتْ تَحْمِلُهُ ( رواه الترمذي )
Maksudnya : Sesungguhnya para malaikat menanggung jenazahnya (Sa’ad bin Muazd.

Walau pun hukuman yang dijatuhkan ke atas yahudi Bani Quraizah ini pada zahirnya begitu keras bagaikan berbentuk paksaan sedangkan musuh telah menyerah diri tetapi hakikatnya ia begitu adil dan tepat sekali apalagi dengan terdedahnya bagaimana yahudi Bani Quraizah itu bukan sahaja mengkhianati janji tetapi turut merancang untuk membunuh seluruh umat Islam dengan menyimpan begitu banyak senjata untuk tujuan itu. Pelaksanaan kepada hukuman bunuh ini dijalankan dengan yahudi Bani Quraizah itu ditahan di kampung Bani Najjar lalu di gali parit-parit di kawasan pasir di Madinah dan kemudiannya dibawa sekumpulan demi kumpulan yahudi itu untuk dipancung leher mereka yang menyaksikan antara 6 hingga 7 ratus yahudi Bani Quraizah dihukum bunuh. Terdapat juga dikalangan yahudi itu yang memeluk Islam

***sumber rujukan Fiqh al-Harakah dari Sirah Nabawiyyah

0 comments:

Kem CONFERENCE OF NATURE '08

CONFERENCE OF NATURE '08

Assalammualaikum w.b.t

Untuk pengetahuan semua, insyaALLAH pihak Pusat Islam & Pembangunan Insan dengan kerjasama Sahabat Masjid (SAHAM) akan mengadakan satu perkhemahan bertempat di Taman Deerland, Lanchang iaitu pada 14-17 November 2008.

Ini merupakan julung kalinya perkhemahan kali ini
diadakan selama 4 hari 3 malam. Pelbagai aktiviti yang menarik akan
di jalankan. Antaranya ialah Khidmat Komuniti bersama penduduk kampung, bermain gajah (sape nk mandi ngan gajah,bolehlh), Jelajah Deerland, Menyusuri Sungai, Masak ala-ala survival dan pelbagai lagi aktiviti yg cukup-cukup menarik.


Firman Allah s.w.t dalam Surah al-An'am ayat 99
"Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman."

"Bersama-sama kita menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH s.w.t"

6 comments:

SAHABAT MASJID (SAHAM)

Assalamualaikum wbt
Julung kalinya SAHAM mewujudkan blog promosi yang bertujuan mempromosikan SAHAM (Sahabat Masjid) dan juga aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak SAHAM.

Untuk pengetahuan sahabat dan rakan-rakan di luar sana dalam masa terdekat ini, SAHAM akan mengadakan satu program perkhemahan yang akan diadakan di Lanchang,Pahang.Justeru promosi sedang rancak dilaksanakan dan semua mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) dijemput dan dialu-alukan untuk menyertainya.

Segala perkongsian kita akan susuli kemudian...Sekadar Muqaddimah..



0 comments:

Related Posts with Thumbnails