Bersama Menyemarakkan Spirit Dakwah. Islam Untuk Semua.

Wasiat ke-5 al-Banna, kurangkanlah ketawa

Jangan banyak ketawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (zikir) sangat tenang dan tenteram. Hasan al-Banna.

Ada riwayat yang menunjukkan bahawa kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan apabila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin. Sementara itu, ada juga riwayat yang menyebutkan bahawa ketawa Rasulullah tidak menunjukkan gigi.

Bagaimanapun, semua perlakuan itu cuma sekadar mengingatkan umat Islam selaku umat pendakwah bahawa gurauan, ketawa itu cuma amalan untuk mengurangi ketegangan jiwa.

Saidina Ali k.w juga menyebutkan bahawa sesekali kita perlu bergurau untuk menyebabkan jiwa rasa terhibur. Tetapi, ini tidak bererti kita perlu berhibur secara keterlaluan.

Maka, Hasan al-Banna telah menyusun dan merintis semula faham ini dengan meletakkan suatu pesanan yang sangat berguna kepada para dai'e dan Muslimin yang beriltizam dengan agama Islam ini.

Al-Banna tidaklah sampai mengharamkan gurauan dan ketawa. Namun, beliau seperti baginda Rasulullah s.a.w dan Saidina Ali, telah menyeru dan memperbaharui seruan melalui wasiatnya supaya umat Islam ini kurangkan bergurau dan melebihkan amalan dan tindakan.

Ini kerana, gurauan dan gelak ketawa yang berlebihan boleh mamatikan hati dan fikiran daripada memikirkan nasib dan permasalahan umat Islam yang menderita akibat penjajahan yang berterusan.

Tetapi, jika kita berterusan hidup dalam ketegangan, hal ini akan menyebabkan kerungsingan, kerisauan yang akhirnya mengundang kesan kejiwaan yang parah pula.

Maka, sikap yang terbaik dalam hal ini ialah kita mewakafkan lebih banyak masa untuk memikirkan serta menyusun tindakan bagi menyelesaikan permasalahan umat Islam. Selebihnya, saki-baki waktu itu diluang untuk merehatkan jiwa, hati dan fikiran kita setelah penat bekerja dalam seharian.

Atau jika masa dan kehidupan ini boleh kita pecahkan dalam bentuk peratusan, maka bolehlah diandaikan seperti ini. Iaitu, masa dan kehidupan untuk berfikir dalam hal permasalahan umat Islam ini ialah 70 peratus, manakala baki masa 30 peratus lagi adalah untuk senda gurauan.

Bagaimanapun, peratusan ini hanyalah sebagai gambaran kepada betapa pentingnya seseorang Muslim itu hidup di atas muka bumi ini untuk memperuntukkan kebanyakan masanya ke arah hal yang lebih berfaedah. Sementara, hal gurau senda dan bergelak ketawa itu hanyalah sekadar sedikit sahaja.

Muhasabah
Maka, marilah kita sebagai Muslim yang ingin mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat bermuhasabah mengenai kehidupan seharian kita sendiri. Dalam tempoh 24 jam, berapa banyakkah masa yang kita wakafkan untuk Islam dan Muslimin? Berapa banyakkah masa yang kita gunakan untuk kepentingan masyarakat?

Beruntunglah bagi Muslimin yang banyak meluangkan masa untuk membaca, menghadiri bengkel-bengkel ilmiah dan sebagainya lagi. Jika sebaliknya, maka tergolonglah mereka dalam kalangan mereka yang rugi.

Cabaran untuk membina sebuah masyarakat yang benar-benar memanfaatkan waktunya ke arah kebaikan sangat hebat. Dengan hiburan yang melampau-lampau dalam masyarakat kita hari ini, ditambah pula dengan kurangnya agamawan yang mahir dalam selok-belok penyiaran televisyen, rasa-rasanya agak mustahil kita lakukan semua ini.

Sekiranya lebih ramai agamawan yang mahir dalam bidang pembikinan media elektronik, maka kemungkinan besar masa-masa yang berkualiti dalam kalangan masyarakat kita akan dapat dipertingkatkan.

Sistem kehidupan bekerja yang dicipta oleh negara kita dan masyarakat antarabangsa pada hari ini ialah jumlah jam bekerja selama 8 jam (9 pagi sehingga 5 petang). Selepas tempoh bekerja, sekurang-kurangnya masyarakat kita akan berada di rumah dan meluangkan waktu bersama keluarga dengan mononton televisyen.

Namun, sayangnya acara-acara hiburan itu dikuasai oleh golongan pengkarya yang melebihkan unsur hiburan, lagho sahaja. Jika ada acara-acara tv yang bermotifkan keagamaan sekali pun, jumlahnya sangat sedikit dan terhad.

Atau, dalam erti kata lain, barangkali kita boleh misalkan begini..

Iaitu program hiburan, filem, drama, nyanyian dan lain-lainnya adalah hampir 80 peratus, dan selebihnya yang berjumlah 20 peratus lagi diperuntukkan kepada program-program yang bersifat keagamaan.

Ditinjau dari sudut ini, akan tercapaikan hasrat, wasiat dan pesanan Rasulullah s.a.w, Saidina Ali k.w dan Hasan al-Banna? Maka, terletak kepada kitalah insan Muslim yang sedar untuk mengubah semua ini supaya masyarakat kita ini akan melebihkan banyak waktunya yang berkualiti.

Iaitu, biarlah mereka lebih banyak didedahkan dengan program-program bermanfaat dan selebihnya adalah program-program yang bersifat santai sahaja.

1 comments:

Kem Pemantapan Ruhiyyah '09

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurniaNya, akhirnya terlaksana juga Kem Pemantapan Ruhiyyah '09 yang telah diadakan pada 27-29 Mac 2009 bertempat di Kem Desa Cempaka, Pantai Sepat.

Setinggi-tinggi penghargaan ana ucapkan kepada semua ahli Jawatankuasa Program & Fasilitator yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program yang di adakan. Tahniah diucapkan kepada para peserta kerana telah berjaya mengharungi program yang penuh dengan ilmu yang bermanfaat. Insyaallah.

Moga-moga para peserta yang hadir, dapat mengaplikasikan apa yang di pelajari di kampus kita. Agar Islam tertegak di muka bumi UMP.Insyaallah..




1 comments:

10 Muwassafat tarbiyyah


Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:


1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:
"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan." Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna:
"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."
Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

0 comments:

Elemen Penting Dalam Tarbiyah

Betapa besarnya peranan tarbiyyah dalam menjamin kemurnian dan memahami matlamat Islam sepanjang masa, kerana pergantungannya yang kuat dari aspek tarbiyyah dan memenuhi syarat-syarat kemenangan kepada janji Allah SWT.

Tujuh elemen-elemen penting tarbiyyah:-

1-Tarbiyah Ruhiyyah :
Iaitu mendidik ahli supaya iltizam dengan amalan ibadah sehingga dapat merasakan kelazatan hasil mengerjakan ibadah itu serta dapat mencari kekuatan hati melaluinya. Juga untuk mempertingkatkan muhasabah dan muraqabah sebagai paksi kepada gerak kerja yang baik, menanamkan kesabaran yang tinggi dalam amal jamaie, sensitif kepada dosa dan mungkar, bersemangat jihad dan bercita-cita untuk syahid.

2-Tarbiyah Thaqafiyyah :
Menanamkan budaya membaca (tidak dihadkan kepada buku-buku haraki sahaja tetapi meluaskan skop bahan bacaan), berjumpa dengan tokoh-tokoh ilmuwan, menghadiri persidangan-persidangan dan seminar-seminar akademik dan sosial, membudayakan perbincangan di kalangan ahli dengan tidak menunggu hanya pada waktu usrah atau tamrin sahaja supaya ahli mempunyai daya intelektual yang tinggi dan berpengetahuan am yang luas.

3-Tarbiyah Harakiyyah :
Melengkapkan ahli dengan ilmu teknik-teknik pengurusan moden, di samping konsep-konsep dan adab-adab berkumpulan yang lain.

4-Tarbiyyah Siasiyyah :
Meningkatkan pengetahuan dan pembacaan politik mengenai perkembangan politik tempatan dan antarabangsa, di samping memahami konsep dan falsafah khilafah Islamiyyah dan kepimpinan ulama' yang lebih mendalam dan praktikal kepada dunia semasa.

5-Tarbiyyah Kendiri (Self-Development) :
Mengenalpasti dan mengembangkan potensi individu-individu ahli yang matang dalam sikap, tindakan dan keputusan, berfikiran kreatif, kritikal, analitikal dan terbuka, bermotivasi tinggi, berakhlak baik dan terpuji, bersikap berani, berkeyakinan diri dan 'adaptable' dalam semua suasana dan keadaan.

6-Tarbiyyah Badaniyyah (Jasmani) :
Melatih ahli memberi perhatian kepada kesihatan badan, mempunyai kecergasan dan stamina yang tinggi, menjalani latihan fizikal untuk membentuk generasi yang tahan lasak dan bersedia menghadapi usaha-usaha musuh yang mungkin menggunakan kekerasan.

7-Tarbiyyah Kekeluargaan Islam :
Mendidik ahli dalam memilih calon pasangan hidup yang selari dengan kriteria yang dikehendaki oleh Islam dan berpengetahuan mengenai pembentukan dan amalan-amalan keluarga Islam.



0 comments:

Ubaidillah mimpi ditinggal akibat abai solat jemaah

RASULULLAH SAW menyatakan bahawa mengerjakan sembahyang dengan berjemaah itu dua puluh tujuh kali ganda darjatnya jika dibanding sembahyang seorang diri.

Ia bererti pahala sembahyang berjemaah lebih besar daripada sembahyang seorang diri.

Dalam pada itu, sembahyang berjemaah dapat meningkatkan ukhuwah, persatuan dan kesatuan.

Di dalam sembahyang tercermin kesamaan darjat.

Tidak ada yang tinggi atau rendah, tiada beza antara kaya dan miskin, berpangkat dan rakyat biasa.

Ada dikisahkan bahawa Ubaidillah bin Umar Al-Qawariri (guru Imam Bukhari, Muslim, dan Abu Dawud) berkata: “Aku sama sekali tidak pernah meninggalkan jemaah sembahyang Isyak.

Pada suatu malam, aku kedatangan tamu, sehingga tidak dapat menunaikan sembahyang Isyak dengan berjemaah.

Sesudah tamu itu pulang, aku segera pergi ke masjid di Basrah, barangkali ada yang belum mengerjakan sembahyang jemaah Isyak.

Ternyata semua orang melakukannya, sementara masjid telah terkunci. Kemudian aku pulang, hingga kemudian teringat suatu hadis: “Sesungguhnya sembahyang dengan berjemaah itu dua puluh tujuh kali lipat darjatnya jika dibanding dengan sembahyang seorang diri.”

Lalu aku mengerjakan sembahyang Isyak dua puluh tujuh kali, kemudian tidur.

Ketika tidur aku bermimpi melihat sekelompok orang menaiki kuda, kemudian aku mengejar mereka dengan kudaku.

Ketika hampir terkejar, ada salah seorang di antara mereka berkata: “Kamu tidak mungkin boleh mengejar kami. Sebab kami mengerjakan sembahyang berjemaah di masjid, sementara kamu mengerjakan sembahyang secara bersendirian (munfarid) di rumah.” Selepas mendengar ucapan itu, lalu aku terjaga dan berasa sangat susah sekali.”

Oleh itu, seorang Muslim tidak sepatutnya mengabaikan sembahyang dengan berjemaah, lebih-lebih lagi sembahyang Isyak dan Subuh, begitu juga Asar, Zuhur dan Maghrib yang lebih baik secara berjemaah.

Berdasarkan kisah itu, dapat dimengerti betapa pentingnya nilai amalan sembahyang sehingga dengannya kita dapat selamat daripada ancaman seksa neraka, terhindar daripada ciri orang munafik dan dicatat sebagai mukmin kamil.

Di dunia menjadi insan terpuji disebabkan selalu bertindak disiplin dan sentiasa menghalau kemungkaran.

Sementara, di akhirat menjadi insan mulia disebabkan mendapatkan jaminan syurga.


0 comments:

Ganjaran Pahala Solat Subuh Mengatasi Keindahan Dunia


RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Muslim)Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.

Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.


Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau 'Subuh gajah', iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: "Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya) ." (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.

Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: "Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya."Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?

Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.Diriwayat kan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga." (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, "Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka." (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

0 comments:

‘ Bengkok’nya Perempuan…..


“ Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah nak merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut – lembut, cakap baik – baik….hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi – menjadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi.”

“ Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad ? Siapa yang buat hal kali ni ?”


Staf saya si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu.”


“ Entah – entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion.”

“ Alaaah….orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok ? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti takut patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah.”

“ Jangan cakap macam tu Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu.” “ Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan ? Apa yang tak kena pulak, Naim?”

“ Maksud saya begini. Menafsirkan Hadis itu seolah –olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang “ disadvantaged “ atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah – olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertakwa. Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara – perkara yang tidak baik.

“ Buktinya apabila Rasulullah s.a.w, datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap “ golongan yang tak berguna “ kepada “ sayap kiri “ kepada masyarakat. Baginda ada memberikan tugas – tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan.

“ Tapi memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak melayan dia.”

“ Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan sahaja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk dan cara “ protes ” tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman yang lemah, bukan sebab jantina.

“ Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan lemah lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah – marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah – entah waktu itu
kita lebih ‘ bengkok ‘ daripada mereka !”

“ Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje.”

“ Aku bukannya nak bela sesiapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu.”

“ Apa maksud sebenar Hadis itu.”

“ Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adlaah satu “ penyempurnaan .”
Sepertimana juga usus manusia yang berlipat – lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat ‘ pelindung .’ Ia melindungi organ – organ penting di
dalam tubuh manusia seperti jantung, paru – paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu.”

“ Oh begitu. Jadi bila Nabi katakana yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?”

“ Begitulah. Selain itu, maksud ‘ tulang rusuk yang bengkok ‘ itu ialah sifat ‘ rahmah .’ Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat – sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak – anaknya dengan berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja – kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan.

“ Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu, jangan cuba
buang sifat “ bengkok “ ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas – tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ –organ yang penting tadi tidak akan selamat.

“ Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkan betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar.”

“ Hmm, betul tu Naim.”

“ Sebenarnya tiada siapa yang ‘ bengkok ‘ mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada
iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat - sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan menjadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya.”

“ Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah -marah dan tidak sabar.

“ Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih ‘ bengkok ‘ daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah lebih ‘ bengkok ‘ daripada semua orang lain.

Kisah ini dipetik dari risalah Menyingkap Rahsia Insan

5 comments:

Sekitar Malam Penghayatan Maulidur Rasul















2 comments:

Rabiatul Adawiyyah

Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah.
Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan
semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman
hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan- Mu.

“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan- Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat
kepada-Mu.”

Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT: “Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi,
bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti: “Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau
menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”

Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”

Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya: “Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:
“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah
diluahkannya:

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!

Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.”

Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:

“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan.
Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.

Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.

Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal.

0 comments:

Pemimpin Yang Diredhai

PEMIMPIN satu amanah dan bukannya tempat mencari kemuliaan sebab amanah ini akan ditanya di akhirat nanti.

Realitinya hari ini pemimpin dipuji, diberi sambutan dan tepuk sorak.


Siapalah tidak ghairah pasang angan-angan menjadi pemimpin, hingga ada yang berkata: “Asyik dia orang saja dapat, bila lagi giliran aku pula.”

Islam sejak beratus tahun lampau mencipta rekod kepemimpinan di pelbagai benua dan kota, terus melakarkan beberapa pra syarat agar pemimpin betul-betul ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepemimpinan, bukan hanya terpimpin selamat di dunia malah juga di akhirat nanti.

Syarat pertama pemimpin ialah iman. Dalam surah al-Kahfi Allah menyatakan iman itu ada tiga implikasi, iaitu 'imun', 'aman' dan 'amin.'

Imun maknanya kebal daripada maksiat dan kebal daripada rasuah. Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik, bukannya hipokrit. Manakala 'amin' pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah .

Syarat kedua ialah ilmu kepemimpinan. Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu.

Makna kepemimpinan ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap. Jika tidak ada ilmu, sepak terajang dan kerenah kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin.

Syarat ketiga ialah 'selfleadership.' Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin?

Perkataan 'leader' merujuk kepada tanggungjawab (al-mas'uliyah). Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap kamu dalam pemimpin dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawab berdasarkan apa yang kamu pimpin.”

Syarat ini menggambarkan orang yang memimpin itu mampu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti.

Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan mengkambing hitamkan orang lain demi keselamatan diri.

Syarat keempat ialah pemimpin memerlukan 'The Power Of Communication.' Ketika berinteraksi dengan pengikut akan menghadapi pelbagai kerenah, keinginan dan tuntutan yang semestinya mampu menenangkan mereka walaupun hajat tidak tertunai, bukannya putar belit.

Cara berkomunikasi ada empat:

1) Cakap mudah difahami, bahasa terang, arahan jelas tidak berbelit-belit.

2) Kesamaan. Setiap orang mudah didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol. Pasangan berkahwin sebab banyak kesamaan antara mereka. Mereka nescaya bercerai jika ada banyak perbezaannya.

3) Ikhlas. Walaupun ikhlas terletak di hati dan tidak nampak dengan mata namun ia dapat dirasai. Jika tidak ikhlas seakan ada satu gelombang yang mengganggu perasaan orang yang dipimpin. Kata-kata tidak tajam tidak masuk di hati.

4) The power of service. Cakap hanya perlu pada tempatnya tetapi bertindak semestinya lebih banyak. Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.

Rasanya elok juga disinggung sedikit perkara yang menambah komitmen moral seorang pemimpin berasaskan tafsir lima ayat surah al-Muddassir.

i- Bangun dan beri peringatan. Pemimpin mempunyai kepedulian sosial yang tinggi. Sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.

ii-Mesti membasarkan Allah. Pemimpin perlu sentiasa ke depan tetapi jangan mendahului Allah.

iii- Bersihkan pakaiannya. Pakaian luar dan dalam iaitu hati biar turut bersih.

iv- Tinggalkan dosa.

v- Janganlah memberi sesuatu kerana ingin mendapat lebih banyak malah kalau boleh jangan ingat bahawa kita pernah memberi kepada seseorang.

0 comments:

DIRIKU YANG KUKASIHI

DIRIKU YANG KUKASIHI

Kutahu dalam perjuangan hidupmu
Mengharungi arus keremajaan ini
Terkadang jiwa mudamu diulit kealpaan
Hanyut dalam buaian perasaan
Yang tidak berkesudahan
Itulah fitrah orang muda

Dalam kesibukan menghadapi pelajaran
Tanggungjawab kepada agama, keluarga dan masyarakat
Dirimu tetap tidak dapat lari
Dari belenggu dan hambatan naluri mudamu
Benarlah usia muda banyak pancaroba
Kehidupan yang terlalu padat dengan emosi
Serta ilusi cinta dan cita2

Namun, jangan biarkan dirimu
Hanyut dek pergaulan yang tidak syara’
Kerana percampuran tanpa batasan itu
Hanyalah keseronokan palsu
Berusahalah muhasabah diri
Dalam mengatasi kegawatan akhlak
Serta jadilah seorang puteri
Yang tinggi nilainya di sisi Allah

Kekalutanmu menepis semua itu
Pastinya dianggap satu mujahadah
Yang begitu mahal harganya
Anggaplah itu sekadar seekor rama2
Yang singgah untuk mewarnai duniamu

Wahai diriku
Jangan diikutkan kata hati
Kerana hati yang beku dari mengingati Allah
Tidak mungkin menunjukkan jalan yang benar
Kembalilah semula pada asuhan dan didikan Allah
Serahkan sepenuh hatimu
Kerana disitulah tempatmu yang sebenarnya
Semoga disitu kaukan dapat membebaskan dirimu
Dari kemelut perasaan yang berpanjangan



0 comments:

Sambutan Maulidur Rasul 1430H Peringkat UMP



14 Mac 2009 (Sabtu)

9.00 pagi Gotong royong memasak (jom turun ramai-ramai)

6.30 malam Makan Malam

7.25 malam Solat Maghrib berjamaah

7.45 malam Tayangan Filem ýAl-Risalah Vol 2ý

8.45 malam Solat Isya' berjamaah

9.00 malam Para hadirin berangkat ke Astaka (Perarakan -selawat & Kompang)

9.15 malam Malam Penghayatan Maulid Ar-Rasul

Nasyid (IPT luar)

Deklamasi sajak

Pentomen

Cabutan Bertuah (insyaallah)

11.00 malam Majlis Penutup


*****di jemput semua untuk hadir*****

0 comments:

Kenikmatan Hati dan Nafsu

Kenikmatan yang dirasakan oleh orang yang berhati bersih tidak sama dengan kenikmatan orang yang terbelenggu oleh nafsu. Kenikmatan hati adalah kenikmatan yang sebenarnya. Orang-orang yang berhati bersih menikmati berbagai kebajikan, merasakan kesenangan batin dan berkelana dengan pikiran-pikiran baiknya. Sudah menjadi kebiasaan orang-orang yang berhati bersih untuk mencari tempat-tempat yang sepi kemudian menikmatinya, terutama pekuburan. Tempat yang secara langsung mengajarkan bahwa semua orang akan tinggal di sana. Orang-orang yang berhati bersih menikmati berbagai kebajikan yang dijauhi oleh mereka yang terbelenggu oleh berbagai kenikmatan nafs. Keduanya memiliki perbezaan yang sangat besar.

Orang yang berhati bersih akan merasa cukup dengan sedikit harta (qanaah), menyukai semangat yang muncul dari fikiran mereka dan menikmati batin serta taman-taman pemikiran mereka. Sedangkan kenikmatan orang yang terbelenggu oleh nafs kadang sulit didapat dan melelahkan, seperti usaha untuk menumpuk harta tetapi tidak menyedekahkannya, usaha untuk membalas dendam dan usaha untuk menghindari musuh dan penentang. Semua usaha ini melelahkan. Demi memenuhi keinginan syahwat yang hina, manusia rela melakukan berbagai dosa besar.

Orang yang berhati bersih merasa kaya meskipun tak memiliki harta. Demikianlah sifat orang-orang yang memiliki kenikmatan. Walau hanya memiliki sedikit teman, mereka tetap memburu kemuliaan. Mereka mengatur waktu dengan seksama. Jika Allah memberinya makanan yang hanya cukup untuk satu hari, merekapun bersyukur dan memandangnya sebagai nikmat yang paling sempurna. Sebab, keadaan orang yang menumpuk-numpuk dan menyombongkan harta sangat berbahaya, sedikit dari mereka yang selamat. Kecuali, orang yang bersyukur dan mendermakan hartanya untuk membantu orang-orang yang membutuhkan dan menghindari sikap kikir yang tercela. Sangat sedikit orang kaya yang mahu berbuat seperti ini, sebab sebagian besar dari mereka hanya memperoleh sedikit taufik, khususnya di zaman ini, zaman di mana sifat kikir telah menguasai jiwa.

Nabi Isa berkata:

“Kukatakan kepada kalian, sesungguhnya seekor unta lebih mudah
memasuki lubang jarum daripada orang kaya masuk ke surga.”

Maksud sabda Nabi Isa di atas yaitu masuk surga tanpa hisab.

Diriwayatkan bahwa Allah SWT berkata kepada Nabi Musa as:

“Wahai Musa, jika engkau melihat seorang fakir datang, maka katakanlah kepadanya, “selamat datang syiar kaum sholihin.” Dan jika engkau melihat orang kaya datang, maka katakanlah, “Inilah dosa yang disegerakan siksanya.” Wahai Musa jangan lupakan Aku, sebab ketika seseorang melupakanKu, dia akan berbuat banyak dosa. Dan jangan merasa
senang dengan memiliki banyak harta, sebab banyak harta akan mengeraskan hati.”

Wahai saudaraku ketahuilah, orang-orang sebelum kita hidup di zaman yang baik. Mereka hidup di zaman yang baik, selalu memandang orang-orang yang mulia dan cerdas, besikap shidq dalam mencapai semua tujuannya dan berlomba-lomba mengamalkan sunnah. Hati merekapun menjadi bersih. Setelah zaman yang baik ini berlalu, penghuninya pergi, kebaikan pun hilang. Mereka yang hidup di akhir zaman tidak merasakan nikmatnya akhlak mulia serta tidak menyaksikan orang-orang yang shidq. Akhirnya mereka mencari kenikmatan lain; kenikmatan yang rendah dan melelahkan. Mereka tidak merasakan berbagai kenikmatan mulia yang diperoleh orang-orang zaman dahulu.

Telah kami jelaskan bahwa nafs harus disibukkan dengan sesuatu. Begitulah fitrah nafs, seperti api, maksudnya, nafs selalu membutuhkan kesibukan seperti api membutuhkan kayu bakar. Jika mampu, nafs akanmencari kemuliaan dan jika tidak mampu maka dia akan menggantinya dengan perbuatan-perbuatan hina. Oleh kerana itu wahai saudaraku, sibukkanlah nafs mu dnegan kenikmatan hati. Itulah kerajaan yang sejahtera. Kenikmatan ini tidak diketahui oleh para pecinta dunia yang diuji dengan mengumpulkan dan menyimpan harta. Kenikmatan initelah disebutkan oleh Allah Taala dalam wahyuNya:

“Barangsiapa mengerjakan amal saleh, baik lelaki mahupun wanita
dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya
kehidupan yang baik.” (an Nahl 16:97)

Kehidupan yang baik di sini adalah perasaan qonaah dan bahagia walau tidak memiliki harta. Perasaan ini merupakan buah hubungan yang baik. Sebaliknya, engkau melihat seorang hamba memiliki kekayaan dan kehidupan yang baik, tetapi merasa tersiksa. Dadanya terasa sempit, akhlaknya jelek dan kesedihan selalu menyertainya. Sebab dia
mengabaikan hak-hak Allah Taala.

Allah Taala mewahyukan:

“Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunnya pada hari kiamat dalam keadaan buta.”
(Thoha. 20:124)

Ikrimah berkata:

“Allah memberi orang-orang yang melupakan Nya rezeki haram yang mempersulit kehidupannya.”

Sebab, sesuatu yang haram akan memperburuk akhlak, merosak hati dan menyempitkan dada sebagaimana telah terbukti dan tidak diragukan. Orang seperti ini mendapat bencana, kelelahan, gelisah dan keinginan-keinginan-nya tidak terwujud. Kesusahannya tidak akan pernah berakhir. Kita berlindung kepada Allah dari musibah seperti ini. Dalam
sebuah syair disebutkan:

Hati yang kaya, merasa cukup dengan sedikit harta yang dapat menutup keperluanmu. Jika lebih dari itu, menjadi miskinlah hatimu.

Hati yang kaya tidak akan membutuhkan berbagai kenikmatan rendah yang kita rasakan saat ini, seperti berbagai hiburan yang melalaikan, pakaian mewah, kesibukan memperindah rumah dan urusan duniawi lainnya. Dalam pandangan orang-orang yang memiliki semangat dan akal, perbuatan ini sangatlah rendah. Manusia mendapatkan musibah dengan menghambur-hamburkan hartanya dan menyia-nyiakan umurnya untuk
memperoleh kenikmatan di atas.

Inilah siksa yang menunjukkan bahwa kedudukannya di sisi Allah Taala sangat rendah. Fahami ini, jangan terjerumus ke dalamnya. Berdoalah selalum maka Ia akan merahmatimu, sebab Ia Maha Dekat dan Maha Mengabulkan doa.

0 comments:

In-Team - Pemergianmu

(Ya Rasulallah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia ?kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu

0 comments:

Detik-detik Sakaratul Maut Rasulullah SAW

Inilah bukti cinta yang sebenar-benarnya tentang cinta, yang telah dicontohkan Allah SWT melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, meski langit mulai menguning di ufuk timur, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayapnya.

Rasulullah dengan suara lemah memberikan kutbah terakhirnya, “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasul yang tenang menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. “Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

“Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk.

“Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah.

“Siapakah itu wahai anakku?”
“Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah.

Fatimah menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut telah datang menghampiri. Rasulullah pun menanyakan kenapa Jibril tidak menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.

Tapi, semua penjelasan Jibril itu tidak membuat Rasul lega, matanya masih penuh kecemasan dan tanda tanya.

“Engkau tidak senang mendengar kabar ini?” tanya Jibril lagi.

“Kabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak, sepeninggalanku?”

“Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril meyakinkan.

Detik-detik kian dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

“Jibril, betapa sakitnya, sakaratul maut ini.” Perlahan terdengar desisan suara Rasulullah mengaduh.

Fatimah hanya mampu memejamkan matanya. Sementara Ali yang duduk di sampingnya hanya menundukan kepalanya semakin dalam. Jibril pun memalingkan muka.

“Jijikkah engkau melihatku, hingga engkau palingkan wajahmu Jibril?” tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril sambil terus berpaling.

Sedetik kemudian terdengar Rasulullah memekik kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

“Ya Allah, dahsyat sekali maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku,” pinta Rasul pada Allah.

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali pun segera mendekatkan telinganya.

“Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

“Ummatii, ummatii, ummatiii?” Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran kemuliaan itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

0 comments:

Terlalu Menyintai (Bahagian Akhir)

Hampir 2 bulan selepas perceraian kami aku tidak pernah bertemu dengan Harriz. Dia menghilangkan diri begitu sahaja. Aku tidak tahu ke mana Harriz membawa diri. Sudah puas aku mencari tapi Harriz tidak juga aku temui. Aku sudah bernekad bahawa aku mesti mencari Harriz. Aku ingin mengikat semula tali perhubungan kami yang terputus. Aku telah bersumpah bahawa tiada lelaki lain selain Harriz yang boleh menjadi suamiku.

Aku ingin bina semula istana cinta kami yang telah aku runtuhkan dahulu disebabkan kebodohan aku. Tapi, di mana aku nak mencari Harriz? Sudah merata tempat aku pergi. Telah pelbagai cara aku lakukan namun gagal. Adakah sengaja Harriz tidak mahu berjumpa dengan aku? Terlalu besarkah dosa aku padanya? Ibu dan ayah sudah tahu mengenai perceraian aku dan Hariz. Mereka benar-benar terkejut dengan tindakan kami pada mulanya. Ayah marahkan aku, begitu juga ibu. Aku tahu aku yang bersalah. Namun marah mereka tidak lama kerana mereka tahu takdir sudah tertulis bahawa aku dan Harriz tidak boleh kekal bersama cuma
mereka kesal dengan sikap dan perangai aku yang tidak pernah berubah. Aku terlalu degil dan sukar untuk dibentuk.

Tapi itu dulu, sebelum kehadiran Harriz. Sekarang, aku bukan seperti aku yang dulu. Harriz telah mengubah pendirian aku. Dialah punca segala-galanya. Dia jugalah yang telah membuka pintu hati ini untuk mengenal apa itu erti cinta, kasih, sayang dan rindu. Aku terlalu rindukan kehadiran Harriz di sisi. Cinta, kasih dan sayang pada Harriz semakin hari semakin bertambah.

Nama Izham terus hilang dari ingatan aku. Dia bukanlah lelaki yang boleh dipercayai. Segala kegiatan jahatnya terbongkar apabila satu hari aku terbaca diari Harriz yang tertinggal di rumahku selepas Harriz menghilangkan diri pada pagi yang keramat itu. Setiap detik dan hari sudah pasti ada kisah aku dan Izham di London tertulis di dalam diarinya. Dari situlah aku tahu, Izham bukanlah seorang lelaki yang jujur. Dia banyak memainkan perasaan wanita seperti aku. Sampai sekarang Harriz tidak tahu bahawa aku telah membaca diarinya. Segala isi hatinya dan perasaannya pada aku ditulis dalam diari itu. Barulah aku tahu
memang Harriz lebih mengenali aku daripada aku mengenali diriku sendiri. Dia begitu hebat di hati aku kini. Harriz.....Di mana kau sekarang...

di saat ini aku sentiasa mendoakan agar dirimu selamat dan dijauhkan dari segala kesulitan hidup. Akhirnya malam keramat itu telah merubah takdir hidupku sekali lagi. Tidak dapat aku lupakan, bagaimana sayunya suara ibu menyampaikan berita yang paling takut untuk aku dengar. Mungkin ini adalah balasan Tuhan di atas keangkuhan aku memainkan undang-undang ciptaan Tuhan selama ini. Harriz...Nama itu kini hanya tinggal bayangan masa silam. Dia benar-benar telah meninggalkan aku bersama kenangannya. Harriz tidak lagi akan aku temui sampai bila-bila...

"Maafkan ibu, Ain. Ibu tak dapat hubungi Ain dua hari yang lalu. Harriz sudah tiada lagi di dunia ini. Dia dah tinggalkan kita semua buat selama-lamanya. Maafkan ibu, ibu lambat beritahu Ain. Kanser hatinya dah semakin merebak dalam tubuh Harriz. Dia terlalu rindukan Ain tapi dia tak mampu untuk bertahan lama. Ibu benar-benar minta maaf Ain....."

Kata-kata ibu tidak berupaya lagi untuk aku dengar. Aku terasa berada diawangan. Semuanya bagaikan halilintar yang membelah bumi. Aku terduduk. Air mata mengalir tanpa henti. Aku menangis dan terus menangis tanpa henti. Tidak sempat untuk aku sujud di kakinya, memohon ampun dan maaf. Dosa aku terlalu banyak pada Harriz.

"Maafkan Ain, Harriz. Ain bersalah pada Harriz dan Ain tidak sempat untuk sujud di kaki Harriz. Maafkan Ain, maafkan Ain..." Aku menjerit sekuat hati tapi siapalah yang mampu untuk menenangkan aku di saat itu. Aku keseorangan. Ibu dan ayah tiada di sisi. Hanya semangat Harriz yang wujud dalam diri ini tapi kini Harriz meninggalkan aku secara tiba-tiba. Aku hilang arah tuju. Dunia dapat aku rasakan gelap. Harriz tidak pernah menceritakan pada aku tentang penyakitnya. Patutlah kata-kata Harriz malam itu aku rasakan lain. Dia benar-benar maksudkannya. Kalaulah aku tahu begini jadinya tidak akan aku bertindak bodoh untuk berpisah dengan orang yang ikhlas mencintai aku. Akan aku jaga Hariz sehingga dia mengucapkan lafaz kematian di hadapan mata aku sendiri.

Tapi, itu semua telah terlambat untuk dijadikan realiti dalam hidup aku. Hariz meninggalkan aku di saat-saat cinta ini telah berputik. Kepulangan aku ke bumi Malaysia tidak membawa apa-apa makna pada aku kerana orang yang ingin sangat aku jumpa selama ini sudah pergi. Hanya pusara yang tinggal untuk aku lawati. Setitis demi setitis air mata ini jatuh mengalir tatkala aku sampai di pusara Harriz. Aku dapat merasakan Harriz seakan berada di sebelah aku melihat aku mengalirkan air mata kerana meratapi kematiannya. Harriz, jika dapat kau dengar luahan hati ini, ingin sekali aku bermohon ampun dan maaf padamu yang tidak pernah sempat terucap di bibir ini biarpun ketika kita bersama.

Baru kini aku dapat menilai erti cintamu yang mendalam terhadap diri ini. Aku terlalu angkuh dan keegoan ini telah memakan diri aku sendiri. Sepucuk surat yang terakhir kau tujukan untukku baru kini dapatku baca. Meruntun hati ini tatkala aku membaca bait-bait puisi yang engkau karangi hanya semata-mata untukku. Aku tahu aku benar-benar bersalah !!!..
Ikhlasnya cintamu itu tidak setanding dengan apa yang ada di dalam hati ini untuk aku beri. Rendahnya martabat diri ini jika kita dapat bersama. Selafaz doa aku bacakan untukmu, begitu jua jutaan kemaafan aku pohon padamu Harriz... Sajak yang ditujukan khas buat diri ini tidak puas aku membacanya. Sekali lagi aku menatap agar ia dapat menenangkan aku kerana tidak dapat melihat di saat-saat pemergianmu yang tidak dirancang tapi telah ditentukan Tuhan.
Sesungguhnya...syurga seorang suami adalah ketika bersama isterinya dalam susah dan senang...

Permata hati buat isteri yang disayangi
Nurul Ain Bt Hamdi...
Dunia saya sewaktu bersama awak dirasakan amat luas.... Awak adalah anugerah Tuhan yang tak ternilai buat saya... Biarpun cinta ini tidak pernah wujud dalam diri awak... Namun, harapan itu tetap ada dalam impian saya Saya sayang awak lebih dari segalanya Saya mencintai awak dengan setulus hati Tatkala lafaz nikah terucap di bibir ini Memiliki awak adalah amanat yang harus saya jaga sebagaimana Tuhan menciptakan Adam untuk Hawa... Namun, pemergian saya tak dirancang... Bila-bila masa sahaja nyawa ini akan menghentikan nafasnya. Biarpun saya tiada di sisi awak lagi Saya harap awak tidak pernah lupa akan diri ini yang sentiasa mencintai awak...
-HARRIZ BIN HASHIM-
01 JANUARI 2003

0 comments:

WARKAH BUAT RASULULLAH S.A.W

Selawat sejahtera ke atasmu, wahai junjungan besar, kekasih Allah, Rasulullah s.a.w. Nabi kami, kami yakin Allah mendengar detik hati kami ini. Yang ingin kami nyatakan kepada mu ya Habibullah, bahawa kami terlalu benar menderhakaimu. Yang kami jauh benar menyimpang dari ajaranmu. Dan kami tahu, menyalahimu adalah sama seperti menyalahi Allah sendiri Tuhan segala-galanya.

Jika mampu bagi kami, ingin kami ucapkan beribu ampun dan maaf, kerana kami masih lagi lemah dalam memperjuangkan agama Islam yang engkau perjuangkan dahulu.

Ya Habibullah, wahai kekasih Allah, tiada keraguan bagi kami, bahawa engkau pastinya senang dengan kehidupanmu sekarang disisi Kekasihmu. Wahai Rasulullah, ingin kami menjejakimu.

Tapi sering perjalanan kami buntu. Ingin sekali melihat wajahmu. Tapi, dengan amalan kami ini, cukup kami ragu. Rasulullah, kami rindu kepadamu. Walau pun kita tak pernah bertemu, tapi.. Tapi cukuplah dengan berita ketaqwaanmu, berita akan kebenaranmu, berita ketabahanmu... membuatkan hati ini sayu tak berlagu. Membuatkan diri kami ini seakan ternampak akan seri di wajahmu.

Ingin sekali ya Rasulullah berjumpa denganmu. Mencium dahimu. Memeluk tubuhmu dan berkata kepada mu, kami rindu... Kami mohon kemaafan atas amanah yang telah kami selewengkan. Dalam keinginan yang membuak-buak ini ya Rasulullah, kami malu, bagaimana nanti jika berhadapan denganmu. Apa yang ingin kami perkatakan kepadamu?
Ya Rasulullah, engkau insan yang paling mulia dikalangan manusia. Juga muliamu di kalangan malaikat. Juga muliamu atas segala makhluk. Begitulah anugerah Tuhan kita kepadamu.

Tapi ya Rasulullah engkau juga seorang manusia biasa. Yang bernafsu, bernafas seperti kami. Ya Rasulullah taubatmu setiap hari. Zikirkirmu setiap saat, hatta ketika tidurmu. Solatmu, sujud seorang hamba.
Laparmu... MASYAALLAH ! Kekasih Allah ini berlapar kerana ketaqwaannya! Mengikat batu ke perut mu menahannya. Tapi kami ya Rasulullah, sudah terhidang, yang lazat pula, masih lupa siapa yang memberinya. Asyik merungut itu dan ini. Terlupa bersyukur kepada Pemberi.
Mujurlah Pemberi Yang Maha Lembut lagi Maha Sabar. Kalau tidak!.. MASYAALLAH! apalah kesudahan kami???!! Sudahlah erti taubat pun tak mengerti, dosa pulak asyik ditambah berkati-kati.

Zikirkan Allah jarang sekali, yang paling paling pandai melalak dan menyanyi. Solat bagaikan burung gagak, terpatuk-patuk. Kadang di tikar sejadah pun masih nak bergelak!
Beginilah kebanyakkan kami sekarang ini ya Rasulullah. Kepada sunnah-sunnahmu kami buta. Cuma pakai bila suka. Yang tidak engkau ajar, cepat kami belajar, senanglah hati musuhmu si kuffar. Jauh sekali kami ya Rasulullah, jauh sekali dari dirimu. Jauh dari jasadmu, jauh pula dari kesucian Islam yang dibawamu. Tetapi Ya Rasulullah. Kami masih menaruh harapan. Masih pasrah moga Allah perkenankan kami mendapat syafaat mu wahai tuan. Ya Allah. Ampunilah kami. Dosa kami terhadapMu. Berikanlah kami petunjukMu ya Allah di atas jalan yang lurus seperti yang ditunjuki dahulu oleh kekasihMu, Muhammad s.a.w. Wahai Pemegang hati-hati kami. Tetapkanlah akidah kami ini, menjunjungMu sepenuh hati dengan keyakinan sejati bahawa Engkau Esa. Engkau Suci, Maha Suci Engkau dari segala sifat kecelaan dan kelemahan. Bahawa Engkaulah Tuhan yang sebenar-benarnya dan selayak-layaknya untuk segala makhluk menyembah.

Dan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruhMu, RasulMu yang membawa tidak lain melainkan kebenaran belaka. Dan Agar kami beriman dan seterusnya beramal dengan segala keupayaan kami ke arahMu dan ke arah jalan yang ditunjuki utusanMu itu. Amiin Ya Rabbal A'lamiin. Semoga kita berjumpa lagi wahai kekasih Allah .... Wallahu a'lam .

KAMI MERINDUIMU YA RASULULLAH..

2 comments:

Jenis-jenis Menangis

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."
(AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.


Tangis tercela atau terpuji ??
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s
Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut

-Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
-Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
-Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
-Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
-Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
-Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda
"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fisabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat"
-seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.(riwayat dari Salman al Farisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
- Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
- Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
- Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
-..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.

...sampaikanlah walau satu ayat" al hadis

moga kita sama-sama mengambil manfaat drnya.
wallahua'alam

2 comments:

Terlalu Menyintai (Bahagian 3)

Aku terlalu rindukan Izham. Kenapa Izham tiba-tiba sahaja menghilangkan diri. Sudah lama dia tak menghubungi aku. Hampir 3 bulan aku tak mendengar suaranya. Izham masih lagi di London. Dahulu, di awal usia perkahwinan kami Izham sering menelefon aku. Suaranya benar-benar memberi aku semangat. Izham tahu mengenai masalah aku dan Harriz. Dia juga tahu rancangan aku mengenai 'perkahwinan kontrak' ini. Izham langsung tidak memarahi aku. Dia tahu bahawa aku menerima Harriz bukan atas dasar cinta tapi atas dasar hormat aku pada ayah.

Dia jugalah yang menyokong aku dan katanya lagi bahawa dia sanggup menunggu aku bukan saja setahun malah selama hayatnya masih hidup dia sanggup menanti aku. Aku dapat rasakan ketika itu akulah wanita yang paling bertuah kerana dapat memiliki cinta Izham yang betul-betul ikhlas menyayangi aku. Namun suara Izham hanya dapat aku dengar 3 bulan yang lalu. Di mana Izham sekarang? Mungkinkah dia terlalu bosan menunggu dan terus menunggu kehadiran aku dalam hidupnya? Ahh... kalau aku jadi Izham pun sudah pasti perkara yang sama akan aku lakukan. Satu tahun bukannya tempoh yang singkat.


Sedangkan hati boleh berubah inikan pula penantiannya yang boleh dianggap satu angan-angan yang tak pasti. Ini semuanya berpunca daripada Harriz. Kadangkala aku terlalu bencikan Harriz tetapi kehadiran Harriz jugalah sedikit sebanyak telah mengubah hidup aku. Tidak dapatku sangkal bahawa dia seorang suami yang baik, dan benar-benar mengambil berat tentang diri ini. Aku sahaja yang tidak pernah menghargai kehadirannya dalam hidup aku. Tiada lelaki lain selain Harriz yang tulus ikhlas menyayangi, menyintai, dan menghormati aku. Bila difikir-fikirkan, aku rasa bertuah kerana punya seorang suami yang terlalu memahami aku. Memanjakan aku seolah-olah aku ini budak kecil yang perlu didodoi. Aku sakit dia menjadi doktorku, aku lapar dia menjadi tukang masakku malah bila aku terlambat ke pejabat dia sanggup menghantarku sedangkan ketika itu dia punya urusan lain.

Tapi, kenapa mesti Harriz? Bukan Izham? Tiba-tiba saja hati aku terdetik, mungkinkah jodohku memang bersama Harriz. Sisa-sisa hayatku adalah hidup bersama Hariz sehingga aku mati. Di mana Izham sekarang? Kenapa dia menghilangkan diri? Sudah tiada lagi cintakah di dalam hatinya untukku? Atau aku sahaja yang mengangankan sesuatu yang bukan milikku. Sedangkan sesuatu yang sudah tentu menjadi milikku aku abaikan begitu saja. Antara Harriz dan Izham?? Siapa yang harus aku pilih? Ooohhh...Terlalu sukar hidup ini.
"Masih panas lagi suhu badan awak ni. Saya bawa awak ke klinik.." Aku ingat lagi peristiwa pertama yang mencetuskan rasa sayang aku pada Harriz dan wujudnya rasa cinta dan kasih di hati ini pada Harriz. Ketika itu aku demam panas. Memang aku tak mampu nak berbuat apa-apa kerja ketika itu. Nak bangun dari katil pun tak terdaya. Mungkin waktu itu aku terlalu rindukan Izham dan dalam masa yang sama aku juga sibuk dengan kerja-kerjaku di pejabat.

"Tak pe, saya sihat. Panas sikit je. Lepas makan Panadol, sihatlah. Awak tak payah nak risaukan saya. Saya tahu apa yang saya buat. Awak buatlah kerja awak. Jangan ganggu saya, boleh tak?" Aku meninggikan suara. Tapi bukannya aku
marahkan Harriz, cuma aku tak tahan dengan kesakitan di kepala yang aku alami. Harriz masih tak berganjak. Dia meletakkan tangannya di dahiku. Aku menepis dengan kuat tangan Harriz. Berkerut-kerut dahiku menahan sakit. Aku cuba
bangun tapi tak mampu. Dengan pantas tanpa pedulikan kemarahanku, Harriz terus
mendukungku keluar dari bilik. Aku benar-benar terkejut dengan tindakannya. Habis tubuh Harriz menjadi sasaran aku untuk memukul.

"Awak nak bawak saya ke mana ni ? Lepaskan saya!!" Aku cuba menjerit tapi badan aku terlalu lemah dan tak mampu untuk aku meninggikan suara. "Awak sakit di hadapan mata saya. Takkan saya nak jadi orang bodoh untuk dengar kata-kata awak supaya tinggalkan awak dalam keadaan macam ini. Saya nak bawak awak ke klinik.
Nyawa awak lebih penting sekarang." Harriz....Sungguh mulia hatimu. Aku buta untuk menilai kasih sayangmu yang mencurah-curah mencintai diri ini sedangkan aku terus bodoh menanti pada orang yang tak pasti. Sedikit demi sedikit hati wanitaku mulai cair. Sepanjang aku terlantar sakit Harriz menjaga aku siang dan malam. Dia sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menemani aku. Segala makan dan pakai semuanya Harriz yang lakukan untuk aku, biarpun pada mulanya aku malu dengan tindakan Harriz. Entah mengapa, perasaan benci dan marah dalam diri ini pada Harriz berubah menjadi kasih dan sayang pada Harriz. Aku benar-benar terharu dengan keikhlasannya selama ini dan aku juga bangga dengan ketabahan Harriz yang sanggup hidup bersama aku susah dan senang. Dia tidak pernah kisah dengan caci makiku dan kutukan aku pada dirinya selama ini. Kesabarannya terhadap kedegilan aku membuatkan aku mula jatuh cinta pada Harriz. Tetapi keegoan aku mengatasi segalanya. Aku malu untuk meminta maaf pada Harriz walaupun selama ini aku yang banyak melakukan kesilapan. Aku tahu, aku seorang isteri tapi aku tak pernah menjalankan kewajipanku. Aku gagal menjadi isteri yang sempurna pada Harriz.

Dua minggu lagi akan tamatlah ikatan kontrak perkahwinan kami. Sepatutnya aku boleh gembira sekarang kerana tidak lama lagi Harriz akan melafazkan kata-kata keramat bagi seorang isteri. Namun, kegembiraan itu tidak dapat aku rasakan sekarang. Buat pertama kali dalam hidup aku, aku dapat melupakan ingatan aku pada Izham. Kerinduan pada Izam sudah tiada lagi. Yang terbayang di dalam fikiran aku sekarang hanyalah Harriz Bin Hisham, seorang suami yang terlalu agung darjatnya dalam hati aku. Aku benar-benar takut untuk berpisah dengan Harriz. Selepas ini Harriz bukanlah lagi peneman setia aku. Aku dapat rasakan bahawa hidupku selepas ini akan sunyi. Tiada lagi senyuman Harriz dan gurauan Harriz. Ooohh..TuHAN!! Apa yang telah aku lakukan sekarang?
"Selagi awak di hadapan mata saya dan awak hidup bersama saya, selagi itulah kewajipan saya sebagai suami akan saya lakukan. Biarpun dalam kontrak tidak tertulis, namun sudah menjadi tanggungjawab seorang suami supaya menjaga isterinya samada dalam keadaan susah mahupun senang. 2 minggu lagi, hubungan kita akan tamat. Tapi, percayalah biarpun sehari malah sesaat pun, awak tetap di hati saya. Saya tahu kebencian awak pada saya tidak akan hilang. Begitu juga
dengan cinta saya. Ianya tidak akan pernah pudar. Andai diberi peluang sekali lagi, saya mahu teruskan hidup ini bersama awak Nurul Ain. Nama awak sudah terpahat di dalam hati saya." Harriz mengusap rambutku dengan kain basahan sewaktu memandikan aku yang terlantar sakit.

Tiba-tiba satu ciuman diberikan di dahiku. Terasa ingin mengalir air mata ini, namun aku dapat bertahan. Mataku ketika itu masih tertutup. Mungkin Harriz menyangkakan aku sedang tidur tetapi tidak sebenarnya. Segala kata-kata luahan hati Harriz dapat aku dengar cuma aku tidak berani untuk menatap wajah Harriz ketika itu. Harriz, kenapa kau terlalu baik pada diri ini yang seharusnya tidak layak untuk berada di hatimu yang suci itu. Aku tidak mampu untuk menyintai seperti mana engkau menyintai aku. Andai engkau dapat mendengar luahan hati ini, berjuta-juta kemaafan ku pohon darimu tapi untuk meluahkannya hati aku amat berat. Aku malu sebenarnya Hariz. Terasa kecil diri ini di hadapan matamu Harriz. "Kenapa awak menerima saya untuk menjadi isteri awak sedangkan sebelum ini kita tidak pernah berjumpa. Awak tak pernah mengenali saya, tapi awak sanggup berkahwin dengan saya. Bukankah itu satu tindakan yang bodoh namanya?"

Aku memberanikan diri untuk bertanya pada Harriz sewaktu kami menjamu selera di sebuah restoran selepas balik dari berjumpa dengan ibu dan ayah. Harriz tersenyum. Dia memandang aku. Aku jadi kaget. "Soalan itu rasanya sudah saya jawab sebelum kita menjadi suami isteri lagi. Nama awak sebenarnya sudah lama terpahat di dalam hati saya. Hampir dua tahun saya mengenali awak sebelum saya berjumpa dengan awak." Harriz sengaja menoktahkan ayatnya di situ supaya aku semakin keliru. Kali ini aku yang memandang wajahnya dengan seribu pertanyaan di kepala. "Dunia ini tidaklah sebesar mana. Tuhan mentakdirkan hidup saya supaya bertemu dengan awak bukan di bumi Malaysia. Saya juga pernah belajar di luar negara dan sama universiti dengan awak." Aku ternganga. Ligat otakku mengingati semula wajah-wajah pelajar Malaysia yang pernah aku jumpa di London. Rasanya tiada langsung wajah Harriz yang pernah aku jumpa. Betulke dia ni atau sengaja nak memainkan aku? "Setahu saya pelajar Malaysia tidaklah sebanyak mana pun, tapi kenapa saya tak pernah berjumpa dengan awak? Awak jangan nak bergurau dengan saya." Aku seakan tidak percaya. Benarkah apa yang Harriz cakapkan sebentar tadi?

"Saya belajar part time. Awak memang tidak akan perasan saya. Saya belajar waktu malam, tapi awak dan Izham selalu datang makan di restoran tempat saya bekerja. Ingat tak Cafe Bistroze? Saya jadi pelayan bar di situ. Maklumlah, saya ni orang miskin, tak mampu nak belajar sepenuh masa. Siang saya bekerja dan malam saya belajar. dan maaf dari awak kerana dosa saya sebagai isteri adalah terlalu besar. Saya kagum dengan awak kerana menghormati saya dan keputusan saya selama ini. Awak seorang lelaki yang terlalu baik dan saya tidak layak untuk berada di hati awak. Saya percaya, selain saya akan ada seorang wanita lain yang akan muncul dalam hidup awak dan benar-benar menerima cinta awak dan menyayangi awak lebih dari segala-galanya di dunia ini." Aku juga menahan sebak. Tidak mahu air mata ini mengalir di hadapannya. Percayalah Harriz, sesungguhnya hati ini telah lama engkau miliki tapi aku tak mampu untuk berterus terang. Aku perlukan masa. Tidak tahu berapa lama lagi. Aku sebenarnya terlalu malu untuk berhadapan dengan dirimu yang tulus ikhlas mencintai aku. Aku tahu, aku bodoh selama ini kerana tidak nampak sebutir permata yang boleh menerangi sepanjang hidupku. Harriz hanya mampu tersenyum. Dia memegang tanganku lantas ciuman kasihnya diberikan.

Aku dapat rasakan mungkin itu adalah ciumannya yang terakhir sebelum kami berpisah. "Selepas ini, saya harap awak tidak akan hilangkan ingatan awak pada saya. Biarpun diri saya ini hanyalah sebesar zarah di hadapan mata hati awak, namun awak jangan lupakan saya. Kalau boleh, biarlah berkekalan sampai ke akhir hayat awak.

Setahun adalah satu tempoh yang singkat untuk saya lebih mengenali awak. "Kalau Tuhan mentakdirkan umur saya panjang ingin rasanya sekali lagi saya harungi hidup ini bersama awak di dalam satu keadaan yang berbeza di mana awak benar-benar mencintai saya dan menyayangi saya sepenuh jiwa dan hati awak. Andai terjadi, saya dapat rasakan bahawa sayalah manusia yang paling bertuah dapat memiliki awak." Kami bertentangan mata buat kali terakhir. Aku jadi sayu apabila memandang wajahnya. Takdir kami akan berubah esok. Mungkinkah ianya terjadi....

Malam itu aku tidur di dalam seribu ketakutan. Esok pasti akan terjadi, begitu juga dengan lafaz kontrak akan termaktub. Ahhh..undang-undang yang dibuat manusia. Sentiasa menyusahkan. Takdir hidup aku esok akan ditentukan. Aku tahu
bukan sahaja aku, malah Harriz lebih merasai ketakutannya. Dia terlalu mencintai aku. Malah kerana cintanya itu akhirnya memakan dirinya sendiri. Dia menghormati segala keputusan aku kerana ikhlasnya cinta Harriz pada diri ini.

Keesokan harinya aku terlewat bangun. Tergopoh gapah aku keluar dari bilik. Aku dapat rasakan sesuatu...Harriz tiada di dalam biliknya. Begitu juga dengan kereta Harriz, tiada di luar. Aku terduduk di ruang tamu. Terlalu cepat Harriz
meninggalkan cintanya. Tidak sempat untuk dia berkata sesuatu pada aku buat kali yang terakhir. Mungkin Harriz tidak mampu untuk berhadapan dengan aku. Kontrak perkahwinan terletak kemas di atas meja. Aku dapat lihat sepucuk sampul
surat berwarna biru di atas kontrak tersebut. Hati aku berdebar-debar. Semakin lama getaran di dadaku semakin terasa. Tanganku menjadi sejuk. Menggigil-gigil jari jemari ini untuk menyentuh surat tersebut.

Lama aku perhatikan surat Harriz. Aku tak sanggup nak buka kerana aku tahu segala keputusan semuanya berada di dalam baris-baris ayat surat tersebut. Aku takut, namun, aku pasrah. Ia kehendak Tuhan dan hati aku sendiri. Aku harus menerima segala keputusan dengan tenang. Lagipun selama ini itulah yang aku minta pada Harriz biarpun Harriz berat untuk melakukannya. Dengan lafaz Bismillah aku membuka lembaran surat tersebut dan akhirnya....

"Bahawasanya saya HARRIZ BIN HASHIM dengan ini menceraikan NURUL AIN BT HAMDI
dengan talak satu. Segalanya adalah mengikut kontrak perkahwinan yang telah kami
tandatangani iaitu bertarikh 30 DISEMBER 2002"

-HARRIZ BIN HASHIM-


Dia benar-benar melakukannya...Pertama kali air mataku mengalir. Aku kini bukan milik Harriz lagi. Tahniah untuk diriku sendiri kerana permainkan undang-undang Tuhan dan natijahnya aku yang terima sekarang. Ooohh..Harriz. Kenapa kau berlalu pergi begitu saja. Tiada langsung ucapan selamat tinggal yang keluar dari mulutmu. Kenapa hatimu terlalu lembut? Kenapa kau tidak memujuk aku supaya jangan berpisah ? Andai ianya berlaku sudah pasti aku tak m ahu engkau meninggalkan aku. Aku mula menyayangi dirimu Harriz.. Benih-benih cinta dan kasih dalam diri ini pada Harriz sudah bercambah tapi aku tak mampu untuk tunaskannya...

0 comments:

SAKIT MENGUATKAN IMAN

Bersyukur ketika sihat, Bersabar ketika sakit

Hidup sebagai seorang muslim hendaknya selalu berada pada dua perkara:

Bersyukur dan Bersabar.

Jika ia sihat, ia bersyukur dan gunakan kesihatannya untuk melakukan pekerjaan yang bermanfaat. Sebaliknya, jika sakit, ia ikhlas dan bersabar sambil terus menerus berusaha mengubatinya, disertai dengan sikap tawakal pada Allah. Ia sedar, Allahlah zat yang mampu menyembuhkan penyakitnya.

Dalam kaitan ini Allah berfirman :

" (Iaitu Tuhan) Yang telah menciptakan aku, maka Dia-lah yang memberi petunjuk. Dan Tuhanku, Yang Dia memberi makan dan minum kepadaku. dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku. Dan Yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku(kembali). Dan Yang amat ku inginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat." QS Asy Syu'araa' 26 Ayat 78 -82.

Oleh kerananya berubat termasuk salah satu perintah dalam ajaran Islam. Rasulullah bersabda :

"Setiap penyakit ada ubatnya, maka berubatlah kamu sekalian, tetapi jangan berubat dengan sesuatu yang diharamkan"

Di samping itu ada perkara yang perlu diingatkan, untuk tidak berubat ke dukun mistik, paranormal yang mengerti ilmu ghaib. Dalam sebuah hadith, Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam bersabda :

"Barangsiapa yang mendatangi dukun peramal (kahin), maka sungguh dia telah kufur kepada apa (Al Quran) yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w

Rasulullah sendiri tidak mampu meramalkan yang ghaib, yang akan terjadi pada dirinya. Allah berfirman :

" Katakanlah aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak pula menolak kemudaratan, kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudaratan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman." Al-A'raaf ; 7: 188

Penyakit itu kadang kala datang dengan tiba-tiba, sementara penyembuhannya kadangkala memakan waktu yang lama. Tidak ada sikap yang perlu dipegang selain bersabar dan bertawakal kepada Allah SWT. Rasulullah bersabda :

"Jauhilah olehmu segala yang diharamkan, maka pasti engkau akan menjadi orang yang paling taat beribadah. Bersikaplah redha terhadap segala apa yang telah Allah tetapkan kepadamu." HR. Imam Ahmad dari Abu Hurairah

Dalam hadith lain Rasulullah bersabda pula :

" Aku bangga dengan seorang muslim, jika menimpa kepadanya suatu musibah ia ikhlas dan bersabar. Jika mendapatkan kebaikan, ia memuji Allah dan bersyukur. Sesungguhnya muslim itu pada segala pekerjaannya selalu akan mendapat pahala dari Allah sekalipun pada sesuap nasi yang ia masukkan ke dalam mulutnya." HR Imam Baihaqi dari Sa'ad

Disamping kesabaran dan ketabahan, juga harus memiliki sikap husnu-zhan(berbaik sangka) kepada Allah SWT. Apa yang terjadi pada si pesakit adalah kebaikan buat dirinya. Rasulullah bersabda :

"Aku bangga dengan orang mukmin, sesungguhnya Allah SWT tidaklah menetapkan suatu keputusan, kecuali akan berakibat baik kepadanya." HR Ibnu Hibban dari Anas

"Aku hairan dengan mukmin yang gelisah menghadapi penderitaan sakitnya. Jika ia mengetahui sesuatu (pahala) yang terdapat pada sakitnya, ia pasti akan mengharapkan sakit tersebut sehingga bertemu dengan Allah SWT." HR Thabrani dari Ibn Mas'ud

Berbaik sangka kepada Allah akan melahirkan persangkaan baik pula kepada sesama manusia. Prinsip semacam inilah yang akan melahirkan sikap saling mengerti, saling memahami, senasib sepenanggungan, saling merasakan (simpati), serta suka dan duka dirasakan bersama.

Menjenguk orang yang sakit adalah puncak dari rasa persaudaraan yang harus dimiliki dan dikembangkan oleh setiap muslim. Tiada iman tanpa ukhuwah (rasa persaudaraan) yang mendalam. Rasulullah bersabda :

" Engkau lihat orang-orang mukmin dalam sayang menyayanginya, saling mencintai dan saling mengerti, adalah seperti satu tubuh. Apabila satu anggota tubuhnya sakit, maka yang lainnya akan merasakan pula panas dan demamnya." HR Ahmad dari Abu Umamah

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Jalan dakwah merupakan satu jalan yang penuh likunya,namun bilamana kita diuji dengan kesihatan yang tidak baik,janganlah mudah bagi kita untuk berputus asa. Ingatlah,sesungguhnya ramai pejuang Islam yang hebat tetap berjuang walaupun dalam keadaan tidak sempurna @ sihat. Tiada rehat bagi kita, kecuali di syurga Allah s.w.t. insyaAllah.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails