Bersama Menyemarakkan Spirit Dakwah. Islam Untuk Semua.
Showing posts with label Ruangan Ahli. Show all posts
Showing posts with label Ruangan Ahli. Show all posts

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Saya mewakili kepimpinan Sahabat Masjid(SAHAM) sesi 2012/2013 mengucapkan selamat menghadapi Peperiksaan Akhir Semester kepada seluruh warga pelajar Universiti Malaysia Pahang yang akan bermula pada 9 Jun 2013. 

Saya ingin berpesan agar kita semua menggunakan masa yang ada ini untuk belajar dan mengulangkaji secara bersungguh-sungguh, agar tawakal kita pada Allah S.W.T nanti bukanlah TAWAKAL yang KOSONG sebaliknya TAWAKAL yang DIISI dengan USAHA dan ILTIZAM yang kuat serta bersungguh. Saya juga ingin menyeru kepada semua sahabat warga pelajar agar TIDAK MENINGGALKAN SOLAT FARDHU semata-mata untuk mengulangkaji pelajaran.

Semoga usaha kita ini dipandang oleh Allah SWT sebagai amal kebaikan dan menjadi asbab kepada rahmat dan kasih sayang dari Allah kepada kita.

~Memaknakan Akademik Seiring Perjuangan~
::Nurturing The Beauty Of Islam::

Muhammad Faisal Bin Razali
Presiden Sahabat Masjid (SAHAM) 12/13
Bismillahirrahmanirrahim...

Berikutan beberapa siri FITNAH yang melanda Sahabat Masjid (SAHAM) UMP, dengan ini saya Pengerusi SAHAM ingin mengeluarkan satu kenyataan rasmi bagi menjawab isu ini.

Wallahi.. Wabillahi.. Watallahi.. Dengan ini saya, Abdul Basith Abdul Halim, Pengerusi Sahabat Masjid (SAHAM) UMP mewakili SAHAM bersumpah bahawa SAHAM tidak sesekali terlibat dengan perjumpaan dengan Pro-M yang didakwa bertempat di KAFA iaitu belakang Masjid Balok dan juga satu lagi perjumpaan bersama Penasihat PKR, DS Anwar Ibrahim seperti yang DIFITNAH oleh blog Cakna Siswa Timur (http://caknasiswatimur.blogspot.com/2012/02/pro-m-bertapak-di-ump.html). Saya juga mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan MENFITNAH Sahabat Masjid (SAHAM) UMP sebagai Pro-M seperti yang DIFITNAH juga oleh satu ‘Fake Profile’ iaitu ‘Aidil Iskandar’ (http://www.facebook.com/profile.php?id=100001034705269) dan juga blog Cakna Siswa Timur (http://caknasiswatimur.blogspot.com/2012/02/saham-ump-pro-m.html).

Sesungguhnya tindakan MENFITNAH ini adalah tindakan daripada individu-individu yang DENGKI dan BENCI dengan organisasi dakwah seperti Sahabat Masjid (SAHAM) UMP. Ingatlah sesungguhnya FITNAH adalah CABANG DARIPADA LIDAH SYAITAN dan WAJIB DIJAUHI dan DITOLAK TEPI.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah. (Hadis riwayat Muslim)

TOLAK FITNAH!!! TOLAK FITNAH!!! TOLAK FITNAH!!!

Yang Benar,
Abdul Basith Abdul Halim
Pengerusi Sahabat Masjid (SAHAM) UMP

"Bersama Menyemarakkan Spirit Dakwah”
~Together With ISLAM~

~Together With SAHAM~
Assalamualaikum wbt
Julung kalinya SAHAM mewujudkan blog promosi yang bertujuan mempromosikan SAHAM (Sahabat Masjid) dan juga aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak SAHAM.

Untuk pengetahuan sahabat dan rakan-rakan di luar sana dalam masa terdekat ini, SAHAM akan mengadakan satu program perkhemahan yang akan diadakan di Lanchang,Pahang.Justeru promosi sedang rancak dilaksanakan dan semua mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) dijemput dan dialu-alukan untuk menyertainya.

Segala perkongsian kita akan susuli kemudian...Sekadar Muqaddimah..



Related Posts with Thumbnails