Bersama Menyemarakkan Spirit Dakwah. Islam Untuk Semua.

Happy Holiday!

0 comments:

Let's Join Smart Circle!

“Smart Circle” merupakan satu aktiviti berkala yang menarik anjuran Sahabat Masjid di bawah kelolaan Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) Universiti Malaysia Pahang (UMP). Ianya juga dikenali sebagai usrah iaitu kelompok manusia yang beriman dengan Islam  dan berusaha tolong-menolong sesama sendiri untuk memahami dan menghayati Islam, berusaha meningkatkan ilmu dan amal serta menghindari maksiat dan permusuhan.

Firman Allah mafhumnya:

"...Bertolong-tolonglah kamu membuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniaya dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras seksanya."

(Al-Maidah, 5:2)

Pembentukan usrah yang pertama dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W di rumah Al-Arqam bin Abi-Arqam. Rasulullah S.A.W mengajar mereka yang hadir setiap ayat al-Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan pembentukan akhlak dalam diri para sahabat melalui contoh-contoh sifat mulia nabi-nabi terdahulu yang diceritakan dalam al-Quran dan juga melalui qudwah hasanah baginda sendiri.

Credit
Pada keseluruhannya, pentarbiyyahan secara berkelompok dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W sangat berkesan dalam menyampaikan ilmu dan disambung oleh mata rantai perjuangan Islam sehingga kini.

Justeru itu, Sahabat Masjid telah mengambil inisiatif menubuhkan Smart Circle bertujuan sebagai medan tarbiyyah membentuk peribadi muslim yang soleh dan solehah yang sanggup hidup dan mati memperjuangkan Islam.

Objektif penubuhan Smart Circle ialah :
- Meningkatkan dan memantapkan kefahaman ahli usrah tentang ajaran Islam yang syumul.
- Mengukuhkan semangat ukhuwwah Islamiyyah dan memupuk semangat bertindak secara berjemaah.
- Menambahkan penghayatan Islam dan melahirkan nasa tanggungjawab terhadap Islam.
- Membentuk satu generasi yang benar-benar memahami Islam, beramal dengan ajaran Islam dan bersedia untuk memperjuangkan agama Allah S.W.T.

Smart Circle terbuka kepada semua yang bergelar mahasiswa/i muslim UMP. Ayuh sama-sama kita mendaftar untuk mengikutinya. Jangan bertangguh. Jika bukan sekarang bila lagi? Jika bukan disini dimana lagi? Jom sertai kami sekarang!



0 comments:

Perutusan Presiden SAHAM Sempena Peperiksaan Akhir Semester


Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,

Saya mewakili kepimpinan Sahabat Masjid(SAHAM) sesi 2012/2013 mengucapkan selamat menghadapi Peperiksaan Akhir Semester kepada seluruh warga pelajar Universiti Malaysia Pahang yang akan bermula pada 9 Jun 2013. 

Saya ingin berpesan agar kita semua menggunakan masa yang ada ini untuk belajar dan mengulangkaji secara bersungguh-sungguh, agar tawakal kita pada Allah S.W.T nanti bukanlah TAWAKAL yang KOSONG sebaliknya TAWAKAL yang DIISI dengan USAHA dan ILTIZAM yang kuat serta bersungguh. Saya juga ingin menyeru kepada semua sahabat warga pelajar agar TIDAK MENINGGALKAN SOLAT FARDHU semata-mata untuk mengulangkaji pelajaran.

Semoga usaha kita ini dipandang oleh Allah SWT sebagai amal kebaikan dan menjadi asbab kepada rahmat dan kasih sayang dari Allah kepada kita.

~Memaknakan Akademik Seiring Perjuangan~
::Nurturing The Beauty Of Islam::

Muhammad Faisal Bin Razali
Presiden Sahabat Masjid (SAHAM) 12/13

0 comments:

Related Posts with Thumbnails