Bersama Menyemarakkan Spirit Dakwah. Islam Untuk Semua.

Diriku

Diriku,
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membaja taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulatNya,
Merasa terpikul amanah ad-Deen ini..

Diriku…
Seringkah kau mencari jalan
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhanNya
Agar sentiasa sedar akan keagunganNya
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan, dan kesilapan dirimu..?
Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyukmu kurang
Syukur dan redhamu tidak banyak kau hadiahkan padaNya
Terlalu banyak kurang dan salahmu..

Diriku..
Tunaikankanlah solatmu dalam khusyuk dan tenang
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini

Diriku…
Pada nawafil dan amalan sunat
Ada jalan yang hampir utkmu berkasih sayang dengan tuhanmu
Pada qiamullail di keheningan malam
Bersama bisikan doa dan munajatmu
Diiring esak airmata keinsafan dan keikhlasan
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaranNya
Di situ ada bekalnya..
Lazimilah awal harimu dengan al-Ma’thurat
Pasti kau akan mengenali dirimu sebagai da'ie

Diriku..
Pada tawadhuk, pada ukhwafillah, pada infaq fisabilillah
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir dan selawat
Ada ketenangan dan kekuatan

Diriku..
Amanahlah kau di hadapan manusia
Kerana kedaulatan Tuhanmu
Namun rasailah kekerdilan dirimu
Di hadapan kudrat dan iradatNya
PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN



0 comments:

Warna Kehidupan

Watak dan Keperibadian mengikut pemilihan warna

Warna-warna kesukaan Nabi Muhammad Saw
Nabi Muhammad saw sendiri, selain memakai pakaian pelbagai warna, baginda mempunyai minat dan kesukaan tersendiri kepada warna-warna tertentu. Di antara warna-warna pakaian yang menjadi kegemaran baginda ialah :


Warna Putih

Mengenai warna putih, al-Nasa'i dan al-Hakim meriwayatkan hadis drp Samurah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : " Pakailah pakaian yang berwarna putih kerana ia lebih suci (bersih) dan baik.."

Dari Ibnu Majah bahawa Nabi s.a.w bersabda, maksudnya : " Sebaik-baik pakaian untuk mengunjungi (Tuhan) ke masjid atau menziarahi kubur ialah berwarna putih".

Warna Hijau

Mengenai warna hijau pula, Abu Daud dan Al-Tirmizi meriwayatkan Hadis drpd Abu Rimsah (Rifa'ah): " Aku telah melihat Rasulullah s.a.w memakai dua baju berwarna hijau".

Ibnu Hajar dalam Tanbih Al-Akhbar memetik kenyataan salah seorang sahabat baginda telah berkata : "Pada hari raya kami disurh memakai pakaian berwarna hijau kerana ia lebih utama dan dihukumkan sunat. Adapaun warna hijau adalah afdhal daripada lain-lain warna sesudah putih".

Wallahu'alam..dipetik dari buku Misteri Aneh dan Ganjil Bukti Keagungan Allah swt karan Abu Thalhah Iqamuddin..nantikan sambungan seterusnya (xhabis lg cerita pasal warna ni)

p/s: warna2 di atas xde kaitan ngn mana2 pengaruh ..... =)

0 comments:

ADVOC '09 (Adventure of Creation '09)

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan izinNya, dapat juga Perkhemahan Jati Diri SAHAM ke-7 dijalankan. Walaupun banyak dugaan yg mendatang sebelum terlaksana program ini, namun dengan ketentuanNya kem kali ni berjalan dengan sungguh lancar. Banyak aktiviti menarik yg diadakan, antaranya berakit (2 jam), kuliah subuh dalam air (x prnh dibuat lg), jungle trekking dan pelbagai modul yang cukup menarik. Jutaan terima kasih saya ucapkn kpd seme AJK yg bnyk bertungkus-lumus bermula dari start final exam lagi. Satu pengorbanan yang cukup besar. Moga Allah membalasnya. Tahniah juga kpd seme peserta muslim & non-muslim (pertama kali menyertai, alhamdulillah) krn berjaya mengharungi program kali ni. Moga bertemu lagi dalam program akan datang.Insyaallah.

ADVOC'09 BEST!!!!!!













0 comments:

Related Posts with Thumbnails