Bersama Menyemarakkan Spirit Dakwah. Islam Untuk Semua.

Macam-Macam Rezeki

Allah swt kurniakan rezeki dlm pelbagai bentuk:

1. Ilmu yang luas dan bermanfaat
ilmu yang paling bernilai adalah yang dapat memberi manfaat untuk dunia dan akhirat

2.Hidayah
Hidayah atau petunjuk dari Allah swt dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Dengan hidayah ini, seseorang dapat keluar dari kekufuran kepada iman., dari jahil kepada kepada berilmu.


3. Iman dan Islam
Nabi saw apabila mendengar ada orang ucapkan 'Alhamdulillah' bersyukur kepada Allah swt atas nikmat Islam, baginda lalu bersabda "Sesungguhnya kamu bersyukur kepada Allah swt atas nikmat yang sangat besar."

4.Kefahaman dalam agama
Orang yang diberi kefahaman dalam agama amat beruntung kerana ia petanda Allah mahu dia jadi lebih baik. Semakin banyak dia belajar, bukan saja semakin berilmu tapi yang lebih penting semakin tinggi kefahamannya dalam agama. Ini rezeki yang menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

5. Persekitaran yang baik
Kawasan kejiranan yang baik, teman sekerja dan sahabat-sahabat yang baik serta lingkungan keluarga yang baik merupakan rezeki yang tidak ternilai kerana dari situ akan terasa kebahagiaan hidup. Persekitaran yang baik juga mendorong seseorang itu mudah untuk berbuat baik dan mengumpul pahala untuk akhirat.

6.Dicukupkan Keperluan
Keperluan hidup yang mencukupi meliputi keperluan makan minum, pakaian, tempat tinggal, kenderaan, keperluan pendidikan dan sebagainya. Kadang-kadang Allah swt cukupkan walaupun seseorang itu berpendapatan sederhana saja hingga dia boleh beribadah dan jalani kehidupan dengan tenang, tidak terganggu dengan masalah-masalah yang menyempitkan dada. Ada pula yang berpendapatan tinggi tapi Allah swt sempitkan keperluannya, kerana Allah swt mahu si hamba tidak bergantung kepada benda sebaliknya bergantung bergantung kepada Allah swt semata-mata. Bagi hamba yang Allah swt cukupkan keperluannya dan diberi banyak harta, dia diberi rezeki untuk disyukuri dan dibahagi-bahagikan.


0 comments:

~Selamat Datang Adik-adik~



Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t, kerana dengan izinNya, insyaAllah pd esok hari, pihak UMP akan menyambut kedatangan pelajar baru dari seluruh Malaysia. Kami dari Sahabat Masjid (SAHAM) mengalu-alukan kedatangan adik-adik sekalian ke kampus UMP. Moga-moga adik-adik sekalian akan mewarnakan lagi dakwah di UMP seterusnya menjadi antara orang-orang yang berusaha menjadi "Da'ie Ilaallah"...

"JOM SERTAI SAHAM"

0 comments:

Debaran menunggu saat itu..


Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..


Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..

Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..


0 comments:

Jari oh Jari..


Pelbagai hikmah & tafsiran yg boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima..

1) Cuba perhatikn perlahan2 jari anda..Kemudian, genggam ia kuat2 & angkatkan ke atas..Laungkan "Allahu Akbar" sekuat2nya..Itulah Rukun Islam yg mesti dijunjung..

2) Luruskn ia ke depan dalam keadaan terbuka..Renung dalam2..Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan..

3)Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan..Bermula daripada jari kelingking yang kecil & kerdil, seperti manusia & apa saja akan bermula daripada kecil kemudian besar & terus membesar.
Itulah fitrah insan & alam seluruhnya. Apa saja yang dilakukan mestilah bermula daripada kecil..Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah drpd rebungnya"..Kegagaln mendidik di usia ini akn memberi kesan yang besar pada masa depan..

4) Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya..Begitu juga dgn usia remaja.. Manisnya spt jari yg comel mulus ini.. Apatah lg kiranya disarungkan dgn sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira..Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri..tp awas!! Pada usia inilah sentiasa dibelenggu dgn pelbagai cabaran & dugaan..Hanya iman & takwa penunjuk jln kebenaran..Pd usia ini jg, anda sudah baligh & mukalaf..Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil..B'sediakah anda??

5) Naik kpd jari ketiga..Jari yg plg tinggi, jari hantu namanya..Zaman remaja ditinggalkn..Alam dewasa kian menjengah..Di peringkat umur 30-an ini, seorang itu telah mmpunyai status & identiti dgn ekonomi yg kukuh serta krjaya yg teguh..Namun, anda mesti berhati2 kerana di kala ini byk "hantu2 pengacau" yg datang menggoda..Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati & seribu mcm hantu lg..Klu gagal mngawal emosi lantas trs msuk ke jerangkap nafsu & syaitan..Justeru itu, amal ibadat msti dilipatgandakn.

6) Kita beralih kpd jari telunjuk..Jari inilah yg mengungkap satu & esanya Allah S.W.T ktika solat..Genggamkn kesemua jari & keluarkn jari ini..Gagahnya ia sbg penunjuk arah, menjadi cntoh & tauladan..Manusia yg berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sbg model kpd generasi baru & pembimbing yg kaya dgn idea yg bernas & minda yg hebat..

7) Akhir skali, renung ibu jari anda..Ianya besar & pendek tettpi menunjukkn kematangn & kehebatn yg membanggakn..Tugasnya membenarkn ssuatu & mentafsirkn plbagai perkara. Bak kata org Jawa "cap jempol" atau cap jari..Klu dia ada, semua urusan b'jln lancar..Buat generasi muda, rujuk dahulu org2 tua @ yg berpengalaman..Mereka makan "garam" terlebihh dulu dr kita..Jika petunjuk mereka anda patuhi,nescaya anda boleh b'kata "good" @ "yes" smbil menggenggam smua jari & angkt ibu jari ke atas & hayun ke depan..Itulah rhsia kjayaan anda..

> >> Akhir kalam, cuba lihat skali lg jari anda yg kelima..Renung & fikir dlm2..Di manakah kita skrg..??

0 comments:

Susahnya menjaga Iman..


Susahnya menjaga iman kerana di zaman ini ada banyak macam benda yang mempu mencuri iman itu daripada hati manusia. Tidak perlu melihat ke dalam sudut yang lebih dalam ataupun di perspektif yang lebih jauh, cukuplah dengan memandang keadaan di sekeliling kita – itu sudah cukup untuk menjadi asbab agar iman kita itu dibawa lari.

Aurat yang tidak tertutup sepenuhnya mampu merampas iman dari dalam jiwa hati manusia. Hiburan tanpa mengenal batasan mampu juga merompak iman manusia. Memenuhi tuntutan hawa nafsu makan secara berlebihan juga mampu merombak iman manusia. Di zaman ini, seolah-olah selautan perkara, sebanyak macam benda boleh menjadi asbab kepada berkecainya iman di dalam hati manusia.

“Al-Iman Yazid Wa Yankus”,

Kita biasa dengar penyataan yang satu ini. Maksudnya, iman itu hakikatnya mempunyai turun naiknya. Sihat dan bertumbuhnya iman itu adalah atas hasil ikhtiar empunya hati yang memiliki iman itu sendiri. Begitu juga apabila bercerita tentang jatuh merudumnya iman, ianya adalah natijah daripada pekerjaan manusia yang ‘asi, atas ikhtiar yang empunya hati itu sendiri.

Bahayanya bahana iman yang tidak terjaga

Bahayanya sekiranya tuan empunya hati yang menyimpan iman itu tidak menangisi realiti keteguhan iman yang semakin goyah, tercabar semakin hari. Tidak menjaga lidah dalam berbicara, tidak menutup telinga seraya seruan-seruan fahsya’ dan munkar memasuki ruang pendengaran, tidak mahu menoleh ke arah zon yang menyelamatkan iman apabila mata mula meliar mencari dosa-dosa, tidak mahu menarik tangan apabila tangan-tangannya itu ditawarkan dengan emas permata tipuan dunia, tidak mahu mengangkat kaki untuk berhijrah ke arah yang menghidupkan, masih mahu duduk di takuk dosanya yang lama.

Alangkah gelapnya terasa di dalam dunia orang yang tidak mahu menjaga iman itu.

Mahu sahaja datangnya cahaya iman ke dalam hatinya, dia hambat dan dia tutup tingkap hatinya daripada menerima sinaran iman itu. Dia tolak kehadiran cahaya itu. Dia seolah-olah lebih suka di dalam gelap gelita dunia kesesatannya sendiri!

Alangkah sedih melihat iman yang tidak dijaga,

Sedihnya melihat iman yang tidak dijaga, kerana tidak mengetahui ataupun telah menutup mata sendiri tentang hakikat iman yang tidak dapat dijual-beli serta diwarisi. Menangis dan merana jiwa yang hampa apabila melihat sewenang-wenangnya manusia yang pada mulanya beriman di dalam hatinya telah dihanyutkan oleh badai perosak iman.

Hari ini iman sudah mudah-mudah dijual-beli, sudah mudah-mudah digadai. Sedangkan nilai pajakannya itu apabila dibandingkan dengan harga iman, maka harga iman kurniaan Tuhan tiada ditandingi. Iman sudah boleh dijual dengan tawaran gaji yang tinggi, iman sudah boleh ditukar dengan pujukan suami ataupun isteri, iman sudah boleh dilelong dengan pangkat dan jawatan tertinggi, iman sudah boleh dilepaskan dari tambatan hati dengan menunaikan nafsu syahwat yang tidak dipagari.

Hari ini iman menjadi saksi,

Bahawa tanpa dirinya di dalam hati orang-orang yang memiliki hati, nyawa dengan mudah diragut sana-sini. Kekayaan duniawi menjadi sasaran utama sehingga manusia lupa akan tujuan ukhrawi. Pasangan yang belum bernikah sudah boleh jadi persis laki-bini. Amanah pangkat dan jawatan sudah tidak lagi dilihat sebagai ujian daripada Ilahi. Rasuah dan gelap duit semata-mata mahu kaya tanpa mengira keberkatan di dalam rezeki.

Hakikatnya, itulah dia natijahnya, banyak kemusnahan yang terjadi apabila iman yang mahal itu sudah ditolak ke tepi. Iman sudah jadi picisan bagi manusia yang tidak mengenang budi Tuhan hari ini!

Kasihanilah iman,

Kasihanilah ia bukan kerana lemahnya ia, tetapi kasihanilah ia kerana semakin nazak dan mungkin sudah matinya ia di dalam hati diri manusia. Iman tidak dapat dilihat, tetapi manusia yang mempunyai mata hati pasti sedar akan sakitnya iman di hujung zaman ini. Menangis ia. Meraung ia. Meronta-ronta ia. Meminta-minta ia untuk dilepaskan diri daripada dibelenggu nafsu manusia. Dibelenggu kemaksiatan manusia. Ia sudah tidak tahan dengan dosa-dosa kita! Ia mahu dibebaskan daripada penjara ‘melebihkan cinta dunia’!

Maka wahai kaum yang memiliki hati,

"Indeed, it is with the remembrance of ALLAH that the hearts enter into a state of tranquility"

Usahakanlah dirimu untuk menjaga iman di dalam hati itu. Bajai hati yang beriman itu. Kuatkan dirimu untuk bersolat agar subur kembali ia. Sedekahkanlah zikruLLAH untuknya. Berwudhu’lah untuk mensucikan dirinya. Tadabburlah Al-Qur’an serta alam untuk menerangi ia kembali.

Usahalah kamu ke atas kehidupan iman kamu! Jangan biarkan dia menangis, kerana yang ditakuti dalam ia menangis, ia semakin sakit, sangat boleh jadi kemudian iman itu mati!

Oleh itu, pujuklah hati ini. Pujuklah hati untuk menangis memikirkan hakikat iman di akhir zaman ini!

Menangislah! Menangislah wahai manusia akhir zaman! Menangislah ke atas iman yang kian mati itu!

wallahua'lam. .....






1 comments:

Related Posts with Thumbnails