Bersama Menyemarakkan Spirit Dakwah. Islam Untuk Semua.
Showing posts with label Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran. Show all posts



1) Allah s.w.t. menyuntik kesedaran manusia khasnya kafir quraisy dan golongan munafik tentang kefahaman betul dalam beragama. (ayat ni ada khilaf sama ada makiyyah atau madaniyyah. ada yang berpendapat perenggan pertama makiyyah dan perenggan kedua bermula fawailul madaniyyah)

2) Musyrikin quraisy mendakwa Nabi s.a.w. sebagai perosak agama warisan datuk nenek moyang mereka. Mereka merasa mereka sudah sangat beragama dengan upacara ritual menyembah berhala dari batu atau kayu yg
mereka ukir kononnya malaikat dan jin yang berada di dalam berhala tersebut yang akan menghubungkan mereka dgn Allah. Itulah yang mereka faham tentang makna agama.

3) Dalam masa yang sama, mereka sangat jahat dalam urusan-urusan lain seperti menyeleweng harta orang lain seperti anak yatim, berkasar dan mengherdik golongan marhaen seperti anak yatim, orang miskin dan sebagainya. Berbuat baik dan tidak berkhianat kpd sesama insan tidak dianggap sebagai sebahagian dari agama.

4) Inilah juga yang berlaku kpd golongan munafik. Dengan sikap cuai dan berlebih kurang terhadap suruhan agama (solat sebagai ra'sul/kepala ibadah, tiang agama), tetapi membesar-besarkan dan menunjuk-nunjuk seolah-olah mereka pencinta agama dalam masa yang sama menghalang usaha kebajikan menolong orang yg susah. Mereka memisahkan solat dan berkebajikan. Solat dianggap agama, tetapi berkebajikan bukan urusan agama.

5) Inilah berhala pemikiran atau ideologi yg bernama sekuler. Ia melahirkan orang yang mengaku beragama yang tidak sanggup menipu di siang hari berpuasa, tidak sanggup menipu bilangan tawaf ketika haji, TETAPI sanggup menipu dalam pilihanraya, sanggup menipu anggota masyarakat dengan fitnah dan propaganda, sanggup menipu duit rakyat utk kepentingan anak-beranak dan empayar kaum keluarga...

6) Inilah jua penyakit yang menimpa golongan Muslim Munafik. Menjerit kononnya hero mempertahankan kalimah Allah, tetapi merekalah yang sekian lama menyekat pelaksanaan undang2 syariat Allah. Mulut manis menabur janji, ketika kuat, amanah dikhianati, ketika lemah merayu memohon simpati.


7) Perjuangan Islam bukan semata-mata isu aqidah, tetapi luas mencakupi isu BERKEBAJIKAN, membela golongan yang tertindas,membantu orang yang susah dan sebagainya.


Ustaz Hazmi B. Dibok Al-hafiz
Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan PIMPIN
Penasihat Sahabat Masjid (SAHAM)


Surah ini dipanggil al-Fatihah maksudnya pembuka bagi al-Kitab dari sudut tulisannya. Begitu juga ia dijadikan pembukaan bagi bacaan dalam solat. Ia juga dinamakan Ummu al-Kitab (Induk al-Kitab) menurut pandangan majority ulama. Ia disebut oleh Anas. Sementara al-Hasan dan Ibn Sirin tidak suka ia dinamakan demikian kerana menurut mereka nama itu dirujuk kepada al-Lauh al-Mahfuz. Menurut al-Hasan pula ayat-ayat Muhkamat adalah Ummu al-Kitab. Kerana itu mereka tidak suka surah ini dipanggil dengan nama tersebut. Begitu juga dengan nama Ummu al-Qur’an.

Sabit dalam hadis sahih di sisi Tirmizi daripada Abi Hurairah katanya; Rasulullah saw bersabda:

الحمد لله رب العالمين أم القرآن وأم الكتاب و السبع المثاني والقرآن العظيمMaksudnya: “ (الحمد لله رب العالمين) adalah Ummu al-Qur’an (Induk al-Qur’an), Ummu al-Kitab (induk al-Kitab) dan al-Sab` al-Ma`ani dan al-Qur’an al-`Azim (al-Qur’an yang hebat). Surah al-Fatihah juga dipanggil al-Hamd. Begitu juga dipanggil al-Solah berdasarkan hadis qudsi yang diriwayatkan daripada Tuhannya:قسمت الصلاة بيني وبين عبدي نصفين فإذا قال العبد الحمد لله رب العالمين قال الله حمدني عبدي Maksudnya: “Daku bahagikan al-Solah itu antaraKu dan hambaKu dua bahagian”. Justeru, (kata baginda) apabila hamba itu membaca () Allah berfirman: HambaKu telah memujiku (bersyukur kepadaKu). Jadi, al-Fatihah dinamakan solat kerana ia menjadi syarat dalam solat. Al-Fatihah juga dipanggil al-Syifa (penawar) berdasarkan hadis riwayat al-Darimi daripada Abi Sa`id yang diangkat kepada baginda (hadis marfu`): فاتحة الكتاب شفاء من كل سمMaksudnya: “Fatihah al-Kitab adalah penawar bagi segala racun.” Ia dinamakan juga al-Ruqyah (jampi) berdasarkan hadis riwayat Abi Sa`id dalam kitab hadis sahih ketika mana beliau menjampikan seorang lelaki yang dipatuk ular dengan menggunakan al-fatihah. Lantaran itu baginda bersabda kepada beliau: وما يدريك أنها رقيةMaksudnya: “Apa yang memberikan kamu ilmu ianya adalah jampi” Al-Sya`bi meriwayatkan daripada Ibn `Abbas bahawa beliau menamakannyan Asas al-Qur’an (tonngak al-Qur’an). Beliau berkata: Dan tonggak al-Fatihah ialah basmalah. Sufyan bin `Uyainah menamakannya al-Waqiyah (penjaga/benteng). Yahya bin Abi Kathir pula menamakannya al-Kafiyah (yang memadai) kerana ia telah memadai tanpa diperlukan yang lain.

Yang lain pula tidak boleh berpada tanpanya sebagaimana disebut dalam beberapa hadis mursal:أم القرآن عوض من غيرها وليس من غيرها عوض منهاMaksudnya: “Ummu al-Qur’an pengganti bagi yang lainnya,bukannya yang lain pengganti baginya. HADIS LAIN:Imam Bukhari berkata bab Fadha’il al-Qur’an; Bercerita kepada kami Muhammad bin al-Muthanna, bercerita kepada kami Wahab bercerita kepada kami Hisyam menerusi Muhammad bin Sa`id menerusi Abi Sa`id katanya: كُنَّا فِيْ مَسِيْرٍ لَنَا فَنَزَلْنَا فَجَاءَتْ جَارِيَةٌ فَقَالَتْ إِنَّ سَيِّدَ الْحَيِّ سَلِيْمٌ وَإِنَّ نَفَرَنَا غُيَّبٌ فَهَلْ مِنْكُمْ رَاقٍ؟ فَقَامَ مَعَهَا رَجُلٌ مَا كُنَّا نَأْبَهُهُ بِرُقْيَةٍ فَرَقَاهُ فَبَرَأَ فَأُمِرَ لَهُ بِثَلاَثِيْنَ شَاةٍ وَسَقَانَا لَبَنًا Kami dalam satu perjalanan. Lalu kami singgah. Seterusnya datang seorang Jariyah lalu berkata: Sesungguhnya penghulu perkampungan ini terkena patukan ular sedangkan orang-orang kami tiada bersama. Adakah terdapat di kalangan kamu penjampi. Lantas bangkit bersama jariyah tersebut seorang lelaki, kami tidak pernah mengenalinya boleh berjampi. Kemudian beliau menjampi penghulu kampung tersebut lalu sembuh. Beliau lalu diberikan tiga puluh ekor kambing dan memberi minum kepada kami susu. فَلَمَّا رَجَعَ قُلْنَا لَهُ أَكُنْتَ تُحْسِنُ رُقْيَةً أَوْ كُنْتَ تَرْقِيْ؟ قَالَ لاَ مَا رَقَيْتُ إِلاَّ بِأُمِّ الْكِتَابِ قُلْنَا لاَ تُحَدِّثُوْا شَيْئًا حَتَّى نَأْتِيْ وَنَسْأَلُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم فَلَمَّا قَدِمْنَا الْمَدِيْنَةَ ذَكَرْنَاهُ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ

Tatkala dia pulang, kami bertanya kepadanya: Adakah kamu pandai berjampi atau adakah kamu sebelumnya selalu menjampi? Kata beliau: Tidak. Saya hanya menjampinya dengan Ummu al-Kitab. Kami berkata: jangan bercerita apa-apa lagi hingga kita bertemu Rasulullah saw. Sebaik tiba di Madinahkami menyebut perkara itu kepada baginda. Baginda bertanya:

وَمَا كَانَ يُدْرِيْهُ أَنَّهَا رُقْيَةٌ اِقْسِمُوْا وَاضْرِبُوْا لِيْ بِسَهْمٍ

Apakah yang menjadikan dirinya mengetahui bahawa surah itu adalah jampi?Bahagikan dan berilah kepadaku satu bahagian.

Berkata Abu Mu`ammar, bercerita kepada kami `Abd al-Warith, bercerita kepada kami Hisyam, bercerita kepada kami Muhammad bin Sirin, bercerita kepada kami Ma`bad bin Sirin menerusi Abi Sa`id al-Khudri dengan hadis ini. Demikianlah juga diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Dawud menerusi riwayat HIsyam iaitu Ibn Hassan menerusi Ibn Sirin dengan hadis ini. Dalam beberapa riwayat Muslim bagi hadis ini menjelaskan bahawa Abu Sa`id adalah orang yang berjampi lelaki yang dipatuk itu. Orang yang dipatuk dipanggil salim (yang baik) kerana bersikap objektif.

HADIS LAIN: Muslim dalam Sahihnya dan Nasa’i dalam SunanNya meriwayatkan daripada hadis Abi al-Ahwash Salam bin Sulaim daripada `Ammar bin Zuraiq daripada `Abdillah bin `Isa bin `Abd al-Rahman bin Abi Laila daripada Sa`id bin Jubair daripada Ibn `Abbas katanya: بَيْنَا رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم وَعِنْدَهُ جِبْرَائِيْلُ إِذْ سَمِعَ نَقِيْضًا فَوْقَهُ فَرَفَعَ جِبْرِيْلُ بَصَرَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ هَذَا بَابٌ قَدْ فُتِحَ مِنَ السَّمَاءِ مَا فُتِحَ قَطُّ “Tatkala baginda bersama dengan Malaikat Jibril, tiba-tiba terdengar satu runtuhan di atasnya. Lantas Jibril mendongak ke langit lalu berkata: Pintu ini telah di buka dari langit. Ia tidak pernah dibuka sebelumnya.”

قَالَ فَنَزَلَ مِنْهُ مَلَكٌ فَأَتَى النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ أَبْشِرْ بِنُوْرَيْنِ قَدْ أُوْتِيْتَهُمَا لَمْ يُؤْتَهُمَا نَبِيٌّ قَبْلَكَ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ وَخَوَاتِيْمُ سُوْرَةِ الْبَقَرَةِ لَمْ تَقْرَأْ حَرْفًا مِنْهَا إْلاَّ أوْتِيْتَهُ

Kata Ibn `Abbas:

“Lalu turun seorang malaikat lantas mendatangi Nabi saw lalu berkata: “Bergembiralah kamu dengan dua cahaya yang telah dikurniakan kepada kamu. Ia tidak pernah diberikan kepada nabi sebelum kamu iaitu Fatihah al-Kitab dan penutup surah al-Baqarah. Kamu tidak membaca satu huruf pun melainkan kamu pasti dikurniakannya.”

Ini adalah lafaz Nasa’i. Muslim juga meriwayatkan hadis seumpamanya.

HADIS LAIN: Muslim berkata: bercerita kepada kami Ishaq bin Ibrahim al-Hanzdali iaitu Ibn Rahawaih: bercerita kepada kami Sufyan bin `Uyainah: daripada al-`Ala’ iaitu Ibn `Abd al-Rahman bin Ya`kub al-Kharqi daripada Abi Hurairah radiyallahu `anhu daripada Nabi saw, sabda baginda:

مَنْ صَلَّى صَلاَةً لَمْ يَقْرَأْ فِيْهَا بِأُمِّ الْقُرْآنِ فَهْيَ خَدَاجٌ ثَلاَثًا غَيْرُ تَمَامٍ

Sesiapa yang mengerjakan solat tidak dibacanya Ummu al-Qur’an maka ia cacat. -baginda menyebutnya tiga kali –

Abu Hurairah seterusnya ditanya: Kami berada di belakang imam. Abu Hurairah menjawab: Bacalah ia dalam diri kamu kerana saya mendengar Rasulullah saw bersabda:

Allah Taala berfirman: قَسَّمْتُ الصَّلاَةَ بَيْنِيْ وَبَيْنَ عَبْدِيْ نِصْفَيْنِ وَلِعَبْدِيْ مَا سَأَلَ فَإِذَا قَالَ الحمد لله رب العالمين قال الله حَمِدَنِيْ عَبْدِيْ، وَإِذَا قَالَ الرحمن الرحيم قال الله أَثْنَىْ عَلَيَّ عَبْدِيْ ، فَإِذَا قَالَ مَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ قَالَ اللهُ مَجَّدَنِيْ عَبْدِيْ، وَقَالَ مَرَّةً فَوَّضَ إِلَيَّ عَبْدِيْ فَإِذَا قَالَ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ قَالَ هَذَا بَيْنِيْ وَبَيْنَ عَبْدِيْ وَ لِعَبْدِيْ مَا سَأَلَ، فَإِذَا قَالَ اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمُ صراط الذين أنعمت عليهم غير مغضوب عليهم ولا الضالين قالَ اللهُ هَذَا لِعَبْدِيْ وَلِعَبْدِيْ مَا سَأَلَ

Aku bahagikan al-Solat (surah al-Fatihah) antaraKu dan hambaKu dua bahagian. HambaKu pasti dapat apa yang dia minta. Apabila hamba berkata: (الحمد لله رب العالمين) Allah menjawab: HambaKu memuji syukur kepadaKu. Apabila hamba membaca (الرحمن الرحيم) Allah menjawab: HambaKu memujaku. Apabila hamba membaca (مَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ) Allah menjawab: HambaKu mengagung-agungkan Daku. Sekali Allah berkata: HambaKu menyerah kepadaKu. Apabila hamba membaca (إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ ) Allah menjawab: Ini antaraKu dan hambaKU. Hambaku pasti dapat apa yang dia minta. Apabila dia membaca (اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمُ صراط الذين أنعمت عليهم غير مغضوب عليهم ولا الضالين) Allah menjawab: Ini milik hambaKu. HambaKu pasti dapat apa yang dia minta.

Demikianlah diriwayatkan oleh Nasa’I daripada Ishaq bin Rahawaih. Kedua-duanya juga meriwayatkan daripada Qutaibah daripada Malik daripada al-`Ala’ daripada Abi al-Sa’ib maula Hisyam bin Zuhrah daripada Abi Hurairah. Dalam kontek ini ada riwayat:

فنصفها لي ونصفها لعبدي ولعبدي ما سأل

Maka separuhnya untukKu dan separuhnya untuk hambaKu. HambaKu pasti dapat apa yang diminta.

Demikianlah diriwayatkan oleh Ibn Ishaq daripada al-`Ala’. Muslim pula meriwayatkannya daripada hadis Ibn Juraij daripada al-`Ala’ daripada Abi al-Sa’ib. Demikianlah. Beliau meriwayatkan juga daripada hadis Ibn Abi Awa’is menerusi al-`Ala’ menerusi bapanya dan Abi al-Sa’ib, kedua-duanya menerusi Abi Hurairah. Tirmizi berkata: Ini adalah Hadis Hasan. Saya bertanya kepada Abu Zur`ah tentangnya lalu beliau menjawab: kedua-dua hadis adalah Sahih iaitu sesiapa yang meriwayatkannya menerusi al-`Ala’ menerusi bapanya dan meriwayatkan menerusi al-`Ala’ menerusi Abi al-Sa’ib. Hadis ini juga diriwayatkan oleh `Abdullah bin Imam Ahmad daripada hadis al-`Ala’ menerusi bapanya menerusi Abi Hurairah menerusi Ubay bin Ka`ab secara panjang lebar.

Ibn Jarir berkata: Bercerita kepada kami Solih bin Mismar al-Mirwazi; bercerita kepada kami Zaid bin al-Habab; bercerita kepada kami `Anbasah bin Sa`id menerusi Mitdraf bin Tdarif meneruis Sa`id bin Ishaq menerusi Ka`ab bin `Ajrah menerusi Jabir bin `Abdillah katanya: Rasulullah saw bersabda: Allah Taala berfirman:

قسمت الصلاة بيني وبين عبدي نصفين وله ما سال فإذا قال العبد {الحمد لله رب العالمين} قال: حمدني عبدي. وإذا قال {الرحمن الرحيم} قال: أثني علي عبدي، ثم قال هذا لي وله ما بقيAku bahagikan al-Solah (al-fatihah) antaraKu dan hambaKu dua bahagian. Dia mendapat apa yang diminta. Apabila hamba berkata: {الحمد لله رب العالمين}Dia berfirman: HambaKu memuji Daku. Apabila hamba berkata: {الرحمن الرحيم} Allah berfirman: Hamba memuja Daku. Kemudian Allah berfirman: Ini milikKu dan yang baki adalah miliknya.

Inilah adalah pelik menerusi wajah ini.

Tafsir Surah Al-An'am: 59

Firman Allah bermaksud, "Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja." (Surah Al-An'am: 59)

Dalam menghuraikan ayat ini, Ibnu Kathir telah menyatakan satu hadis daripada Imam Bukhari yang meriwayatkan daripada Salim bin Abdilllah, daripada ayahnya bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya anak kunci segala perbendaharaan itu ada lima, tidak mengetahui seseorang pun melainkan Allah SWT.

"Lalu Baginda membaca firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya di sisi Allah jualah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul-betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati, Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui, Lagi Amat Meliputi Penegtahuannya." (Surah Luqman: 34)

Ertinya dalam hadis ini Nabi s.a.w. menyebut bahawa terdapat lima kunci perbendaharaan segala yang ghaib yang hanya diketahui oleh Allah SWT, tidak diketahui oleh orang lain.


Pertama ialah tentang bilakan berlakunya hari kiamat. Bukan sahaja Nabi s.a.w. dan manusia yang lain tidak akan mengetahuinya, para malaikat pun tidak diberitahui tentang bilakan berlakunya hari kiamat itu sehingga Jibrail a.s. datang menemui Rasulullah s.a.w. satu ketika bertanyakan soal itu.

Kedua, tentang kekuasaan Allah menurunkan hujan. Allah sahaja yang berkuasa untuk menurunkan hujan di mana sahaja yang Dia kehendaki.

Ketiga, Dialah sahaja yang mengetahui sebenar-benarnya apa yang ada dalam kandungan seorang ibu termasuk berkait dengan zuriat keturunan, jantina janin, kesihatan dan sebagainya.

Keempat, Dialah jua yang mengetahui apa yang akan berlaku ke atas seseorang dengan setepat-tepatnya sama ada baik ataupun buruk. Manusia tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepadanya esok hari.

Kelima, Dia sahaja yang mengetahui di manakah bumi tepat matinya seseorang manusia, bagaimanakah keadaan manusia itu mati dan seumpanya. Begitulah juga dengan makhluk-makhluk yang lain. Mereka tidak mengetahuinya tetapi Allah Maha Mengetahui segala-galanya.

Sementara itu sebuah hadis daripada Umar r.a. bahawa Jibrail a.s. ketika merupakan dirinya sebagai seorang manusia yang berpakaian seperti orang Arab, datang menemui Rasulullah s.a.w. bertanyakan tentang Iman, Islam dan Ihsan, lalu Rasulullah s.a.w. memberitahu Jibrail a.s. bahawa ada lima perkara seseorang pun tidak mengetahuinya melainkan Allah. Lalu baginda s.a.w. membaca firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya di sisi Allah ada pengetahuan tentang hari kiamat." (Surah Luqman: 34)."


Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud, "Dan Dia Mengetahui apa yang ada di darat dan di laut." (Surah al-An'am: 59)

Yakni Maha Luas ilmu-Nya meliputi segala makhluk-Nya sama ada yang ada di darat dan di laut. Tidak ada apa pun yang boleh menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya walaupun sebesar zarah sekalipun sama ada ia berada di bumi atau di langit.

Seorang penyair menyebut: "Tidak tersembunyi dari-Nya meskipun sebesar zarah sama ada dapat dilihat oleh yang mempunyai penglihatan atau sebaliknya."


Firman Allah yang bermaksud, "Dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya." (Surah al-An'am: 59)

Ertinya, Dia mengetahui gugurnya daun dari pokok termasuk jumlah, masa dan seumpamanya. Bahkan Dia juga mengetahui pergerakan makhluk lain termasuk jin dan manusia sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Allah Mengetahui pengkhianatan (keserongan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa tersembunyi di dalam hati." (Surah al-Mukmin: 19)

Dalam menjelaskan ayat 39, Surah al-An'am ini Ibnu Abbas katanya, "Tidak tumbuh sebatang pokok pun sama ada di daratan atau di lautan melainkan ada seorang malaikat yang menjaganya. Malaikat itu mencatat apa yang gugur daripadanya."
Sahabat,

Mari kita berhenti sejenak, kerana daku sebagai sahabatmu, ingin bertanyakan sesuatu tentang dirimu.

Apakah matlamat hidupmu wahai sahabatku..

Adakah engkau tahu bahawa kehidupan di dunia ini hanya permainan semata-mata?

Maafkan diriku kerana daku bertanyakan hal-hal sedemikian.
Tetapi, aku risau jika sebuah kisah yang ada dihati ku ini tidak diketahui oleh dirimu, wahai sahabatku.

Aku takut jika di akhirat kelak, engkau memanggil ku sebagai penderhaka kepada sahabat kerana aku tidak pernah memberitahumu satu perintah dan kisah yang jelas aku ketahui ketika aku berada dikehidupan bumi.

Walau engkau selalu mengelarkanku dengan ungkapan yang baik, tetapi aku gusar jika tanggapan mu itu salah kerana diri ku ini juga selalu alpa.

Wahai sahabat, adakah engkau mahu mengetahui perintah dan kisah tersebut?

Izinkan diriku untuk memulakan jawapan dengan satu potongan ayat-ayat suci al-Quran,

"Dan (ingatlah) aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu "[51:56]


Maafkan diriku lagi kerana sebelum ini, aku tidak pernah mengingatkan mu akan hal itu walaupun ketika itu aku melihat dirimu leka dengan permainan duniawi..

Aku takut wahai sahabatku, kerana semakin bertambah usia ku didunia ini, semakin bertambah dosa ku pada Nya. Ditambah pula dengan peringatan dan perintah Allah yang selalu aku lalaikan.. Ketahuilah sahabatku, Allah telah menurunkan ayat bahawa:

"Dan ingatlah tiap-tiap sesuatu kami catatkan satu persatu dalam kitab (ibu suratan) yg jelas dan nyata" [36:12]

Sungguh, aku merasakan diriku terlalu kerdil dihadapanNya. Wahai sahabatku, bagaimana dengan dirimu?
Adakah dirimu juga merasai apa yang daku rasakan.
Gementarnya hati ini bila menyebut kalimah-kalimah suci Allah..

Sahabat, cuba engkau lihat apa yang ada ditangan ku ini. Adakah engkau mengerti apakah makna cawan kosong dan sebotol air mineral ini?



Sahabat, hati kita sebenarnya ibarat cawan yang kosong ini manakala air yang ada dibotol ini adalah iman kita. Jika kita tidak pernah cuba membuka hati kita, maka kosonglah hati kita kerana kita telah menterbalikkan pintu hati kita berpaling jauh dari Allah swt. Tetapi, ingatlah, hati itu boleh berubah kerana setiap hati yang dilahirkan itu semuanya adalah suci ibarat kain yang putih.



Sahabat, cubalah kita membuka cawan itu dan tuangkan air kedalamnya. Adakah kita dapat melihat air mengalir dan memenuhi ruang didalamnya?
Ia juga sama dengan ibarat kita membuka hati kita untuk mengenal Allah, Tuhan pencipta kita. Setiap saat kita cuba mengenal Nya, maka dengan setiap saat itulah iman kita bertambah dan terus bertambah sehingga sampai satu ketika, air mata kita pasti akan mengalir kerana melihatkan kebesaran yang Maha Esa.

Sahabat, cuba engkau perhatikan ayat yang daku ingin bacakan ini:

"kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)" [29:64]

Adakah kita mahu menjadi orang yang rugi kerana kita masih lagi tidak mengetahui hakikat yang berlaku di alam ini?

"kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)"[23:114]

Sahabat,

"Dan sesungguhnya akhirat itu lebih baik untukmu dari dunia" [93:4]

Sahabat, setelah kubacakan semua kepadamu, bukan kerana daku ingin membunuh kehidupan dirimu sekarang, tetapi aku melakukan semua ini kerana aku ingin menjadi sahabatmu dunia dan akhirat.
Semoga persahabatan kita ini menjadi laluan untuk kita untuk mengenali agama kita..amin...

from: sharemotivasi



1.Tidak nyanyuk sampai hari tua

2.Orang tua yg mengamalkan Alquran walau diumpamakan mcm Alquran buruk,lunyai,hancur, tetapi tetap disayangi dan dihargai.

3.Orang yg cintakan Alquran tidak susah hati dengan usia tua, kalau tiada anak isteri untuk menjaga dia, tetap akan ada org yg Allah swt datangkan untuk menjaganya kerana ini adalah janji Allah swt kpd hamba2 yg menjunjung kemuliaan mukjizat dan golongan ini sentiasa berada dalam pengawasan malaikat..

4.Allah swt akan sentiasa jaga dia didunia, kubur, akhirat.. Beruntungnya..walaupun di dunia dia dibenci oleh orang jahat tapi Allah swt tetap menjanjikan keselamatan dalam dirinya..

5.Wajahnye bercahaya dan mesra serta mudah untuk didekati

6.Orang yang baca Alquran tidak akan hina, tidak akan jd macam peminta sedekah atau orang yang makan sampah tepi jalan..nauzubillah

7.pengamal Alquran ni hidup dia nampak sederhana tapi sbnrnyer die kaya dengan sumber rezeki yg tidak diduga..inilah lambang keberkatan Allah swt terhadapnya (atTalaq,2-3)

tetapi..
..TANDA2 ALQURAN MELAKNAT MANUSIA:..

1.di depan orang kita disanjung tapi dibelakang kita dihina dan dikutuk
2.rezeki tidak pernah rasa cukup
3.Rumah tangga/hidup tidak pernah tenang
4.semua org kita menganggap sebagai musuh..

sama2lah kita muhasabah diri kita msg2..

Nabi Muhammad saw menyebut dlm hadis riwayat Bukhari,:
"Sesiapa yg blh baca Alquran dgn SEMPURNA tp die x baca 100 ayat SEHARI,Alquran akan melaknatnya.."
nauzubillah

Walaupun kita kurang mahir baca Alquran,harus juga baca Alquran tiap2 hari disamping sentiasa berusaha dan belajar utk mahir serta mendalami isi kandungannya..
peringatan buat diri ini juga..wallahu'alam



JOM SOLAT BERJEMAAH DI MASJID!!!!!!!!!!

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Solat berjemaah lebih utama jika dibandingkan dengan solat sendirian dengan 27 darjat.” (Hadis riwayat Bukhari)


PERTAMA SEORANG AYAH

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anakperempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan Dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

KEDUA SEORANG SUAMI

Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami berdiam diri.....walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh,puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.


KETIGA SEORANG ABANG

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

KEEMPAT ANAK LELAKI

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam,maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.....nantikan tarikan ibunya.


Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.....maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang/anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar agar terselamat daripada azab api neraka....

-KITAB IHYA' ULUMUDDIN-


Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:


1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:
"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan." Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna:
"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."
Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.


RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Muslim)Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.

Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.


Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau 'Subuh gajah', iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: "Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya) ." (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.

Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: "Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya."Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?

Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.Diriwayat kan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga." (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, "Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka." (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.


“ Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah nak merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut – lembut, cakap baik – baik….hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi – menjadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi.”

“ Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad ? Siapa yang buat hal kali ni ?”


Staf saya si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu.”


“ Entah – entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion.”

“ Alaaah….orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok ? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti takut patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah.”

“ Jangan cakap macam tu Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu.” “ Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan ? Apa yang tak kena pulak, Naim?”

“ Maksud saya begini. Menafsirkan Hadis itu seolah –olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang “ disadvantaged “ atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah – olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertakwa. Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara – perkara yang tidak baik.

“ Buktinya apabila Rasulullah s.a.w, datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap “ golongan yang tak berguna “ kepada “ sayap kiri “ kepada masyarakat. Baginda ada memberikan tugas – tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan.

“ Tapi memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak melayan dia.”

“ Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan sahaja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk dan cara “ protes ” tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman yang lemah, bukan sebab jantina.

“ Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan lemah lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah – marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah – entah waktu itu
kita lebih ‘ bengkok ‘ daripada mereka !”

“ Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje.”

“ Aku bukannya nak bela sesiapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu.”

“ Apa maksud sebenar Hadis itu.”

“ Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adlaah satu “ penyempurnaan .”
Sepertimana juga usus manusia yang berlipat – lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat ‘ pelindung .’ Ia melindungi organ – organ penting di
dalam tubuh manusia seperti jantung, paru – paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu.”

“ Oh begitu. Jadi bila Nabi katakana yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?”

“ Begitulah. Selain itu, maksud ‘ tulang rusuk yang bengkok ‘ itu ialah sifat ‘ rahmah .’ Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat – sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak – anaknya dengan berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja – kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan.

“ Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu, jangan cuba
buang sifat “ bengkok “ ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas – tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ –organ yang penting tadi tidak akan selamat.

“ Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkan betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar.”

“ Hmm, betul tu Naim.”

“ Sebenarnya tiada siapa yang ‘ bengkok ‘ mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada
iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat - sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan menjadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya.”

“ Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah -marah dan tidak sabar.

“ Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih ‘ bengkok ‘ daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah lebih ‘ bengkok ‘ daripada semua orang lain.

Kisah ini dipetik dari risalah Menyingkap Rahsia Insan
PEMIMPIN satu amanah dan bukannya tempat mencari kemuliaan sebab amanah ini akan ditanya di akhirat nanti.

Realitinya hari ini pemimpin dipuji, diberi sambutan dan tepuk sorak.


Siapalah tidak ghairah pasang angan-angan menjadi pemimpin, hingga ada yang berkata: “Asyik dia orang saja dapat, bila lagi giliran aku pula.”

Islam sejak beratus tahun lampau mencipta rekod kepemimpinan di pelbagai benua dan kota, terus melakarkan beberapa pra syarat agar pemimpin betul-betul ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepemimpinan, bukan hanya terpimpin selamat di dunia malah juga di akhirat nanti.

Syarat pertama pemimpin ialah iman. Dalam surah al-Kahfi Allah menyatakan iman itu ada tiga implikasi, iaitu 'imun', 'aman' dan 'amin.'

Imun maknanya kebal daripada maksiat dan kebal daripada rasuah. Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik, bukannya hipokrit. Manakala 'amin' pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah .

Syarat kedua ialah ilmu kepemimpinan. Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu.

Makna kepemimpinan ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap. Jika tidak ada ilmu, sepak terajang dan kerenah kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin.

Syarat ketiga ialah 'selfleadership.' Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin?

Perkataan 'leader' merujuk kepada tanggungjawab (al-mas'uliyah). Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap kamu dalam pemimpin dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawab berdasarkan apa yang kamu pimpin.”

Syarat ini menggambarkan orang yang memimpin itu mampu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti.

Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan mengkambing hitamkan orang lain demi keselamatan diri.

Syarat keempat ialah pemimpin memerlukan 'The Power Of Communication.' Ketika berinteraksi dengan pengikut akan menghadapi pelbagai kerenah, keinginan dan tuntutan yang semestinya mampu menenangkan mereka walaupun hajat tidak tertunai, bukannya putar belit.

Cara berkomunikasi ada empat:

1) Cakap mudah difahami, bahasa terang, arahan jelas tidak berbelit-belit.

2) Kesamaan. Setiap orang mudah didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol. Pasangan berkahwin sebab banyak kesamaan antara mereka. Mereka nescaya bercerai jika ada banyak perbezaannya.

3) Ikhlas. Walaupun ikhlas terletak di hati dan tidak nampak dengan mata namun ia dapat dirasai. Jika tidak ikhlas seakan ada satu gelombang yang mengganggu perasaan orang yang dipimpin. Kata-kata tidak tajam tidak masuk di hati.

4) The power of service. Cakap hanya perlu pada tempatnya tetapi bertindak semestinya lebih banyak. Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.

Rasanya elok juga disinggung sedikit perkara yang menambah komitmen moral seorang pemimpin berasaskan tafsir lima ayat surah al-Muddassir.

i- Bangun dan beri peringatan. Pemimpin mempunyai kepedulian sosial yang tinggi. Sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.

ii-Mesti membasarkan Allah. Pemimpin perlu sentiasa ke depan tetapi jangan mendahului Allah.

iii- Bersihkan pakaiannya. Pakaian luar dan dalam iaitu hati biar turut bersih.

iv- Tinggalkan dosa.

v- Janganlah memberi sesuatu kerana ingin mendapat lebih banyak malah kalau boleh jangan ingat bahawa kita pernah memberi kepada seseorang.
Kenikmatan yang dirasakan oleh orang yang berhati bersih tidak sama dengan kenikmatan orang yang terbelenggu oleh nafsu. Kenikmatan hati adalah kenikmatan yang sebenarnya. Orang-orang yang berhati bersih menikmati berbagai kebajikan, merasakan kesenangan batin dan berkelana dengan pikiran-pikiran baiknya. Sudah menjadi kebiasaan orang-orang yang berhati bersih untuk mencari tempat-tempat yang sepi kemudian menikmatinya, terutama pekuburan. Tempat yang secara langsung mengajarkan bahwa semua orang akan tinggal di sana. Orang-orang yang berhati bersih menikmati berbagai kebajikan yang dijauhi oleh mereka yang terbelenggu oleh berbagai kenikmatan nafs. Keduanya memiliki perbezaan yang sangat besar.

Orang yang berhati bersih akan merasa cukup dengan sedikit harta (qanaah), menyukai semangat yang muncul dari fikiran mereka dan menikmati batin serta taman-taman pemikiran mereka. Sedangkan kenikmatan orang yang terbelenggu oleh nafs kadang sulit didapat dan melelahkan, seperti usaha untuk menumpuk harta tetapi tidak menyedekahkannya, usaha untuk membalas dendam dan usaha untuk menghindari musuh dan penentang. Semua usaha ini melelahkan. Demi memenuhi keinginan syahwat yang hina, manusia rela melakukan berbagai dosa besar.

Orang yang berhati bersih merasa kaya meskipun tak memiliki harta. Demikianlah sifat orang-orang yang memiliki kenikmatan. Walau hanya memiliki sedikit teman, mereka tetap memburu kemuliaan. Mereka mengatur waktu dengan seksama. Jika Allah memberinya makanan yang hanya cukup untuk satu hari, merekapun bersyukur dan memandangnya sebagai nikmat yang paling sempurna. Sebab, keadaan orang yang menumpuk-numpuk dan menyombongkan harta sangat berbahaya, sedikit dari mereka yang selamat. Kecuali, orang yang bersyukur dan mendermakan hartanya untuk membantu orang-orang yang membutuhkan dan menghindari sikap kikir yang tercela. Sangat sedikit orang kaya yang mahu berbuat seperti ini, sebab sebagian besar dari mereka hanya memperoleh sedikit taufik, khususnya di zaman ini, zaman di mana sifat kikir telah menguasai jiwa.

Nabi Isa berkata:

“Kukatakan kepada kalian, sesungguhnya seekor unta lebih mudah
memasuki lubang jarum daripada orang kaya masuk ke surga.”

Maksud sabda Nabi Isa di atas yaitu masuk surga tanpa hisab.

Diriwayatkan bahwa Allah SWT berkata kepada Nabi Musa as:

“Wahai Musa, jika engkau melihat seorang fakir datang, maka katakanlah kepadanya, “selamat datang syiar kaum sholihin.” Dan jika engkau melihat orang kaya datang, maka katakanlah, “Inilah dosa yang disegerakan siksanya.” Wahai Musa jangan lupakan Aku, sebab ketika seseorang melupakanKu, dia akan berbuat banyak dosa. Dan jangan merasa
senang dengan memiliki banyak harta, sebab banyak harta akan mengeraskan hati.”

Wahai saudaraku ketahuilah, orang-orang sebelum kita hidup di zaman yang baik. Mereka hidup di zaman yang baik, selalu memandang orang-orang yang mulia dan cerdas, besikap shidq dalam mencapai semua tujuannya dan berlomba-lomba mengamalkan sunnah. Hati merekapun menjadi bersih. Setelah zaman yang baik ini berlalu, penghuninya pergi, kebaikan pun hilang. Mereka yang hidup di akhir zaman tidak merasakan nikmatnya akhlak mulia serta tidak menyaksikan orang-orang yang shidq. Akhirnya mereka mencari kenikmatan lain; kenikmatan yang rendah dan melelahkan. Mereka tidak merasakan berbagai kenikmatan mulia yang diperoleh orang-orang zaman dahulu.

Telah kami jelaskan bahwa nafs harus disibukkan dengan sesuatu. Begitulah fitrah nafs, seperti api, maksudnya, nafs selalu membutuhkan kesibukan seperti api membutuhkan kayu bakar. Jika mampu, nafs akanmencari kemuliaan dan jika tidak mampu maka dia akan menggantinya dengan perbuatan-perbuatan hina. Oleh kerana itu wahai saudaraku, sibukkanlah nafs mu dnegan kenikmatan hati. Itulah kerajaan yang sejahtera. Kenikmatan ini tidak diketahui oleh para pecinta dunia yang diuji dengan mengumpulkan dan menyimpan harta. Kenikmatan initelah disebutkan oleh Allah Taala dalam wahyuNya:

“Barangsiapa mengerjakan amal saleh, baik lelaki mahupun wanita
dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya
kehidupan yang baik.” (an Nahl 16:97)

Kehidupan yang baik di sini adalah perasaan qonaah dan bahagia walau tidak memiliki harta. Perasaan ini merupakan buah hubungan yang baik. Sebaliknya, engkau melihat seorang hamba memiliki kekayaan dan kehidupan yang baik, tetapi merasa tersiksa. Dadanya terasa sempit, akhlaknya jelek dan kesedihan selalu menyertainya. Sebab dia
mengabaikan hak-hak Allah Taala.

Allah Taala mewahyukan:

“Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunnya pada hari kiamat dalam keadaan buta.”
(Thoha. 20:124)

Ikrimah berkata:

“Allah memberi orang-orang yang melupakan Nya rezeki haram yang mempersulit kehidupannya.”

Sebab, sesuatu yang haram akan memperburuk akhlak, merosak hati dan menyempitkan dada sebagaimana telah terbukti dan tidak diragukan. Orang seperti ini mendapat bencana, kelelahan, gelisah dan keinginan-keinginan-nya tidak terwujud. Kesusahannya tidak akan pernah berakhir. Kita berlindung kepada Allah dari musibah seperti ini. Dalam
sebuah syair disebutkan:

Hati yang kaya, merasa cukup dengan sedikit harta yang dapat menutup keperluanmu. Jika lebih dari itu, menjadi miskinlah hatimu.

Hati yang kaya tidak akan membutuhkan berbagai kenikmatan rendah yang kita rasakan saat ini, seperti berbagai hiburan yang melalaikan, pakaian mewah, kesibukan memperindah rumah dan urusan duniawi lainnya. Dalam pandangan orang-orang yang memiliki semangat dan akal, perbuatan ini sangatlah rendah. Manusia mendapatkan musibah dengan menghambur-hamburkan hartanya dan menyia-nyiakan umurnya untuk
memperoleh kenikmatan di atas.

Inilah siksa yang menunjukkan bahwa kedudukannya di sisi Allah Taala sangat rendah. Fahami ini, jangan terjerumus ke dalamnya. Berdoalah selalum maka Ia akan merahmatimu, sebab Ia Maha Dekat dan Maha Mengabulkan doa.

Selawat sejahtera ke atasmu, wahai junjungan besar, kekasih Allah, Rasulullah s.a.w. Nabi kami, kami yakin Allah mendengar detik hati kami ini. Yang ingin kami nyatakan kepada mu ya Habibullah, bahawa kami terlalu benar menderhakaimu. Yang kami jauh benar menyimpang dari ajaranmu. Dan kami tahu, menyalahimu adalah sama seperti menyalahi Allah sendiri Tuhan segala-galanya.

Jika mampu bagi kami, ingin kami ucapkan beribu ampun dan maaf, kerana kami masih lagi lemah dalam memperjuangkan agama Islam yang engkau perjuangkan dahulu.

Ya Habibullah, wahai kekasih Allah, tiada keraguan bagi kami, bahawa engkau pastinya senang dengan kehidupanmu sekarang disisi Kekasihmu. Wahai Rasulullah, ingin kami menjejakimu.

Tapi sering perjalanan kami buntu. Ingin sekali melihat wajahmu. Tapi, dengan amalan kami ini, cukup kami ragu. Rasulullah, kami rindu kepadamu. Walau pun kita tak pernah bertemu, tapi.. Tapi cukuplah dengan berita ketaqwaanmu, berita akan kebenaranmu, berita ketabahanmu... membuatkan hati ini sayu tak berlagu. Membuatkan diri kami ini seakan ternampak akan seri di wajahmu.

Ingin sekali ya Rasulullah berjumpa denganmu. Mencium dahimu. Memeluk tubuhmu dan berkata kepada mu, kami rindu... Kami mohon kemaafan atas amanah yang telah kami selewengkan. Dalam keinginan yang membuak-buak ini ya Rasulullah, kami malu, bagaimana nanti jika berhadapan denganmu. Apa yang ingin kami perkatakan kepadamu?
Ya Rasulullah, engkau insan yang paling mulia dikalangan manusia. Juga muliamu di kalangan malaikat. Juga muliamu atas segala makhluk. Begitulah anugerah Tuhan kita kepadamu.

Tapi ya Rasulullah engkau juga seorang manusia biasa. Yang bernafsu, bernafas seperti kami. Ya Rasulullah taubatmu setiap hari. Zikirkirmu setiap saat, hatta ketika tidurmu. Solatmu, sujud seorang hamba.
Laparmu... MASYAALLAH ! Kekasih Allah ini berlapar kerana ketaqwaannya! Mengikat batu ke perut mu menahannya. Tapi kami ya Rasulullah, sudah terhidang, yang lazat pula, masih lupa siapa yang memberinya. Asyik merungut itu dan ini. Terlupa bersyukur kepada Pemberi.
Mujurlah Pemberi Yang Maha Lembut lagi Maha Sabar. Kalau tidak!.. MASYAALLAH! apalah kesudahan kami???!! Sudahlah erti taubat pun tak mengerti, dosa pulak asyik ditambah berkati-kati.

Zikirkan Allah jarang sekali, yang paling paling pandai melalak dan menyanyi. Solat bagaikan burung gagak, terpatuk-patuk. Kadang di tikar sejadah pun masih nak bergelak!
Beginilah kebanyakkan kami sekarang ini ya Rasulullah. Kepada sunnah-sunnahmu kami buta. Cuma pakai bila suka. Yang tidak engkau ajar, cepat kami belajar, senanglah hati musuhmu si kuffar. Jauh sekali kami ya Rasulullah, jauh sekali dari dirimu. Jauh dari jasadmu, jauh pula dari kesucian Islam yang dibawamu. Tetapi Ya Rasulullah. Kami masih menaruh harapan. Masih pasrah moga Allah perkenankan kami mendapat syafaat mu wahai tuan. Ya Allah. Ampunilah kami. Dosa kami terhadapMu. Berikanlah kami petunjukMu ya Allah di atas jalan yang lurus seperti yang ditunjuki dahulu oleh kekasihMu, Muhammad s.a.w. Wahai Pemegang hati-hati kami. Tetapkanlah akidah kami ini, menjunjungMu sepenuh hati dengan keyakinan sejati bahawa Engkau Esa. Engkau Suci, Maha Suci Engkau dari segala sifat kecelaan dan kelemahan. Bahawa Engkaulah Tuhan yang sebenar-benarnya dan selayak-layaknya untuk segala makhluk menyembah.

Dan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruhMu, RasulMu yang membawa tidak lain melainkan kebenaran belaka. Dan Agar kami beriman dan seterusnya beramal dengan segala keupayaan kami ke arahMu dan ke arah jalan yang ditunjuki utusanMu itu. Amiin Ya Rabbal A'lamiin. Semoga kita berjumpa lagi wahai kekasih Allah .... Wallahu a'lam .

KAMI MERINDUIMU YA RASULULLAH..

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."
(AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.


Tangis tercela atau terpuji ??
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s
Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut

-Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
-Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
-Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
-Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
-Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
-Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda
"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fisabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat"
-seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.(riwayat dari Salman al Farisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
- Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
- Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
- Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
-..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.

...sampaikanlah walau satu ayat" al hadis

moga kita sama-sama mengambil manfaat drnya.
wallahua'alam

Bersyukur ketika sihat, Bersabar ketika sakit

Hidup sebagai seorang muslim hendaknya selalu berada pada dua perkara:

Bersyukur dan Bersabar.

Jika ia sihat, ia bersyukur dan gunakan kesihatannya untuk melakukan pekerjaan yang bermanfaat. Sebaliknya, jika sakit, ia ikhlas dan bersabar sambil terus menerus berusaha mengubatinya, disertai dengan sikap tawakal pada Allah. Ia sedar, Allahlah zat yang mampu menyembuhkan penyakitnya.

Dalam kaitan ini Allah berfirman :

" (Iaitu Tuhan) Yang telah menciptakan aku, maka Dia-lah yang memberi petunjuk. Dan Tuhanku, Yang Dia memberi makan dan minum kepadaku. dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku. Dan Yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku(kembali). Dan Yang amat ku inginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat." QS Asy Syu'araa' 26 Ayat 78 -82.

Oleh kerananya berubat termasuk salah satu perintah dalam ajaran Islam. Rasulullah bersabda :

"Setiap penyakit ada ubatnya, maka berubatlah kamu sekalian, tetapi jangan berubat dengan sesuatu yang diharamkan"

Di samping itu ada perkara yang perlu diingatkan, untuk tidak berubat ke dukun mistik, paranormal yang mengerti ilmu ghaib. Dalam sebuah hadith, Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam bersabda :

"Barangsiapa yang mendatangi dukun peramal (kahin), maka sungguh dia telah kufur kepada apa (Al Quran) yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w

Rasulullah sendiri tidak mampu meramalkan yang ghaib, yang akan terjadi pada dirinya. Allah berfirman :

" Katakanlah aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak pula menolak kemudaratan, kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudaratan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman." Al-A'raaf ; 7: 188

Penyakit itu kadang kala datang dengan tiba-tiba, sementara penyembuhannya kadangkala memakan waktu yang lama. Tidak ada sikap yang perlu dipegang selain bersabar dan bertawakal kepada Allah SWT. Rasulullah bersabda :

"Jauhilah olehmu segala yang diharamkan, maka pasti engkau akan menjadi orang yang paling taat beribadah. Bersikaplah redha terhadap segala apa yang telah Allah tetapkan kepadamu." HR. Imam Ahmad dari Abu Hurairah

Dalam hadith lain Rasulullah bersabda pula :

" Aku bangga dengan seorang muslim, jika menimpa kepadanya suatu musibah ia ikhlas dan bersabar. Jika mendapatkan kebaikan, ia memuji Allah dan bersyukur. Sesungguhnya muslim itu pada segala pekerjaannya selalu akan mendapat pahala dari Allah sekalipun pada sesuap nasi yang ia masukkan ke dalam mulutnya." HR Imam Baihaqi dari Sa'ad

Disamping kesabaran dan ketabahan, juga harus memiliki sikap husnu-zhan(berbaik sangka) kepada Allah SWT. Apa yang terjadi pada si pesakit adalah kebaikan buat dirinya. Rasulullah bersabda :

"Aku bangga dengan orang mukmin, sesungguhnya Allah SWT tidaklah menetapkan suatu keputusan, kecuali akan berakibat baik kepadanya." HR Ibnu Hibban dari Anas

"Aku hairan dengan mukmin yang gelisah menghadapi penderitaan sakitnya. Jika ia mengetahui sesuatu (pahala) yang terdapat pada sakitnya, ia pasti akan mengharapkan sakit tersebut sehingga bertemu dengan Allah SWT." HR Thabrani dari Ibn Mas'ud

Berbaik sangka kepada Allah akan melahirkan persangkaan baik pula kepada sesama manusia. Prinsip semacam inilah yang akan melahirkan sikap saling mengerti, saling memahami, senasib sepenanggungan, saling merasakan (simpati), serta suka dan duka dirasakan bersama.

Menjenguk orang yang sakit adalah puncak dari rasa persaudaraan yang harus dimiliki dan dikembangkan oleh setiap muslim. Tiada iman tanpa ukhuwah (rasa persaudaraan) yang mendalam. Rasulullah bersabda :

" Engkau lihat orang-orang mukmin dalam sayang menyayanginya, saling mencintai dan saling mengerti, adalah seperti satu tubuh. Apabila satu anggota tubuhnya sakit, maka yang lainnya akan merasakan pula panas dan demamnya." HR Ahmad dari Abu Umamah

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

Jalan dakwah merupakan satu jalan yang penuh likunya,namun bilamana kita diuji dengan kesihatan yang tidak baik,janganlah mudah bagi kita untuk berputus asa. Ingatlah,sesungguhnya ramai pejuang Islam yang hebat tetap berjuang walaupun dalam keadaan tidak sempurna @ sihat. Tiada rehat bagi kita, kecuali di syurga Allah s.w.t. insyaAllah.
Ustaz Umar Tilmisani rahimahullah berkata:
“Apabila melakukan teguran, Imam syahid Al-Banna menuturkan kata-kata teguran yang lemah lembut dengan suara yang halus dan tidak dengan nada yang tinggi.

Beliau akan menegur kesalahan dan menyatakan kesalahan tanpa menyakiti atau mengguris hati ikhwah.”

“Di saat senang, beliau memanggilku dengan namaku sahaja… Wahai Umar.”

“Namun, apabila ada sesuatu yang menyimpang dan harus diperbetul dan diluruskan, maka beliau akan memanggilku dengan panggilan… Wahai Ustaz Umar.”

“Apabila terdengar sahaja panggilan itu, maka saya akan segera menyedari bahawa ada hal yang tidak menyenangkan atau ada perkara yang perlu saya perbetulkan.
Maka saya akan segera berkata, Apa yang terjadi?”

Beliau membalas pertanyaan dengan simpulan dan kuntuman senyum yang indah mekar di bibir. Sehingga apabila melihat wajahnya, maka sesiapa yang sedang marah, maka perasaan geramnya pasti akan reda dan hilang. Lalu, beliau akan menyampaikan isi tegurannya dengan bahasa yang lembut yang menyentuh hati dan juga menyenangkan jiwa yang mendengar.”

Di kala ambang peperiksaan makin menggundahkan hati dan perasaan kita, emosi dan jiwa seseorang itu sememangnya mudah terusik dan terguris. Maklum dengan suasana getir dan tegang di kala peperiksaan menyebabkan hati menjadi sedikit keras dan statik. Syaitan akan lebih mudah untuk meniup rasa dengki dan nafsu amarah akan makin membuak-buak api kemarahannya dimangkin oleh hasutan syaitan.
Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita untuk menghadapi perasaan marah ini berdasarkan hadith dari Sulaiman Bin Shurad:

“Saya duduk bersama Nabi s.a.w. dan di situ ada dua orang yang saling bermaki-makian antara seorang dengan kawannya. Salah seorang dari keduanya itu telah merah padam mukanya dan membesarlah urat lehernya, kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya saja niscayalah mengetahui suatu kalimat yang apabila diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya -kemarahannya,
yaitu andaikata ia mengucapkan: “A’udzu billahi minasy syaithanir rajim,” tentulah lenyap apa yang ditemuinya itu.

Orang-orang lalu berkata padanya -wahai orang yang merah padam mukanya tadi: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: “Mohonlah perlindungan kepada Allah dari syaitan yang direjam.” (Muttafaq ‘alaih)

Selain itu, Rasulullah pernah bersabda bahawa:
“Seseorang yang kuat di kalangan sesuatu kaum bukanlah orang yang dapat mengalahkan semua orang di kalangan kaumnya tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang dapat menahan dirinya daripada berasa marah.”

Allah turut berfirman dalam Surah Ali ‘Imran, ayat 134:

"(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."

Sememangnya menjadi suatu signifikan buat kita para daie untuk mengikis sifat marah dan memupuk serta menyemai subur sikap lemah lembut dalam diri. Menjadi suatu bekalan yang sangat penting buat kita dalam jalan yang penuh dengan liku-liku ini di mana, sifat lemah lembut mampu untuk menarik manusia kembali kepada Allah.

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah itu Maha Lemah-lembut dan mencintai sikap yang lemah-lembut dalam segala perkara.” (Muttafaq ‘alaih)

Allah turut berfirman dalam Surah Furqan,63:
"Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan (iaitu mereka mengucapkan salam)"

Jelas di sini bahawa kita perlu bersikap lemah lembut dalam semua perkara.

Hatta qudwah hasanah kita yang kita junjungi, Rasulullah SAW sentiasa bersikap lemah lembut. Baginda mungkin pernah bersikap tegas, tetapi semuanya dengan nada yang lembut dan sangat menyentuh hati.

Perlu kita ingatkan bahawa dalam kita sibuk megejar manusia , adakah kita telah bersikap lemah lembut dalam teknik dakwah kita? Mungkinkah teguran kita terlalu tegas?

Adakalanya, mungkin difikirkan bahawa kata-kata yang diucapkan adalah bersesuaian dan menepati situasi,

namun,

setiap manusia mempunyai perasaan yang berlainan. Seseorang itu mungkin mudah terusik atau terguris walaupun kata-kata yang diucapkan langsung tidak mempunyai unsure-unsur kasar mahupun kata-kata tajam yang mampu menusuk jiwa.

Seringkali dirasakan bahawa kata-kata yang diucapakan seolah-olah kata-kata yang biasa atau madah nasihat yang mudah untuk diterima. Namun, persoalannya, adakah kita pernah terfikir dengan perasaan orang tersebut.

Semangat kita yang tinggi mungkin secara tidak sengaja boleh menorah luka perasaan di jiwa ikhwah yang lain. Maka berhati-hatilah dalam usaha kita untuk menegur, malah di kalangan ikhwah sendiri. Jangan semangat yang menjulang tinggi menyebabkan kita kabur terhadap perasaan ikhwah di sekeliling.

Malah Syed Qutb pernah berkata:
“Kita menyeru dan memerangi manusia dengan kasih sayang dan lemah lembut. Nampak seperti ironi, namun itulah hakikat yang perlu kita implementasikan.”

Kata-kata beliau ditujukan buat daie-daie muda yang penuh dengan semangat tetapi risau jika disalurkan pada saluran-saluran yang terselitnya rasa marah.

Impak yang lebih teruk ialah, orang yang diseru mungkin akan lari dan menyebabkan usaha kita sia-sia malah dikutuk oleh Allah. Rasulullah bersabda:
“Berikanlah kemudahan dan jangan mempersukarkan. Berilah kegembiraan dan jangan menyebabkan orang lari.” (Muttafaq ‘alaih)

jadikan ia sebati dalam diri supaya berkat izin Allah, moga kita praktikkan selalu.


Di masa dahulu ada seorang raja (Yahudi) yang mempunyai seorang yang ahli sihir, kemudian ketika ahli sihir telah tua ia berkata kepada raja: "Kini aku telah tua dan mungkin telah dekat ajalku, kerana itu anda kirim kepadaku seorang pemuda yang dapat aku ajarkan kepadanya ilmu sihir". Maka raja berusaha mendapat seorang pemuda untuk mempelajari ilmu sihir itu, sedang di tengah jalan antara tempat ahli sihir dengan rumah pemuda itu ada tempat seorang pendeta (ahli ibadah) yang mengajar agama, maka pada suatu masa pemuda itu singgah di tempat pendeta untuk mendengarkan pengajiannya, maka ia tertarik dengan ajaran pendeta itu sehingga jika ia terlambat datang kepada ahli sihir dia akan dipukul, dan bila terlambat kembali ke rumahnya juga dia dipukul, maka ia mengadu tentang kejadian itu kepada pendeta. Maka diajar oleh pendeta jika terlambat datang kepada ahli sihir supaya berkata aku ditahan oleh ibuku, dan bila terlambat kembali ke rumah katakan: Aku ditahan oleh ahli sihir.

Maka berjalan beberapa lama kemudian itu, tiba-tiba pada suatu hari ketika ia akan (hendak) pergi, mendadak (tiba-tiba) di tengah jalan ada seekor binatang buas sehingga orang-orang tidak berani jalan di tempat itu, maka pemuda itu berkata: "Sekarang aku akan mengetahui yang mana lebih yang lebih baik di sisi Allah apakah ajaran pendeta atau ajaran ahli sihir", lalu ia mengambil sebutir batu dan berdoa "Ya Allah jika ajaran pendeta itu lebih baik di sisimu maka bunuhlah binatang itu supaya orang-orang dapat lalu lalang di tempat ini".Lalu dilemparkanlah batu itu, dan langsung terbunuh binatang itu. Dan orang-orang gembira kerana telah dapat lalu lintas di jalan itu.

Maka ia langsung memberitakan kejadian itu kepada Rahib (pendeta), maka berkatalah Rahib itu kepadanya : "Anda kini telah afdhat (pesan) daripadaku, dan anda akan diuji, maka jika diuji jangan sampai menyebut namaku". Kemudian pemuda itu dapat menyembuhkan orang buta dan sopak dan berbagai macam penyakit yang berat-berat pada semua orang.

Ada seorang pembesar dalam majlis raja dan dia telah buta kerana sakit mata, ketika ia mendengar berita bahwa ada seorang pemuda dapat menyembuhkan pelbagai macam penyakit maka ia segera pergi kepada pemuda itu sambil membawa hadiah yang banyak, sambil berkata: "sembuhkan aku, dan aku sanggup memberikan kepadamu apa saja yang anda suka".

Jawab pemuda itu: "Aku tidak dapat menyembuhkan seseorang pun sedang yang menyembuhkan hanya Allah azza wajalla, jika engkau mau beriman (percaya) kepada Allah, maka aku akan berdoa semoga Allah menyembuhkan mu".

Maka langsung dia beriman kepada Allah dan didoakan oleh pemuda dan seketika itu juga ia sembuh dengan izin Allah s.w.t. Kemudian ia kembali ke majlis raja sebagaimana biasanya, dan ditanya oleh raja "Hai Fulan siapakah yang menyembuhkan matamu" Jawabnya "Rabbi (Tuhanku)". Raja bertanya: "Aku?". Raja bertanya demikian karena merasa dirinya sebagai Tuhan. Jawabnya "Bukan, tetapi Tuhanku dan Tuhanmu yaitu Allah". Ditanya oleh Raja "Apakah anda mempunyai Tuhan selain Aku?" Jawabnya "Ya, Tuhan ku dan Tuhanmu adalah Allah".


Maka disiksa oleh raja seberat-beratnya siksa sehingga terpaksa ia memberitahu raja itu akan pemuda yang mendoakannya untuk sembuh itu.

Maka segera dipanggil pemuda itu lalu berkata "Hai anak sungguh hebat sihirmu sehingga dapat menyebuhkan orang buta dan sopak dan berbagai macam penyakit"

Jawab pemuda itu "Sesungguhnya aku tidak dapat menyembuhkan siapa pun, hanya semata-mata Allah azza wa jalla". Raja itu pun bertanya "Adakah aku?", "Tidak" jawab permuda itu. maka tanya raja itu "Adakah engkau ada tuhan lain selain aku?" Jawab pemuda "Ya, Tuhanku dan Tuhanmu hanya Allah". Maka pemuda itu ditangkap dan disiksa seberat-beratnya sehingga terpaksa dia menunjukkan pada Rahib yang mengajarnya. Maka dipanggil Rahib dan dipaksa untuk meninggalkan agamanya, tetapi Rahib tetap bertahan dan tidak mahu beralih agama, maka diletakkan gergaji di atas kepalanya dan digergaji dari atas kepalanya hingga terbelah dua badannya.

Kemudian kembali pemuda itu diperintah untuk meninggalkan agama yang dianutnya (agama tauhid), tetapi pemuda ini juga menolak perintah raja, Maka raja memerintahkan supaya dibawa ke puncak gunung dan di sana juga supaya ditawarkan kepadanya untuk meninggalkan agamanya dan mengikuti agama raja, jika tetap menolak supaya dilempar dari atas gunung itu, maka ketika telah sampai di atas gunung dan ditawarkan kepadanya pemuda untuk berubah agama, dan ditolak oleh pemuda itu. Kemudian pemuda itu berdoa "Allahumma ikfinihim bimaa syi’ta: (Ya Allah selesaikanlah urusanku dengan mereka ini dengan aku sehendak-Mu)". Tiba-tiba gunung itu bergoncang sehingga para pengawal berjatuhan dari atas bukit dan mati semuanya, maka segeralah pemuda itu kembali menemui raja, dan ketika ditanya: "Manakah orang-orang yang membawamu?". Jawabnya: "Allah yang menyelesaikan urusan mereka".

Lalu pemuda itu ditangkap lagi dan kali ini dibawa ke laut dengan naik perahu, setelah sampai di tengah laut ditanyakan padanya jika ia mau mengubah agama, jika tidak maka lemparkan ke dalam laut dan ketika telah sampai di tengah laut pemuda itu berdoa: "Allahumma ikfinihim bimaa syi’ta", maka tenggelamlah orang yang membawanya semuanya dan segeralah pemuda kembali menghadap raja. Dan ketika ditanya oleh raja "Bagaimana keadaan orang-orang yang membawamu?" Jawabnya: "Allah yang menyelesaikan mereka".

Kemudian pemuda itu berkata kepada raja "Engkau takkan dapat membunuhku kecuali jika engkau menurut perintahku maka dengan itu engkau akan dapat membunuhku" Raja bertanya: "Apakah perintahmu?" Jawab pemuda: "Kau kumpulkan semua orang di suatu lapangan, lalu engkau gantung aku di atas tiang, lalu kau ambil anak panah milikku ini dan kau letakkan di busur panah dan membaca: Bismillahi Rabbil ghulaarn (Dengan nama Allah Tuhan pemuda ini), kemudian anda lepaskan anak panah itu, maka dengan itu anda dapat membunuhku". Maka semua usul pemuda itu dilaksanakan oleh raja, dan ketika anak panah telah mengenai pelipis pemuda itu ia mengusap dengan tangannya dan langsung mati, maka semua orang yang hadir berkata: "Aamannaa birrabil ghulaam (Kami beriman kepada Tuhannya pemuda itu)". Sesudah itu ada orang memberitahu kepada raja bahwa semua rakyat telah beriman kepada Tuhannya pemuda itu, maka bagaimanakah usaha untuk menghadapi rakyat yang banyak ini. Maka raja memerintah supaya di setiap jalan digali parit dan dinyalakan api, dan tiap orang yang berjalan di sana, dan ditanya tentang agamanya, jika ia tetap setia pada kami biarkan, tetapi jika ia tetap percaya kepada Allah masukkanlah ia ke dalam parit api itu.

Maka adanya orang berjejal-jejal (berbaris-baris) dorong mendorong yang masuk di dalam parit api itu, sehingga tiba seorang wanita yang menggendong(membawa) bayinya yang masih menyusu, ketika bayinya diangkat oleh pengikut-pengikut raja untuk dimasukkan kedalam parit berapi itu, wanita itu hampir menuruti mereka berganti agama kerana sangat belas kasihan pada anaknya yang masih kecil itu, tiba-tiba anak bayi itu berbicara dengan suara lantang: "Sabarlah hai ibuku kerana kau sedang mempertahankan yang kebenaran.”. Akhirnya mereka berdua terjun kedalam parit api yang menyala dan membakar.


(H.R. Ahmad, Muslim dan Annasa’i)

Berkata Ibnu Abbas kisah ini terjadi 70 tahun sebelum Nabi saw.
“Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya,” Apakah karena jumlah kami yang sedikit pada hari itu?” Nabi saw, menjawab,”Bahkan, pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut ‘rasa gentar’ terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu.”Seorang sahabat bertanya, ‘Apakah itu al-wahnu itu, ya Rasulullah?’ Rasulullah saw, menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.”
(Hr Abu Dawud dan Ahmad)

Hadis ini merupakan satu hadis yang cukup-cukup menarik. Sebagaimana dalam khutbah jumaat sebelum ini, banyak di ceritakan mengenai al-wahnu atau "Cintakan Dunia dan Takutkan Mati". Selepas kejatuhan Khilafah Islamiyyah, negara-negara Islam yang dahulunya gah, kini berpecah menjadi beberapa negara. Masing-masing hanya mementingkan kekayaan, mengejar 'keglameran' negara tanpa menghiraukan langsung perkara berkaitan ukhrawi. Seolah-olah, umat manusia pada kali ini bekerja seperti mereka tidak akan mati padahal kematian berlaku di depan mata.

Rasuah bermaharajalela di negara-negara tersebut, dan benih-benih kezaliman, penguasa yang zalim menjadi semakin berkuasa. Kini, Umat Islam berpecah-pecah dan setiap penguasa hanya sibuk mengurusi kepentingannya sendiri, dan musuh-musuh Islam bebas menguasai setiap tanah Muslim seperti pemangsa yang menyerang mangsanya. Puak kafir dan yahudi bergembira melihat perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam. Sekularisme yang mereka tanam sewaktu mereka menjajah negara-negara tidak berjaya di hilangkan bahkan semakin di gunakan. Firman Allah s.w.t:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.”
(Al-Baqarah: 120)

Dalam hadis yang kami nyatakan di atas, ada satu ungkapan yang menyebut mengenai bilangan umat Islam.

“Salah seorang sahabat bertanya,” Apakah kerana jumlah kami yang sedikit pada hari itu?” Nabi saw, menjawab,”Bahkan, pada hari itu jumlah kamu banyak sekali …”

Ini sebagai bukti bahawa di dalam Islam, jumlah bukanlah faktor yang paling penting. Kaum Muslim mencaapai kemenangan pada perang Badar, padahal jumlah pasukan Musyrikin Quraisyh lebih besar dari pasukan Muslim, tiga melawan satu. Dalam perang Yarmuk, pasukan Rom jauh lebih besar di banding kaum Muslim, tujuh lawan satu. Namun kini, keadaan menjadi sebaliknya, situasi saat ini berbalik. Populasi kaum Muslimin kini lebih dari satu trilion dan terus bertambah. Namun, angka yang ramai ini tidak berpengaruh besar. Kebanyakan Muslim hanyalah dikuasai hawa nafsu, seibarat sekawanan ternak yang tidak berakal yang hanya di manfaatkan oleh tuannya. Sekiranya kita membandingkan kita, umat Islam pada masa kini dengan umat Islam sewaktu adanya Khilafah, amat-amatlah berbeza. Umat Islam pada masa dahulu, amat-amat hebat. Qiamullail menjadi suatu yang wajib bagi umat yang dahulu, namun kini, kekayaan yang menjadi keperluan.

Andai saja kaum Muslim menyedari bahwa kematian bukanlah pengakhiran, namun sebuah permulaan, disitu tempat keadilan yang penuh rahmat dengan seksaan yang berat atau pahala yang indah. Tentulah keadaan kita yang menyedihkan ini akan berubah. Sahabat-sahabat yang di kasihi, marilah kita sama-sama mengubah diri kita menjadi orang yang lebih baik. Sesungguhnya, kematian itu pasti, hari kiamat itu pasti, syurga dan neraka juga adalah pasti. Bangkitlah wahai umat Islam, umat akhir zaman. Wallahu'alam


Taubat Seorang Hamba

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...






Kita sering mendengar mengenai hadis. Apakah yang di maksudkan dengan hadis itu sebenarnya?dan apakah yang maknanya hadis Qudsi, Hadis Shahih, Hadis Maudhu dan lain-lain lagi. Sedikit perkongsian mengenai hadis.

Hadis
Hadis berasal dari perkataan al-Hadits bermaksud 'baru' atau 'kata-kata'. Dari segi istilah, bermaksud, sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w sama ada berbentuk perkataan, perbuatan atau sifat.

Sanad

Dari segi bahasa bermaksud, tempat sandaran. Manakala dari segi istilah pula iaitu, urutan atau rantaian para perawi hadis yang bersambung sehingga kepada matan (isi kandungan) hadis.


Matan pula ialah ungkapan hadis setelah berakhirnya nama-nama perawi-perawi yang meriwayatkan hadis itu.

Contohnya, hadis yang diriwayatkan oleh imam hadis seperti al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud. Lafaz hadis ini terdapat di dalam Sunan Abu Daud.

Sulaiman telah menceritakan kepada kami, Hammad telah menceritakan kepada kami, dinukilkan daripada Ayyub, dinukilkan daripada Nafi', dinukilkan daripada Ibn Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Janganlah kamu menghalang pemakmur-pemakmur ALLAH dari mendatangi masjid-masjid ALLAH."


Ungkapan 'Sulaiman telah menceritakan kepada kami, Hammad telah menceritakan kepada kami, dinukilkan daripada Ayyub, dinukilkan daripada Nafi', dinukilkan daripada Ibn Umar r.a katanya' inilah dinamakan sanad.

Manakala ungkapan 'janganlah kamu menghalang pemakmur-pemakmur ALLAH dari mendatangi rumah-rumah ALLAH (masjid)' ini pula dinamakan matan.

Hasan
Hasan dari segi bahasa bermaksud hadis yang baik. Dari segi istilah pula, hadis yang diriwayatkan secara bersambung sanadnya oleh perawi yang adil (tidak berterusan melakukan dosa kecil dan menghindari dosa besar), kurang sedikit daya ingatannya berbanding perawi hadis sahih, daripada mula sanad sehingga akhir, tidak ganjil dan tidak ada kecacatan yang boleh menggugat kesahihan hadis.

Daif
Dhaif dari segi bahasa, lemah atau sesuatu yang berlawanan dengan kuat. Dari segi istilah pula, hadis yang tidak sampai kepada martabat hasan kerana tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Maudhu' (Palsu)
Hadis Mudhu' atau hadis palsu ialah sesuatu perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w secara dusta. Sedangkan hakikatnya baginda tidak ada kaitan dengan semua itu.

Sahih
Sahih dari segi bahasa bermaksud, sihat, iaitu berlawanan dengan sakit. Dari segi istilah, hadis yang bersambung sanadnya daripada perawi yang adil (tidak berterusan melakukan dosa kecil dan menghindari dosa besar), kuat daya ingatan, daripada mula sanad sehingga akhir, tanpa keganjilan atau kecacatan yang boleh menggugat kesahihan hadis.




Related Posts with Thumbnails