Bersama Menyemarakkan Spirit Dakwah. Islam Untuk Semua.

Peristiwa besar di Bulan Zulkaedah (Siri 1)

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana masih lagi memberikan kita peluang & ruang utk kite meneruskan kehidupan di atas muka bumi Allah yg indah ini. Sedar tidak sedar kita kini telah memasuki pertengahan bulan Zulkaedah. Ramai yang masih lagi sibuk dengan final exam & ada juga yang telah selamat kembali ke kampung masing-masing.
Bulan Zulkaedah merupakan permulaan bagi musim haji. Umat Islam bertumpu di Mekah tidak kira bangsa & kaum. Di sini bermacam ragam jemaah yang akan ditemui, ada yang jahil ilmu agamanya, tak kurang juga yang berpendidikan luar negara. Tidak kira samada pemerintah bagi negara @ orang biasa semuanya sama di sisi Allah dan yang membezakan adalah taqwa kepada Allah.
Insyaallah, utk permulaannya bagi penulisan blog ini, kami akan berkongsi sedikit mengenai peristiwa-peristiwa besar bulan Zulkaedah. Moga-moga sedikit perkongsian ini, akan mampu meningkatkan keimanan kita kpd Allah s.w.t

Peperangan Bani Quraizah
Selepas umat Islam mencapai kemenangan dalam peperangan Ahzab, umat Islam sekali lagi di uji dengan peperangan walaupun tiada pertempuran yang berlaku.Peperangan ini berlaku selepas Rasulullah s.a.w pulang dari peperangan Ahzab (Khandaq). Ketika Rasulullah s.a.w sedang membersihkan diri datang malaikat Jibrail a.s menemui Rasulullah s.a.w dan berkata " Adakah kamu sudah meletakkan senjata" bangunlah bersama mereka yang bersamamu untuk menyerang Bani Quraizah, sesungguhnya para Malaikat belum lagi meletakkan senjata.
Selesai sahaja memberitahu Rasulullah s.a.w lalu Jibril mengetuai rombongan malaikat menuju ke perkampungan Bani Quraizah...

Selepas itu Rasulullah s.a.w pula bersama dengan 3 ribu orang tentera menuju ke tempat tersebut di mana yahudi Bani Quraizah tidak menentang lalu tentera Islam mengepung musuh itu selama 25 malam. Walau pun yahudi Bani Quraizah boleh bertahan beberapa lama lagi di dalam kota mereka disebabkan bekalan makanan dan air yang banyak disamping di kelilingi oleh kota yang kukuh sedangkan tentera Islam masih keletihan kerana baru pulang daripada Peperangan Ahzab ditambah pula dengan musim sejuk dan kekurangan makanan. Namun tentera Islam mempunyai semangat jihad yang tinggi sedangkan yahudi berada dalam ketakutan dan lemah semangat. Ketakutan yahudi bertambah kuat apabila Sayyidina Ali dan Zubair bin al-Awwam mula mara di mana Sayyidina Ali bertempik menyatakan : “ Wahai tentera Iman! Aku merasa seperti yang telah dirasai oleh Sayyidina Hamzah iaitu gugur syahid atau aku berjaya membuka kota yahudi ini”.
Akhirnya yahudi Bani Quraizah membuat keputusan untuk menyerah diri. Setelah berlaku sedikit rundingan lalu Rasulullah s.a.w menyerahkan hukuman terhadap yahudi pengkhianat ini kepada Sa’ad bin Mu’adz untuk menghakiminya. Sa’ad yang masih uzur akibat luka parah yang dialaminya semasa Peperangan Ahzab telah menjatuhkan hukuman agar kaum lelaki yahudi Bani Quraizah dihukum bunuh manakala kaum perempuan dan kanak-kanak dijadikan tawanan. Mendengar hukuman itu lalu Rasulullah s.a.w bersabda : “ Sesungguhnya engkau telah berhukum dengan hukum Allah s.w.t yang datang dari 7 petala langit”. Sa’ad mendapat keredhaan yang nyata daripada Allah S.W.T di mana doanya agar dilanjutkan usianya sehingga dia dapat menghukum Bani Quraizah dimakbulkan. Selepas peristiwa tersebut, keadaan Sa’ad semakin tenat sehingga nabi mengarahkan agar didirikan khemah di dalam masjid bagi membolehkan Sa’ad sentiasa berhampiran dengannya.

Rasulullah s.a.w bersabda :
اَهْتَزَّ عَرْشُ الرَّحْمنِ لِمَوْتِ سَعْدٍ ( رواه الصحيحان )
Maksudnya : ‘Arasy Allah S.W.T yang Maha Pemurah telah bergoncang kerana kematian Sa’ad

إِنَّ المَلائِكَةَ كَانَتْ تَحْمِلُهُ ( رواه الترمذي )
Maksudnya : Sesungguhnya para malaikat menanggung jenazahnya (Sa’ad bin Muazd.

Walau pun hukuman yang dijatuhkan ke atas yahudi Bani Quraizah ini pada zahirnya begitu keras bagaikan berbentuk paksaan sedangkan musuh telah menyerah diri tetapi hakikatnya ia begitu adil dan tepat sekali apalagi dengan terdedahnya bagaimana yahudi Bani Quraizah itu bukan sahaja mengkhianati janji tetapi turut merancang untuk membunuh seluruh umat Islam dengan menyimpan begitu banyak senjata untuk tujuan itu. Pelaksanaan kepada hukuman bunuh ini dijalankan dengan yahudi Bani Quraizah itu ditahan di kampung Bani Najjar lalu di gali parit-parit di kawasan pasir di Madinah dan kemudiannya dibawa sekumpulan demi kumpulan yahudi itu untuk dipancung leher mereka yang menyaksikan antara 6 hingga 7 ratus yahudi Bani Quraizah dihukum bunuh. Terdapat juga dikalangan yahudi itu yang memeluk Islam

***sumber rujukan Fiqh al-Harakah dari Sirah Nabawiyyah

0 comments:

Related Posts with Thumbnails