Bersama Menyemarakkan Spirit Dakwah. Islam Untuk Semua.

Deerland di hati...


Alhamdulillah...bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana Conference of Nature '08 akhirnya berjaya juga di jalankan dgn jayanya.Setingi-tinggi kesyukuran kami rafakkan kpd Allah s.w.t. Sesungguhnya tanpa rahmat & redha Allah s.w.t, nescaya program yg dirancang ni tidak akan berjalan dgn lancar. Setelah sekian lama JK Program berhempas pulas menyusun, merangka, dan merancang, akhirnya terlaksana juga perkhemahan SAHAM kali ke 6 yang berlangsung pada 14-17 November 2008 yg lepas, bertempat di Deerland Park, Lanchang. Walaupun banyak halangan yang mendatang, kesungguhan JK program dlm melaksanakan perkhemahan amat-amat dihargai.
Suatu perkhemahan yg pertama kalinya di adakan selama 4 hari 3 mlm. Dengan aktiviti-aktiviti yg cukup menarik, ramai sahabat- sahabiah amat-amat berpuas hati walaupun tidak seadventure bagi mereka yang sudah biasa menghadiri perkhemahan. Namun, melalui perkhemahan yg diadakan kali ini, mendidik insan-insan yg bergelar hamba Allah utk memahami & merasai apa itu erti kesusahan. Rata-rata peserta perkhemahan melahirkn perasaan syukuran kerana dapat menyertai perkhemahan kali ini walaupun diadakan pada cuti semester.


Trip pertama bagi perkhemahan kali ini bertolak pada pukul 11.00 pagi yang di sertai Aliff (Pengarah Program), Akmal (AJK Modul @ wakil Pemantun SAHAM) & Tharmizi ( AJK Tempat @ The Rider). Manakala trip kedua dengan 3 buah bas bertolak selepas solat Jumaat. Perkhemahan kali ini disertai oleh 72 orang pelajar dan 5 orang Staff ( Ustaz Zuridan, Ustaz Hazmi, Ustaz Abdu, En Fadzli & En Nasrul Hadi).
Pelbagai aktiviti yang telah diadakan dan banyak pengalaman-pengalaman baru yg diperolehi. Antaranya ialah memindahkan khemah dlm masa 20 minit pada jam 5.30 pg dalam keadaan hujan yang masih mencurah-curah dari langit,keadaan tanah yang becak dan licin dipenuhi air, tidur di tepi sungai tapi bila bangun dh jadi pulau. Semuanya mengajar kami erti kepayahan dan kesusahan mereka yang serba kekurangan.
Selain itu,program khidmat komuniti bersama masyarakat kampong juga memberi kami satu pengalaman yang cukup berharga dengan kehadiran anak belia kampong Bolok yang sangat menceriakan memberi kami satu semangat baru untuk bersama mereka.
Walaupun dalam keadaan kepenatan,tetapi dengan modul yang luar dari kebiasaan menyebabkan kami lupa akan kepenatan yang kami lalui seperti modul “Realiti dakwah”yang dijalankan.
Dan pelbagai lagi program menarik yang telah dijalankan dan dirancang oleh pihak SAHAM dalam menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat. Tidak lupa juga kpd penyajak hebat kita iaitu Ustaz Hazmi yg menyampaikan sajak yg cukup hebat wpun sekejap shj. Keseluruhannya, aktiviti-aktiviti yang dijalankan cukup-cukup menarik minat para peserta dan sesuai dijalankan . Jutaan terima kasih kami ucapkan kpd Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIPI) terutama kpd Pengarah PIPI (Ustaz Zuridan) krn memberikan kami peluang mengadakan perkhemahan pada kali ini.
Dengan sedikit pengalaman daripada program ini, diharapkan barang sedikit sebanyak respon dari sahabat sahabiah sekalian yang telah pegi ke program ini untuk berkongsi pengalaman yang dilalui bersama dalam program ini…Semoga dipanjangkan usia dimurahkan rezeki oleh Allah,moga-moga dipertemukan kita sekali lagi dalam perkhemahan yang akan datang,insyaAllah..=)

Kalau ada sumur diladang,
Boleh bersama menumpang mandi,
Moga dikurniakan umur yang panjang,
InsyaAllah,perkhemahan akan datang bertemu lagi..

Sekian,Wasalam…

4 comments:

Bismillahirahmnirrahim

Satu pengalman baru y mgkn x blh dilupakn..Pelbagai rntgn n cbrn dihadapi ttpi, brsmgt untuk hdpi ap jua cbrn.
Dalm perkhmhn ini, tlh mngjr diri ini spy sntiasa mngingti Allah, Pencipta alam ini. Stiap ap y brlaku ad hkmahnya.

Ap y pntg disini, bg siswi, mgkn mnjdi 1 pngjran dimana, prlu mnjga aurat walau dimna berada. Dan Alhamdulillah, ap y sy prhatikan, kbnykn pljr siswi blh mnjaga aurat dgn baik.

Wallahua'alam.

Anonymous
November 20, 2008 at 3:12 AM comment-delete

alhamdulillah..perkhemahan SAHAM akhirnya terlaksana jua...
bnyk pengalaman & ilmu yg diperolehi...
klu nk th, kite ade penyajak hebat sbnrnya...iaitu...
USTAZ HAZMI....best...wpun skjp jer sajak ustaz...tahniah seme..

Anonymous
November 20, 2008 at 7:47 PM comment-delete

Bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum..

satu pengalaman yang menarik apabila dapat berinteraksi dengan hutan, disamping melihat keindahan alam ciptaan Allah S.W.T..banyak khazanah yang tersembunyi di dalam hutan yang dapat kami tatapi..amat menarik sehingga kami mampu bermesra dengan haiwan-haiwan yang selama ini dianggap sebagai pengancam..

tiada yang lebih menarik selain daripada menikmati keindahan alam bersama-sama rakan2 yang baik dan peramah..

alhamdulillah..

Anonymous
November 21, 2008 at 5:11 PM comment-delete

salam

sememangnya satu perjalanan yang sarat dengan peringatan dan pengajaran, alhamdulillah gembira sungguh apabila sampai di deerland terutama semasa di kampung bolok, disitu saya dapat melihat dari mata anak-anak kampung bolok, permata yang terlalu berharga yang perlu digilap..

banyak pengalaman yang diperolehi. semoga diteruskan lagi pada msa akan datang,,,,

Anonymous
November 27, 2008 at 11:21 PM comment-delete
Related Posts with Thumbnails