Ujian oh ujian....
Dalam kita meniti kehidupan ini, kita pasti di uji dengan pelbagai ujian & dugaan dari Allah s.w.t. Samada ujian itu kecil atau besar, berat atau ringan atau sebagainya. Ujian & dugaan inilah yang akan mematangkan kita untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa. Ramai manusia yang merungut bilamana di uji dengan sesuatu ujian.
Kadangkala, ujian yang mendatang itu menyebabkan ada di kalangan kita berasa lemah dalam agama Allah. Ujian datang dalam pelbagai bentuk. Samada dalam bentuk kesenangan, kesusahan, (ujian peperiksaan...hehe) dan sebaliknya.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Ankabuut
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "
(ayat 2-3)
Dan kadangkala, sahabat-sahabat yang berada di sekeliling itu juga merupakan ujian bagi kita. Dalam hidup ini, kita tidak mampu memuaskan hati semua orang dan ini menyebabkan ada yang tidak senang dengan kita. Seperti kisah Luqman al-Hakim dan anaknya dengan telatah manusia. Bagaimana Luqman al-Hakim tidak mampu memuaskan hati semua orang di sekelilingnya.
Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."
Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."
Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."
Dalam perjalanan mereka dua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."
Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."
Moga-moga sedikit perkongsian ini,akan mampu mematangkan diri kita semua....insyaALLAH!!!
Wallahu’alam
1 comments:
lantaran lemahnya iman, manusia memandang KESUSAHAN itu rintangan dan sentiasa menangisinya, namun manusia lupa.. hakikatnya KESENANGAN jua adalah ujian sedang manusia terus leka dengannya. =)
Post a Comment