Bersama Menyemarakkan Spirit Dakwah. Islam Untuk Semua.

Kelahiran Nabi Muhammad

Bismillahirrahmanirrahim

Syukur Alhamdulillah kita panjatkan kepada hadrat Allah kerana dengan izinya kita masih lagi diberikan peluang untuk mengecapi dua nikmat yang terbesar bagi seorang Islam iaitu nikmat Islam dan Iman..

InsyaAllah pada nukilan saya kali ini saya akan menceritakan tentang sirah yang berlaku sepanjang kelahiran hinggalah kewafatan junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. moga apa yang kita dapat kongsi bersama dalam ruangan ini memberi manfaat kepada diri, bangsa, Negara dan yang paling penting Agama yang kita sayangi ini (ISLAM).

Telah berfirman Allah dalam Surah Al-Ahzab:

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah suri teladan yang baik bagi kamu (yaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Akhirat dan dia banyak menyebut Allah.” (Al-Ahzab : 21)

Berdasarkan ayat itu tadi dapat kita fahami bahawa Allah telah menurunkan seorang insan yang mulia untuk melenkapkan Akhlak dan iman kita supaya sentiasa tunduk menjunjung perintah Allah azzawajalla iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Justeru itu jelaslah bahawa kita sebagai seorang Islam wajib mengikut dan meneladani setiap perbuatan yang ditunjukkan dan dianjurkan oleh Rasulullah sepanjang hayat baginda.

Rasulullah telah dilahirkan dalam keadaan dunia yang sangat berharap kepada seseorang yang mampu membimbing mereka kepada ketaqwaan kepada Allah. Pada ketika itu ajaran rasul yang terdahulu sudah tidak didengari lagi dan kesesatan semakin berleluasa dan zaman inilah yang digelar zaman kegelapan semenanjung arab.

Sebelum kelahiran Rasulullah, berita tentang akan lahirnya nabi akhir zaman telahpun menjadi buah mulut dikalangan pendita-pendita agama samawi yang lain. Berita ini telah tersebar dengan cepat sekali dan seakan-akan semua sudah tahu dan sedang menunggu lahirnya insan istimewa itu.


Akhirnya masa yang ditunggu telahpun tiba dan Rasulullah telah diputerakan pada tanggal 12 Rabi’ul-awal tahun gajah (yakni tahun tentera bergajah Abrahah dibinasakan oleh Allah kerana ingin menyerang Kaabah dalam peristiwa Ababil) hari itu adalah waktu yang cukup masyhur dikalangan ulama dan merupakan hari yang penuh gembira dan bahagia kepada seluruh isi alam kerana telah dikurniakan insan yang istimewa.

Rasulullah dilahirkan didalam keluarga yang cukup berpengaruh di tanah arab. Lahirnya baginda dikalangan keluarga pilihan adalah asas lahiriah yang kuat, apatah lagi ketika itu masyarakat masih berpegang kepada semangat Assabiyah yang kuat.

Maka ketika saat dilahirkan itu terjadilah perkara-perkara yang ajaib yang menunjukkan kebesaran Allah dan kemuliaan Rasulullah sebagai insan pilihan. Diantara peristiwa yang terjadi adalah:

• Terpadam api di istana Majusi yang menjadi sembahan penduduk di majusi
• Runtuhnya Istana Kisra di Parsi yang dikatakan sebagai kubu paling kuat
ketika itu.
• Mekah diterangi cahaya putih yang hadir di langit.

Sebaik sahaja dilahirkan oleh ibunya, baginda lalu dibawa kepada datuknya Abdul Muttalib. Beliau menyambutnya dengan penuh gembira dan membawanya ke kaabah untuk memanjatkan doa kesyukuran kerana telah dikurniakan seorang cucu lelaki. Baginda diberi nama Muhammad yang telah diilhamkan oleh Allah kepada keluarga baginda. Muhammad bererti orang yang terpuji. Ia adalah nama yang paling layak untuk rasulullah.

Orang yang paling gembira menyambut kedatangan Rasulullah adalah bapa saudara baginda iaitu Umar bin Hashim ataupun Abu Jahal. Sebaik sahaja baginda lahir Abu Jahal terus berlari disekeliling kota mekah untuk memberitahu perkhabaran gembira itu. Kerana itulah pada hari kelahiran nabi Allah menghentikan seksaan kepada Abu Jahal kerana menyambut kelahiran nabi dengan begitu gembira sekali.

Beberapa hari selepas kelahiran nabi, baginda disusukan oleh Thuwaibah, hamba perempuan Abu Lahab. Kemudian Abdul Muttalib mencari perempuan yang bersedia untuk mengambil upah bagi menyusukanyya dikalangan orang badwi. Begitulah hal orang arab yang ingin bayi yang dilahirkan dibesarkan dalam suasana harmoni dan jauh dari unsur yang tidak baik di kota mekah.

Baiklah sampai situ sahaja untuk kali ini. InsyaAllah jika diizinkan Allah saya akan menyambung kembali sirah ini. Tunggu tau..

-shoutul hasanah-


0 comments:

Related Posts with Thumbnails