Bersama Menyemarakkan Spirit Dakwah. Islam Untuk Semua.

PRU13: Tinta Mahasiswa

Buat kali ke 13 kalinya, Pilihanraya Umum Malaysia akan diadakan. Pastinya ramai dikalangan rakyat Malaysia tidak mengira usia akan terasa hangat bahangnya pilihanraya pada kali ini. Bendera parti dikibar di merata tempat tidak kira didarat, lautan mahupun diudara. Tika ini jugalah kita dapat melihat pelbagai bentuk rekaan bagaimana mereka menghiasi jalan raya, rumah, kenderaan dan sebagainya. Pasti rakan-rakan mahasiswa/i juga turut merasai bahang pilihanraya pada kali ini.

Pada kali ini sahaja, lebih dari 200,000 ribu mahasiswa/i telah mendaftar sebagai pengundi diseluruh negara. Buat yang pertama kali berpeluang untuk mengundi, pastinya akan berasa teruja dan menantikan tibanya 5 Mei 2013 sebagai tarikh rasmi pengundian adakan dijalankan.

Bagi mereka yang berasa bahawa undi itu tidak penting ingatlah bahawa Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, Kesatuan Ulama Sedunia yang dipengerusikan oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Syeikhul Al-Azhar Syeikh Ahmad Tayyib, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaah dan sebagainya telah bersepakat bahawa mengundi itu wajib.

Ingatlah sahabat-sahabat sekalian, setiap undian yang kita berikan mampu untuk merubah masa depan kita kerana jika mengundi tidak mengubah apa-apa, nescaya pilihanraya itu tiada maknanya.

Pesanan akhir,
Undi adalah alat yang paling berkuasa pernah dicipta oleh manusia untuk menetukan kehidupan masa hadapan mereka - Lyndon B. Johnson

Bahaya terbesar bagi seorang ahli politik ialah bersalam dengan seorang lelaki biasa yang mengundi untuk lelaki lain. - William Proxmire

Mahasiswa/i Pilih Untuk Mengundi

0 comments:

Related Posts with Thumbnails