Bersama Menyemarakkan Spirit Dakwah. Islam Untuk Semua.

Aku & Pilihan Raya Umum 13 : PART 1

InsyaAllah sekadar catatan ringkas berkenaan PRU’13. Mungkin sekarang ramai yang tengah bengang, “Siapa la aku nak pilih PRU’13?”, “ Kerajaan sebelum ni dah banyak bagi sumbangan dengan aku. Buat apa nak tukar”,”Jom tukar, tapi...”. Terlalu banyak persoalan sehingga satu tahap kita membuat pertimbangan yang salah. Oleh itu, dalam soal memilih pemimpin untuk pilihanraya saya memecahkan kepada tiga bahagian. Pertama ada soal diri calon itu sendiri. Kedua adalah parti calon dan terakhir sekali adalah penyokong.

Dalam memilih seseorang sudah pastilah kita akan menilai perwatakan seseorang itu, latar belakang keluarganya, latar belakang pendidikannya, bagaimana dia menjaga agamanya dan lain-lain lagi. Justeru pada hemat saya dalam aspek penting dalam diri sesorang calon mestilah;

1. Berupaya untuk menjaga agama dan menegakkan syariat Allah S.W.T ini adalah disebabkan pemimpin merupakan orang yang bakal menjaga dan melaksanakan syariat Allah. Sekiranya pemimpin itu berjaya menjaga aurat isteri dan keluarga saya yakin dia dapat memimpin orang lain ke arah mardhatillah.

Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Hajj ayat ke-41;
"Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. (Ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan".

2. Memiliki kekuatan yang holistik iaitu dari segi fizikal, spiritual dan mental.

3. Memiliki sifat taqwa kerana ciri-ciri inilah akan menjamin pemimpin itu berintegiriti dan takutkan Allah S.W.T. Andai pemerintah itu sudah membenarkan lesen perjudian dan benda-benda yang mendatangkan maksiat dalam pemerintahan sebelumnya, maka nasihat saya pemimpin ini mesti ditukar kepada yang lebih baik.

4. Amanah, adil dan tidak melakukan kezaliman dan diskriinasi. Amanah merupakan sesuatu yang amat berat sekiranya pemimpin itu memandang enteng terhadap amanah maka lihatlah keadaan sekarang, rasuah berleluasa , kroni, yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin merana. Contohilah kepimpinan Umar Abd Aziz di mana pada satu ketika tidak ada rakyat yang layak menerima zakat. Rakyat pada zaman sekarang? Zakat pun tidak dapat.

5. Bertanggungjawab dan tidak sombong. Ramai pemimpin pada zaman sekarang, apabila mendapat pangkat dan dinobatkan sebgai pemimpin maka dunia dan akhirat mula dipisahkan, bersama-sama dengan rakyat merupakan sesuatu yang amat hina malah duduk bersama orang bawahan amat payah.

6. Tegas dan berpegang teguh kepada prinsip jangan menjadi seekor katak. Takut jawatan yang dipegang hilang maka ada pemimpin yang sanggup menggadaikan prinsip.

Hadis daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
"Sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku akan memotong tangannya".
(Riwayat al-Bukhari)

7.Berakhlak, baik budi pekerti dan menjadi teladan yang baik.

8. Akhir sekali adalah pastikan pemimpin yang anda pilih adalah orang yang boleh mengotakan janjinya. Pastikan janji di tepati bukannya dicapati.

Pesanan terakhir, pemimpin yang baik adalah pemimpin boleh mengisi jiwa rakyatnya dengan sifat ketuhanan. insyaAllah bahagian ke 2 bakal menyusul.

(MOHAMAD HAFIZEZAZMI BIN AJAMAIN)
Naib Presiden 1
Sahabat Masjid (SAHAM) Sesi 12/13
Universiti Malaysia Pahang (UMP)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails