Bersama Menyemarakkan Spirit Dakwah. Islam Untuk Semua.

PRODAK'12 Berlabuh Tirai

PRODAK' 12 dah habis tapi dakwah harus tetap berjalan =)

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya Projek Dakwah Kampus 2012 (PRODAK' 12) berjaya dijalankan dengan sempurna.

PRODAK' 12 merupakan aktiviti yang boleh dianggap mega untuk semester ini yang dianjurkan oleh Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) UMP. PRODAK' 12 telah dijalankan selama seminggu bermula dari 16 Mac sehingga 24 Mac 2012 yang mana telah menyajikan pelbagai aktiviti dan program yang menarik.

Pelbagai program yang menarik ^_^

Antara program yang mendapat sambutan hangat  para pelajar UMP ialah Program Bedah Buku daripada penulis buku 'Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh' iaitu Ustaz Muhammad Syaari Abdul Rahman. Tidak kurang juga program yang turut sama mendapat tempat di hati pelajar ialah motivasi bersama Amin Idris dengan tajuk 'Team Up! Magnetize Others!'

 

Juga tidak ketinggalan pelbagai pertandingan telah dijalankan sempena PRODAK' 12 ini. Antaranya ialah pertandingan membuat video dan poster dakwah, pertandingan memancing, pertandingan futsal dan pertandingan mendeklamasi puisi dan sketsa. Serta tidak dilupakan juga pencarian Imam Muda dan Ustazah Pilihan versi UMP yang mana bertujuan mencari figure-fugure yang boleh membawa dakwah di UMP ini.


              
  




Malam kemuncak dan juga penutupan PRODAK'12 adalah yang paling ditunggu-tunggu. Majlis penutupannya diserikan lagi dengan konsert oleh kumpulan Mirwana dan AlFarabi Band. Kemunculan kumpulan ini adalah kali pertama di UMP dimana PIMPIN membawa kelainan sedikit pada konsert kali ini dengan membawa masuk hiburan berbentuk rock tetapi masih membawa mesej yang baik dan mengikut syariat. Pada malam ini juga, kesemua pemenang bagi setiap pertandingan dikumpulkan untuk sesi penyampaian hadiah. Tahniah kepada semua pemenang.


Akhir sekali, kami dipihak pelaksana program mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta dan semua yang menyokong segala program yang dijalankan. Kami juga memohon maaf jika terdapat  kelemahan dan kekurangan di sepanjang program ini. Kami mengalu-alukan feedback dan cadangan daripada semua untuk penambahbaikan pada masa akan datang.

Harapan kami kepada semua adalah untuk melihat dakwah Islam terus subur dan tersebar luas di bumi UMP tercinta ini. Semoga program ini menjadi perintis untuk kebangkitan dakwah Islamiah di sekeliling kita.

Ingatlah, tugas dakwah belum berakhir! Dan kitalah yang harus menjadi penggeraknya.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails