Bersama Menyemarakkan Spirit Dakwah. Islam Untuk Semua.

FAKTA SYRIA YANG ANDA MESTI TAHU SIRI 1



40000 Rakyat Mati Dibunuh dan Dirogol Pemerintah!

Apakah Sebenarnya yang terjadi di Syria sehingga Liga Arab memboikot kerajaan Syria?

Yang memberi taklimat atau talk tentang revolusi Syria ini ialah Syeikh Hassan Al-Hindawi.

Beliau telah di hantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi dalam misi menjelaskan apakah yang sebenarnya berlaku di Syria.

Mengapa Syeikh Hassan Al-Hindawi dihantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi?

1) Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media-media terutamanya media antarabangsa. Jadi, beliau dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria.

2) Media-media barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka media barat telah putar belitkan fakta.

3) Syeikh Khalid bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman. Teman itu berkata dia lihat di surat khabar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV di Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Asad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan Syria telah mengumpulkan pegawainya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Asad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4) Jangan terpedaya dengan keyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. tapi, sejak zaman ayah Basyar Asad lagi tidak ada SATU PELURU PUN yang singgah ke tanah Israel. Bahkan tanah Tinggi Golan yang terletak di tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

WE CARE FOR SYRIA

“Bersama Menyemarakkan Spirit Dakwah”
~Together With ISLAM~
~Together With SAHAM~

0 comments:

Related Posts with Thumbnails