Bersama Menyemarakkan Spirit Dakwah. Islam Untuk Semua.

Satu Hari di Multaqa Sufi

Hari itu, aku mengikut perhimpunan sufi yang diadakan di Hadramaut. Ada ahli sufi yang datang terbang, ada yang berjalan di atas air, ada yang tiba-tiba ada di hadapan mata, ada yang naik kereta, tidak kurang yang naik kapal terbang, malah ada yang naik helikopter peribadi. Watak dan karakter mereka, semuanya berbeza. Masih ada yang mengenakan pakaian bulu yang kasar, ada yang memakai jubah dan serban yang besar, berkopiah tajam, ada yang berjanggut panjang, yang tidak berjanggut semacam aku pun ada, malah ada yang berkot dan memakai tali leher.

Hari itu sangat menyeronokkan. Ma’ruf al-Karkhi turut hadir membentangkan kertas kerja berkaitan konsep Dzuq dan Fana’. Siapa yang tidak gembira dapat bertemu dengan seorang ahli sufi sesoleh beliau. Rabia’ah al-Adawiyah turut membentangkan kertas kerja berkaitan ke arah membentuk golongan sufi wanita dalam memartabatkan maruah wanita yang kian tercemar. Beliau bukan sahaja akan mengupas soal keruntuhan tamadun terdahulu apabila meminggirkan wanita, malah beliau akan mengemukakan hasil kajian dan analisis terbaru beliau terhadap emansipasi wanita di negara-negara Eropah. Ia pastinya sangat menarik.


Aku juga menantikan pembentangan daripada al-Ghazali berkaitan menghidupkan hati yang sudah lama kekeringan dengan rasa takut dan cintakan Allah. Masing-masing kalangan mereka membentangkan kertas kerja sesuai dengan kekuatan masing-masing. Rasanya aku kerdil sekali. Apatah melihat Abu Yazid al-Bustami dan Tok Kenali yang tidak memakai selipar kerana tenggelam dalam keasyikan cinta kepada Allah, aku semakin kerdil. Wajah Zun Nun al-Misri sangat bersih dan bercahaya membuatkan aku jatuh cinta menatap wajahnya. Ya, hasil simbahan iman kepada Allah, dan ruku' serta sujud yang tidak henti-henti.

Sang pujangga tersohor Abdullah bin al-Mubarak juga datang bersama sahabat akrabnya Fudhail bin `Iyad. Aku juga sangat seronok melihat Hassan al-Banna dan Umar al-Telmisani juga datang dalam perbincangan kali ini. Ternyata perhimpunan dan multaqa' sufi kali ini dihadiri oleh orang-orang yang hebat dari seluruh dunia. Malah paling menggembirakan aku apabila bertemu dengan moyang aku Tok Pulai Chondong. Beliau yang terkenal dengan kependekaran itu sangat tegap badannya. Aku memeluknya erat seraya mencium tangan dan pipinya berkali-kali. Dia memeluk aku semacam aku anak kecil yang rindukan belaiannya. "Tok, saya rindukan atuk," luah aku keanak-anakan.

Aku sangat tertarik mendengar penghuraian konsep mahabbatuLlah yang disebut oleh guru sufi, Junaid al-Baghdadi. Hassan al-Basri yang sentiasa berwajah pucat kerana takutkan Allah menangis tidak henti-henti. Air mata mengalir dari semua kolam mata mereka. Aku lihat dengan jelas sekali garisan putih di bawah pipi Ibrahim al-Nakhaei kerana terlalu banyak menangis dek takut dan rindukan Allah.

"Hamba yang cinta kepada Allah adalah hamba yang menyahkan hawa nafsunya, tidak putus-putus berzikir kepada Tuhannya, mendirikan hak-hak Allah, melihat Allah dengan mata hati. Sekiranya ia berbicara, ia berbicara dengan Tuhannya. Sekiranya ia bercakap, ia bercakap tentang Allah. Sekiranya ia bergerak, ia bergerak atas perintah daripada Allah dan sekiranya ia senyap, ia bersama-sama Allah. Ia di sisi Allah, untuk Allah, dan bersama Allah," kupas al-Baghdadi sambil menundukkan mukanya dan menangis teresak-esak. Aku turut sebak bila mengingatkan diriku yang jauh daripada Allah. Seketika, suasana bising dengan bunyi esakan. Al-Baghdadi berhenti daripada berbicara. Beliau kelihatan sungguh-sungguh menangis.

Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah…


Abdullah bin al-Mubarak juga membentangkan kertas kerja Peranan Sufi Dalam Membebaskan Dunia Islam Daripada Cengkaman Barat. Beliau yang terkenal dengan syair terhadap Fudhail bin `Iyad menggariskan beberapa perkara penting yang harus diperkasakan antaranya menanamkan semula semangat jihad kalangan umat Islam. Beliau turut memberikan pujian sekadarnya kepada Hassan al-Banna yang berjaya menubuhkan gerakan Islam yang berjaya menggerunkan pihak Barat dan Yahudi. Dalam sesi soal jawab, Sheikh Ahmad Deedat memperingatkan peri pentingnya ahli audi memahami skill berdakwah dalam menarik golongan yang anti Islam termasuklah golongan Liberalis dan Orientalis.

Dalam pertemuan itu, aku mengambil kesempatan bertemu dengan sufi wanita Rabi'ah al-Adawiyah. Ketika itu beliau sedang berbincang dengan Malik bin Dinar berkenaan dengan ajaran sufi yang semakin disesatkan dengan pemikiran yang dangkal. Malik bin Anas mencelah di tengah-tengah dengan menyebut, Barangsiapa yang mempelajari syariah tetapi tidak belajar hakikat, maka ia fasiq. Barangsiapa yang sebaliknya adalah zindiq. Aku meminta Rabi'ah masa hanya lima minit untuk bertanyakan pandangan dia tentang mahabbatuLlah.

Ringkas sahaja beliau menjawab, "Beramallah kerana Allah, bukan kerana syurga dan neraka. Wahai anakku, jika engkau melihat aku sedang berbicara dengan engkau sekarang, maka ketahuilah bahawa hati sedang gering dalam merindui Allah sang Pencipta. Hanya jasadku berbicara denganmu sedangkan hati aku melayang ke langit sana bertemu sang Kekasih," dan aku terkesima mendengar nasihatnya yang cukup tajam.

Ibn `Ataillah juga diberi penghormatan untuk mendiskusikan karyanya al-Hikam. Aku sangat terkesan apabila beliau menyebut, kita bersyukur kepada Allah kerana telah melindungi aib kita daripada diketahui orang ramai. Jika Allah tidak menutup aib kita, pasti orang tidak akan respect dengan kita. Maka apabila ada orang memuji kita, maka kita kembalikan pujian itu kepada Allah yang tidak mendedahkan kelemahan-kelemahan kita. Mendengar sahaja kupasan yang sangat mendalam itu, Zun Nun al-Misri dan Abu Yazib al-Bustami terus pengsan. Suara tangisan semakin membingitkan suasana. Aku turut menangis melihat suasana begitu. Hati mereka sangat bersih dan mudah sekali tersentuh. Ia berbeza sama sekali dengan hati aku yang berkarat dan hitam dengan kotoran dosa yang sukar dibersihkan.

"Tuan Guru, bagaimana ana mesti membersihkan diri ana?" tanya ana kepada Sufyan al-Thauri. Beliau menundukkan wajahnya sambil menangis seraya berkata, "Wahai anakku, lebih baik engkau bertemu dengan Yahya bin Ma'in kerana ia lebih baik berbanding aku. Bagaimana orang yang berkarat hati ingin membersihkan hati orang lain, bukankah ini yang disebut oleh Ramadhan al-Buti?" aku sekali lagi terpegun dan tertegun. Sampai begitu sekali tawadhu'nya mahaguru sufi yang tersohor itu. Ya, siapa yang tidak kenal al-Thauri yang faqih lagi zahid. Aku teringat Sa'id Hawwa menjelaskan, jadilah orang faqih yang zahid, bukan orang zahid yang faqih.

Tiba-tiba majlis gempar. Rupanya Abdullah bin Mas'ud RA sahabat nabi yang besar dijemput sama dalam majlis ini untuk memberikan ucapan perasmian. Beliau ditemani mahaguru besar kami Sheikh Abdul Qadir Jailani. Beliau membacakan beberapa ayat al-Quran yang menyentuh tentang kenikmatan syurga dan kedahsyatan neraka. Suaranya merdu sekali. Sekali lagi, suasana jadi khali, dan hati menjadi khalis.

Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah…


Kata Ibn Mas'ud RA, "Bila hati kamu tidak tenang, maka pergilah ke majlis para ulama. Jika hati tetap tidak tenang, maka bacalah al-Quran. Jika hati tetap tidak tenang, maka bangunlah di waktu malam untuk bermunajat. Namun jika hati tetap tidak tenang, maka berdoalah kepada Allah agar kamu diberikan hati yang lain," ujar Ibn Mas'ud RA sambil merasmikan majlis pada hari ini.

Aku terus menangis dan menangis. Sudah lama aku kekeringan air mata. Aku berjaga malam untuk PRK tetapi aku tidak bertahajud. Aku kuat berjuang tetapi aku kurang membaca al-Quran. Aku banyak berceramah tetapi aku kurang berzikir. Aku kuat berjihad menegakkan Islam tetapi aku sendiri kontang dan kering dengan ilmu. Aku hanya pandai bercakap tetapi tidak berbuat. Aku banyak melakukan maksiat tetapi aku tidak bertaubat. Aku hanya pandai amar ma'ruf tetapi Subuh pun banyak yang aku lewat. Aku bercakap soal ikhlas tetapi riya' dan ujub menguasai diri.

Dan aku terus menangis sebelum tiba-tiba sahaja semua ahli sufi menghilangkan diri.

Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah…

(cerita yang sangat mengharukan. .......:((

0 comments:

Kita adalah Hamba..

Kita adalah insan yang dihidupkan buat sementara
Kita adalah insan yang hakikatnya adalah hamba
Tapi mengapa sering kita tangguhkan perintah waktu untuk menyembahNya
Tapi mengapa kita selalu lengah dengan kewajiban sebagai hamba

Sedang Tuhan tak pernah lupa
Untuk mencurahkan segala nikmatNya
Bahkan Tuhan Maha Pengampun
Di atas segala dosa yang dilakukan
Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat

Bangunlah di tengah malam
untuk bermunajat memuji kepadaNya
pohonlah kasih sayangNya
agar selamat dunia dan akhirat..

Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat

0 comments:

RAHSIA KHUSYUK DALAM SOLAT

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk sholatnya. Namun dia selalu khawatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan sholat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu’ zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?"


Hatim berkata, "Wudhu’ zahir sebagaimana biasa, yaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air.

Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya’)
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku bersiap shalat dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahwa aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Sirratul Mustaqim’ dan aku menganggap bahwa shalatku kali ini adalah shalat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam shalat ku fahami maknanya, kemudian aku ruku’ dan sujud dengan tawadhu’, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.

Beginilah aku bershalat selama 30 tahun."
Tatkala Isam mendengar, menangislah dia karena membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.



0 comments:

Camane ye..Kalau kite TerrrJatoh Chenta??



Sebagai manusia..kita mmg xleh lari dr perasaan cinta. semua org yg berakal dan normal pasti akan mengalaminya kerana ini sudah menjadi fitrah manusia.. tapi masalahnye adalah bagaimana cara kita nak menyingkapi dan meraikan perasaan tersebut agar kita tdk terjebak dalam cinta yg berlandaskan nafsu semata2.

Ketelusan kita mengendalikan diri menentukan kualiti iman kita dikala kita sedang jatuh cinta..kerana ujian perasaan termasuk dalam senarai ujian yang cukup berat..
habis tu..mcmana cara kita nk menyingkapinya?




first and foremost!

1. Say no to dating
kalau kite tgk dating ni dah jadi perkara biasa dlm fenomena kapel zaman serba canggeh ni.. tapi..dalam Alquran jelas disebutkan "Jangan Mendekati Zina" AlIsra' 32, even dekat seinci pun xboleh..kenapa Allah swt melarang kite buat begitu?apa hikmahnye? sebab..dari sekecil2 hal yang mendekati zina itu akhirnya terjadilah zina yang besar dan berat..Subhanallah..sayangnya Allah swt pada kita..alhamdulillah=)

2.Sampaikanlah Dengan Jujur
Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, lebih baik kita sampaikan perasaan kita dan kemudian perasaan tersebut mestilah dibingkaikan dalam syariat Islam. Bahkan dalam Islam tidak melarang seseorang wanita menyampaikan perasaanya kepada seseorang lelaki. Kalau kita singkap kembali sejarah Nabi, pernah terjadi seorang wanita datang bertemu Baginda dengan hasrat utk menikahi Baginda.Dalam hal tersebut, Baginda x menghukumnya tapi menanganinya dengan bijak.
Masalahnye adakah mungkinkita nak menikah dgn orang yg belum kite kenal betul2 peribadinya?
kalau kite tgk, istilah perkenalan dalam Islam adalah "ta'aruf". dalam proses ni, dipertemukan antara lelaki dan wanita yang didampingi oleh murabbi. inilah masanya seseorang menyampaikan niat dan kemudian memperkenalkan peribadi masing2 dgn segala kekurangan dan kelebihannya. Dalam hal ini Kejujuran diperlukan untuk menyampaikan apa yang seadanya pada diri kita. Jikalau keduanya saling bersetuju untuk menerima diri masing2 maka langkah selanjutnya adalah tawakkal.
Di sinilah keimanan kita benar2 diuji. Sejauh manakah tawakkal kita terhadapNya..

3. Pasrahkan semua kepada Allah swt
kadang2 x mudah bg kita utk menyampaikan maksud hati, apalagi kalau alasannya belum bersedia, atau bagi akhwat mungkin malu untuk meluahkan..bimbang dikatakan orangs sekeliling.."perigi cari timba"..wat d heck. klu iye pun cara yang halal ape salahnya kan.watever la..
anyhow, the 1 and only solution is dekatkan diri pada Allah swt. Mohonlah jikalau si dia baik untuk kita maka mohonlah agar dipermudahkan segala urusan tersebut supaya tidak tersasar dari syariat Islam. Dan jika si dia tidak baik atau tidak seswai maka mohonlah dijauhkan..dibuangkan si dia dari ingatan kita jauh2 supaya dapat mengelakkan zina hati..
perbanyakkan amalan2 yang dapat mendekatkan diri kita padaNya, hingga cinta kita padaNya tidak tertewas oleh sesiapa dan apapun..Dialah yang Maha Pencipta, Dialah yang Menggenggam hati kita..Kerana itu kepadaNya jugalah kita serahkan segala urusan..mengadu dan mengembalikan perasaan kita..



::.Cinta itu suci ia tidak boleh dinodai dengan kemaksiatan, tetapi perlu diraikan dalam redhaNYa.::

Ucapkanlah doa dgn penuh hikmah apalagi pada 2/3 malam..
InsyaAllah akan terasa betapa besar cinta kite kepadaNya dan xkan terkalah oleh apepun..wallahu'alam

1 comments:

SELAMAT PEKSO!!!!


Kami dari Sahabat Masjid (SAHAM) mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir...Moga-moga segala usaha yang kita lakukan akan mendapat redha dari Allah dan seterusnya berjaya dalam exam....

GUD LAK DEH!!!!!...exam2 jgk yer...ibadah jangan lupe =)




0 comments:

tahukah anda rahsia di sebalik ayat 1000 dinar ini??

Suatu malam, seorang hartawan bermimpi bertemu lelaki yang tidak dikenalinya. "Beramallah dengan hartamu sebanyak seribu dinar kepada fakir miskin yang kebanyakan daripada mereka hanya hidup mengemis" pesan lelaki itu kepadanya. Selang beberapa hari, lelaki tersebut muncul lagi dalam mimpinya membawa pesan yang sama. Disebabkan mimpi itu kerap kali dialaminya, maka hartawan berkenaan dengan segera memberi sedekah sebanyak seribu dinar kepada fakir miskin.



Suatu malam, beberapa hari kemudian, hartawan tersebut bermimpi pula lelaki tadi datang kepadanya mengajarkan surah Attalaq, ayat 2-3 yang bermaksud : Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah swt, nescaya Allah swt akan memberinya kelapangan dan rezeki yang tidak terhingga. Sesungguhnya, Allah swt sangat tegas dalam perintahNya dan Dialah yang mentadbirkan sesuatu. Lelaki itu turut berpesan, sesiapa yang mengamalkannya, iaitu membacanya pagi dan petang nescaya Allah swt akan melepaskan mereka dari bahaya yang akan menimpa diri.

Tidak lama kemudian, ketika keluar belayar untuk pergi berdagang, tiba-tiba kapal yang dinaiki hartawan itu dilanda ombak besar. Kapal itu melanggar batu karang dan akhirnya pecah. Semua anak kapal dan penumpang mati lemas kecuali hartawan tersebut. Ditakdirkan Allah swt , dia terdampar di tepi pantai berkenaan bersama barang dagangannya.
Hartawan tersebut cukup percaya kerana mengamalkan ayat tersebut ikhlas kerana Allah swt, serta kerap menderma seribu dinar yang diajarkan oleh lelaki dalam mimpinya itulah yang menyebabkan dia terselamat..Semuanya telah ditakdirkan oleh Allah swt.. ekoran dari peristiwa itu, ayat drp surah Attalaq,2-3 dipanggil ayat 1000 dinar..wallahu'alam

ayat 1000 dinar





Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

0 comments:

Tujuan Dugaan Allah swt Kepada HambaNYA..

Ya Allah,kenapa berat sekali dugaan yang Engkau berikan kepadaku Ya Allah..
Apa dosaku sehingga aku diuji sehebat ini..
Aku tidak tahan Ya Allah..aku tidak sanggup lagi Ya Allah..



Mungkin sahabat sahabiah sekalian pernah terdetik sebegini dalam hati tatkala diri dilanda badai ujian..berbagai ujian yang Allah swt uji ke atas umatNya seperti harta, kehilangan nyawa dan sebagainya..Namun..pernahkah kalian semua berfikir,apa hikmah di sebalik semua ujian2 ini?..

  • Untuk membersihkan dan memilih, yang mana orang mukmin yang sejati dan yang mana orang2 munafik
  • Untuk mengangkat darjat dan menghapuskan dosa
  • Untuk menguji sejauh mana ketaatan dan kesabaran hambaNya
  • Untuk membentuk dan mendidik keperibadian manusia, sehingga menjadi umat yang berbudi tinggi
  • Sebagai latihan..supaya manusia terbiasa menerima berbagai ujian, dengan demikian akan bertambah kesabaran, kuat cita-cita dan tetap pendirian..
firman Allah swt dlm surah Albaqarah ayat 286
"Allah swt tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
daripada ayat di atas..ketahuilah bahawa Allah swt itu tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang di luar kemampuan kita..betapa sayangnya Allah swt kepada hambaNya..
tetapi kita asyik mengeluh, merungut dan berputus asa..sedangkan Nabi Muhammad saw diuji dengan ujian yang lebih hebat dari kita..namun Baginda tetap bersabar..

Di mana pertolongan Allah swt? ketahuilah bahawa pertolongan Allah swt itu dekat selagi kamu berpegang pada Agama dan Bersabar dengan segala ujian..(Albaqarah:214)

"Aku minta kepada Allah swt setangkai bunga segar namun diberiNya aku kaktus yang berduri. Aku minta rama-rama, diberiNya aku seekor ulat. Aku kecewa dan sedih, tapi tetap bersabar.. Namun tidak lama kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu menjadi rama-rama yang begitu cantik..Rupanya begini cara Allah swt mengasihi dan mendidik hambaNya"


22 comments:

Sayangnya Rasulullah Kepada Kita

Suatu ketika, Rasulullah s.a.w dalam keadaan kelaparan. Nabi betul-betul lapar. Dikhabarkan sudah sebulan nabi tidak makan, pagi atau tengahari. Sekiranya baginda dapat makan, baginda akan makan hanya sekali sehari sahaja dan selalu dalam kelaparan. Disebabkan laparnya nabi, baginda tidak boleh melelapkan matanya. Walaupun perut baginda sudah diikat dengan batu, baginda masih lagi lapar. Dalam keadaan gelisah itu, baginda bangun dan tunaikan solat dua rakaat. Selesai sembahyang, baginda mengangkat kedua-dua belah tangan dan berdoa kepada Allah s.w.t.;

“ Ya Allah, aku lapar ya Allah”
“Aku lapar ya Allah”

Akhirnya setelah selesai Nabi berdoa, turun malaikat.
Malaikat berkata ;

“Ya Muhammad, Allah perintahkan minta apa sahaja yang engkau hendak minta”
”Apa sahaja yang engkau minta, Allah kabulkan. Hatta menjadikan gunung-gunung menjadi emas”

Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. menjawab :
” Ya Allah, aku minta satu ya Allah, walaupun aku lapar, aku minta satu ya Allah, JANGAN ADA SATU DARI UMATKU MASUK KE DALAM NERAKA....aku sayang umatku ya Allah”


***betapa sayangnya Rasululllah terhadap kita.
***sama-sama muhasabah diri kita.



2 comments:

Tarbiyyah Islamiyyah

Tarbiyah berasal daripada perkataan Arab yang membawa erti penjagaan, pengasuhan dan pendidikan. Tarbiyah Islamiyah pula ialah penjagaan, pengasuhan dan pendidikan berasaskan sumber al-Quran al-Karim dan Sunnah Rasulullah SAW.

Sumber-sumber ini adalah sumber-sumber rabbani. Dengan sumber inilah generasi sahabat dididik oleh Rasulullah SAW sehingga berjaya melahirkan generasi rabbani yang mendapat jolokan dan pujian daripada Allah seperti yang disebutkan di dalam al-Quran al-Karim :

“Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia. Kamu menyuruh berbuat kebaikan, melarang berbuat kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.”
(Ali ‘Imran: 110)

Peranan Tarbiyah Islamiyah.

Tarbiyah memainkan peranan penting dan berkesan dalam kebangkitan, pembangunan dan kemajuan sesuatu masyarakat. Maju atau mundur sesuatu masyarakat bergantung kepada maju atau mundur tarbiyah masyarakat tersebut. Oleh itu tarbiyah perlu diberi keutamaan dalam perancangan pembangunan sesuatu masyarakat.

Sejarah Rasulullah SAW sendiri menjelaskan bahawa tarbiyah menjadi faktor utama untuk membangunkan manusia yang mampu menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.

Titik Tolak Tarbiyah Islamiyah.

Di dalam ‘Tarbiyah ar-Ruhiyah’, Said Hawa menjelaskan bahawa asas dan titik tolak didikan Islam adalah iman. Dr Abdul Karim Zaidan pula di dalam ‘Usul ad-Dakwah’ menghuraikan dengan panjang lebar mengenai peraturan asas pembentukan masyarakat Islam.

Katanya, asas pembentukan masyarakat dalam Islam ialah aqidah Islam yakni tauhid Rububiyatillah dan tauhid Uluhiyatillah. "Setiap manusia dituntut meyakini aqidah ini supaya ia mengetahui hakikat diri dan letak duduknya manusia itu dalam hidup supaya faham mengapa manusia itu dijadikan, memahami hubungan dan pimpinan akal fikiran manusia, tindak lakunya dan segala aktivitinya dihubungkan dengan Allah swt,” tulis beliau.

Sehubungan itu, Muhammad Shadid dalam ‘Manhaj al-Quran fi-tarbiyah’ telah menyingkap kembali sejarah dengan menjelaskan bahawa Rasulullah SAW adalah utusan Allah SWT. Baginda adalah contoh utama dan qudwah hasanah serta pelaksana manhaj al-Quran.

Baginda adalah pendakwah yang amat faham tentang dakwahnya dan murabbi (pendidik) yang dianugerahkan segala sifat sebagai murabbi. Baginda mengajak sahabatnya dan orang ramai beriman kepada Allah, menghubungkan mereka dengan al-Quran dan memberi kefahaman bahawa al-Quran adalah arahan daripada Allah SWT untuk dilaksanakan.

Arahan itu hanya akan diterima oleh hati yang beriman. Oleh itu, menurut Said Hawa, pemusatan perlu diberi kepada proses pendidikan untuk memastikan lahir titik tolak yang betul. Tarbiyah Imaniyah Dalam Semua Aspek. Iman tidak boleh dipisahkan daripada sebarang kegiatan hidup manusia.

Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibina dan didorong oleh iman kepada Allah SWT. Dengan itu, barulah pekerjaan itu dikira sebagai ‘ubudiyah (ibadah) kepada Allah SWT. Menurut Mustafa Masyhur, ibadah yang sahih (betul) lahir daripada aqidah yang baik.

Perkataan ibadah itu mempunyai sifat kesyumulannya dan merangkumi segala urusan hidup, tidak terbatas kepada sembahyang, puasa, zakat dan haji sahaja kerana risalah dan tugas manusia dalam hidup ini ialah beribadah kepada Allah. Hidup seluruhnya ialah ibadah kepada Allah.


“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Aku.”
(Al-Zariyat: 56)

Oleh itu setiap muslim mestilah bersungguh-sungguh merealisasikan pengertian ini dengan niat yang betul dalam setiap pekerjaan mereka. Dengan itu, barulah makan minum, ilmu dan amalan, riadah dan perkahwinan menjadi wasilah (jalan) mentaati Allah. Rumah menjadi mihrab (tempat beribadah kepada Allah).

Begitu juga sekolah, kolej, kilang, tempat perniagaan, kebun, ladang, sawah, padang permainan, malah dunia seluruhnya menjadi tempat beribadah kepada Allah SWT. Dengan perkataan lain, segala usaha dan perkataan yang terbit daripada seorang muslim merupakan ibadah kepada Allah.

Dengan itu hubungan sentiasa wujud antara hamba dengan Penciptanya dalam semua aspek kehidupan. Semua urusan dirujuk kepada syariat Allah SWT. Hubungan hati manusia dengan Allah pada setiap masa adalah asas utama bagi melaksanakan tarbiyah Islamiyah dengan berkesan.

Aspek rabbani dalam tarbiyah Islamiyah adalah aspek yang paling penting kerana matlamat pendidikan Islam ialah melahirkan insan mukmin dalam pengertian sebenar iaitu insan yang memiliki iman yang menguasai hati dan fikiran, lahir dalam bentuk amalan dan tindakan, seperti yang disebutkan dalam al-athar: “...Ia sebati dalam jiwa dan dibenarkan dalam bentuk amalan.” Allah berfirman :


“Sesungguhnya orang yang beriman ialah orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu, mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka di jalan Allah.”
(Al-Hujurat: 15)

Tunggak tarbiyah rabbaniyah ialah hati yang subur, sentiasa berhubung dengan Allah SWT, yakin akan menemui-Nya, mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya. Jiwa yang hidup inilah yang menjadi tumpuan Allah swt untuk dicampakkan nur kepadanya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa bentuk kamu tetapi Dia melihat kepada hati dan amalanmu.”

“Pada hari di mana tidak berguna harta dan anak pinak kecuali mereka yang balik kepada Allah dengan hati yang (sejahtera).”

Tarbiyah Islamiyah berusaha menghidupkan jiwa supaya tidak mati, memakmurkannya supaya tidak binasa dan melembutkannya supaya tidak keras kerana hati yang keras dan akal yang beku merupakan satu kemungkaran yang perlu diminta perlindungan Allah SWT daripadanya. “Adapun Nabi SAW meminta perlindungan daripada Allah SWT daripada ilmu yang tidak bermanfaat dan daripada hati yang tidak khusyu’.”

Hati Yang Soleh.

Baik buruk seseorang itu berpunca daripada hatinya. Tepat seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya yang bermaksud: “Ketahuilah di dalam jasad manusia terdapat seketul daging, jika baik ketulan itu maka baiklah seluruh jasadnya, tetapi jika rosak maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah ia adalah hati.”

Oleh itu membaiki dan merawat hati daripada sebarang penyakit perlu diberi keutamaan. Jiwa perlu dibersihkan daripada sebarang syirik dan sifat yang tercela seperti hasad, ‘ujub, takkabur, bakhil, cintakan dunia, menurut hawa nafsu dan sebagainya.

Menurut Ibn Qaiyyim al-Jauzi, hati itu menjadi baik apabila ia mengenali Allah yang menciptanya, nama-Nya, sifat-Nya, perbuatan-Nya dan peraturan-Nya. Hati yang sihat akan mengutamakan keredaan Allah dan mencintai apa yang disukai Allah serta menjauhi segala tegahan dan perkara yang dimurkai-Nya.

Realiti Masyarakat Islam Kini. Adalah satu hakikat yang mudah difahami iaitu manusia hendaklah menjadi muslim dan dididik dengan didikan Islam. Bagaimanapun perkara semudah ini tidak difahami oleh umat Islam hari ini atau kabur bagi mereka. Umat Islam hari ini rata-rata kehilangan sahsiah atau identiti sebagai umat pilihan, hilang kekuatan dan terumbang-ambing menjadi buih, tidak digeruni atau disegani lagi seperti yang disebutkan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Hampir seluruh umat manusia bersatu menghancurkan kamu seperti orang yang sedang lapar menghadapi hidangan makanan. Mereka bertanya: ‘Apakah kita sedikit pada masa itu, wahai Rasulullah?’ Jawab baginda: ‘Malah kamu banyak, tapi kamu laksana buih air bah.”

Dasar Penyelesaian Islam.

Masalah manusia hari ini tidak akan dapat dirungkaikan kecuali kembali kepada Islam. Islam pula tidak dapat memainkan fungsinya melainkan wujud para pendokong (‘amilinnya). Meneliti sejarah Rasulullah SAW, para pendokong dibentuk dan diproses melalui Tarbiyah Islamiyah yang mengikrarkan ‘ubudiyah hanya kepada Allah; ‘ubudiyah yang merangkumi i’tiqad, ibadah dan peraturan yang benar-benar berjalan dalam amalan hidup mereka.

Proses ‘ubudiyah seperti ini akan membersihkan jiwa mereka daripada beriman kepada yang lain dan mengawasi amalan mereka daripada bermatlamatkan yang lain daripada Allah semata-mata. Melalui proses ini sahajalah ummah Islamiyah dapat dibentuk. Ummah ini akan menjadi dasar penyelesaian Islam.

Ummah yang dianggotai oleh mereka yang melalui proses pembentukan yang bertolak daripada kalimah tauhid yang diikrarkan oleh setiap anggotanya iaitu ‘La ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah’. Selagi ikrar ini tidak lahir dalam bentuk amalan individu mahupun masyarakat sebagai natijah proses pembentukan itu, mereka belum layak untuk menganggotai ummah muslimah dalam pengertian sebenar.

Konsep yang tegas dan jelas ini perlu difahami oleh setiap muslim yang telah bertekad untuk memutuskan hubungannya dengan jahiliah dan mengikrarkan ‘ubudiyahnya hanya bagi Allah SWT. Kefahaman yang jelas ini penting supaya amalan hidup setiap muslim adalah benar-benar merupakan ibadah yang diredhai Allah SWT.

Dengan perkataan lain ikrar itu menjadi kaedah atau asas bagi suatu sistem yang lengkap dan praktik. Dengan itu, kehidupan ummah Islamiah benar-benar diasas dan dikawal oleh kaedah ini, bukan kaedah lain atau bersama kaedah lain.

Allah berfiman dalam Surah Yusuf, ayat 40 : “Keputusan hukum itu kepunyaan Allah. Dia memerintahkan supaya jangan tunduk memperhambakan diri melainkan kepada-Nya. Itulah din (agama) yang benar.”

Dalam Surah An-Nisa’, ayat 80 pula Allah berfirman : “Siapa yang mematuhi Rasul maka sesungguhnya ia mematuhi Allah.”

Berdasarkan kepada proses pembentukan dan pembangunan itu, maka langkah pertama ialah membersihkan jiwa anggota daripada ‘ubudiyah kepada yang lain daripada Allah swt sama ada dalam bentuk i’tiqad, ibadah dan syariat.

Ummah yang dianggotai mereka yang sudah bersih hati dan jiwa sahaja yang dapat membangunkan masyarakat Islam.

Ummah yang dibangunkan di atas dasar tauhid tidak dapat diwujudkan kecuali setelah tencapai suatu tingkat kekuatan yang mampu menghadapi cabaran dan tekanan masyarakat jahiliyah. Kekuatan yang dimaksudkan ialah kekuatan aqidah, kekuatan syariah, kekuatan ahklak, kekuatan organisasi, kekuatan ilmu dan pelbagai jenis kekuatan yang diperlukan bagi menentang sistem jahiliyah atau sekurang-kurangnya mampu mempertahankan diri daripada dikuasai jahiliya

1 comments:

Tears of Rasulullah s.a.w

Suddenly, there was a
person said salaam.
“May I come in?” he asked.
But Fatimah did not allow him enter the room.
“I’m sorry, my father is ill,” said Fatimah turned her body back and closed the door.

She went back to her father who had opened his eyes and asked Fatimah, “Who was he, my daughter?”
“I don’t know, my father. It was the first time for me to see him,” Fatimah said gently.
Then, Rasulullah looked at his daughter with trembled look, as if he wanted
to reminisce about every part of her daughter’s face.
“Know one thing! He is who erases the temporary pleasure; he is who separates the companionship in the world.
He is the death angel,” said Rasulullah .

Fatimah bore the bomb of her cry. The death angel came toward him,
But Rasulullah asked why Jibril did not come along with him.
Then, Jibril was called. Jibril was ready in the sky to welcome the soul of
Habibullah and the leader of the earth.
“O Jibril, explain me about my rights in front of ALLAH?” Rasulullah asked
with a weakest voice.
“The doors of sky has opened, the angels are waiting for your soul.”
“All jannats open widely waiting for you,” Jibril said.

But, in fact, those all did not make Rasulullah relieve, his eyes were
still full of worry.
“You are not happy to hear this news?” asked Jibril.
“Tell me
about the destiny of my people in future?”
“Don’t worry, o Rasul ALLAH . I heard ALLAH told me: ‘I make jannat haram
for every one, except the people of Muhammad are inside it,” Jibril said.

It became closer and closer, the time for Malaekat Izrail to do his work.
Slowly, Rasulullah’s soul was pulled.
It was seemed that the body of
Rasulullah was full of sweat; the nerves of his neck became tight.
“Jibril, how pain this sakaratul maut is!”
Rasulullah uttered a groan slowly. Fatimah closed her eyes, Ali sat beside
her bow deeply and Jibril turned his face back.
“Am I repugnant to you that you turn your face back o Jibril?” Rasulullah
asked to the Deliverer of Wahyu.
“Who is the one who could see the Habibullah in his sakaratul maut,” Jibril said.



Not for a while, Rasulullah uttered a groan because of unbearable pain.
“O ALLAH, how greatest is this sakaratul maut. Give me all these pains,
don’t to my people.”
The body of Rasulullah became cold, his feet and chest did not move anymore.
His lips vibrated as if he wanted to say something, Ali took his ear close to Rasulullah .
“Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku - take care the saalat and
take care the weak people among you.”

Outside the room, there were cries shouted each other, sahabah held each
other. Fatimah closed her face with her hands and, again, Ali took his ear
close to Rasulullah’s mouth which became bluish.
“Ummatii, ummatii, ummatii?” - “My people, my people, my people.”
And the life of the noble man ended.

Could we love each other like him? Allahumma shalli ‘ala Muhammad wa baarikwa salim ‘alaihi. How deep is Rasulullah’s love to us.

0 comments:

Tujuh Kelebihan PenCinta Alquran:




1.Tidak nyanyuk sampai hari tua

2.Orang tua yg mengamalkan Alquran walau diumpamakan mcm Alquran buruk,lunyai,hancur, tetapi tetap disayangi dan dihargai.

3.Orang yg cintakan Alquran tidak susah hati dengan usia tua, kalau tiada anak isteri untuk menjaga dia, tetap akan ada org yg Allah swt datangkan untuk menjaganya kerana ini adalah janji Allah swt kpd hamba2 yg menjunjung kemuliaan mukjizat dan golongan ini sentiasa berada dalam pengawasan malaikat..

4.Allah swt akan sentiasa jaga dia didunia, kubur, akhirat.. Beruntungnya..walaupun di dunia dia dibenci oleh orang jahat tapi Allah swt tetap menjanjikan keselamatan dalam dirinya..

5.Wajahnye bercahaya dan mesra serta mudah untuk didekati

6.Orang yang baca Alquran tidak akan hina, tidak akan jd macam peminta sedekah atau orang yang makan sampah tepi jalan..nauzubillah

7.pengamal Alquran ni hidup dia nampak sederhana tapi sbnrnyer die kaya dengan sumber rezeki yg tidak diduga..inilah lambang keberkatan Allah swt terhadapnya (atTalaq,2-3)

tetapi..
..TANDA2 ALQURAN MELAKNAT MANUSIA:..

1.di depan orang kita disanjung tapi dibelakang kita dihina dan dikutuk
2.rezeki tidak pernah rasa cukup
3.Rumah tangga/hidup tidak pernah tenang
4.semua org kita menganggap sebagai musuh..

sama2lah kita muhasabah diri kita msg2..

Nabi Muhammad saw menyebut dlm hadis riwayat Bukhari,:
"Sesiapa yg blh baca Alquran dgn SEMPURNA tp die x baca 100 ayat SEHARI,Alquran akan melaknatnya.."
nauzubillah

Walaupun kita kurang mahir baca Alquran,harus juga baca Alquran tiap2 hari disamping sentiasa berusaha dan belajar utk mahir serta mendalami isi kandungannya..
peringatan buat diri ini juga..wallahu'alam



0 comments:

Indah dan Mudahnya Solat Dhuha..

Ruang waktu dan waktu afdal

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya

Secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.



Doa yang disarankan



“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

sedikit coretan..;)

Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…



Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”



Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayatul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.



Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.



Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…

wallahu'lam..sebarang kemusykilan bolehla bertanya=)


7 comments:

Islamnya Seorang Pilot

Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.

Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :

Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.

Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.

Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Al-Fatihah...

0 comments:

JOM INGAT ALLAH SWT!!



Hasbi Rabbi JallaAllah
Ma Fi Qolbi Ghoirullah
Nur Muhammad Saw
La Ilaha IllaAllah

Cukuplah Allah swt bagiku
Tiada apa di hatiku melainkan Allah swt
Cahaya Muhammad Saw
Tiada Tuhan Melainkan Allah swt



Sahabat-sahabatku yang dikasihi sekalian..cube kite renungkan balik..di mana kita letak Allah swt dalam diri kita? adakah kita setiap masa mengingatiNya? adakah kita mahu di saat Malaikat Izrail dtg mencabut nyawa kita,kita mati dalam keadaan kita lalai mengingatiNya?
Nauzubillah...sama2 lah berusaha mendapatkan cintaNya, cinta yang hakiki..
cintakan manusia,manusia akan mati..
cintakan Allah swt..Dia kekal selamanya..
pesanan buat diri yang hina ini juga
wallahu'alam



0 comments:

Jom Solat berjemaah!!!

JOM SOLAT BERJEMAAH DI MASJID!!!!!!!!!!

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Solat berjemaah lebih utama jika dibandingkan dengan solat sendirian dengan 27 darjat.” (Hadis riwayat Bukhari)


0 comments:

Ciri-ciri Orang yg GELAP HATI..



Kenapa hati kite gelap??sebab dok tempat gelap ke?? atau pun sebab kite..

1. Meyakini kewujudan Allah swt tapi meninggalkan perintahNya

2. Selalu membaca Alquran tapi tak beramal dengan isinya..

3.Menganggap Syaitan itu MUsUh, tapi masih menurut kehendaknya

4.Mengaku sebagai umat Rasulullah saw, tapi tidak ikut sunnah baginda

5.Tahu azab neraka,takut azab neraka, tapi masih melakukan dosa

6.Inginkan nikmat syurga tetapi enggan beramal soleh untuk mendapatkannya



7.Sedar tentang hakikat kematian tetapi tidak bersedia menghadapinya

8.Asyik menceritakan keaiban orang lain tetapi terlupa keburukan diri sendiri

9.Sentiasa menikmati rezeki dan nikmat kurniaan Allah swt tetapi tak pernah bersyukur

10.Mengkebumikan jenazah saudara seIslam tapi tidak mengambil iktibar darinya

p/s: Hidup ini jalan sehala, Kematian menanti di hujungnya
Jadi awasilah jejak masa.
Jangan biarkan hati menjadi mati dan tenggelam di lautan dosa!
sama2 kite renungkan dan muhasabah diri balik..wallahu'alam

0 comments:

Y A N G I N I H U R U F K H A !




“Cik Ramlee, huruf apakah huruf ini? Dia atas tanah, ada ekor, dan ada satu mata di tengah-tengah.”
“Matanya ada satu saja ya, cikgu? Ada ekor? Atas tanah? Huruf mambang tanah!”
“Mambang tanah!? Hahhahhahhahahha.....”
“Yang ini bukan mambang tanah Cik Ramlee, ini huruf Jim!”
“Jin? Eh... jin dengan mambang kan tak jauh...”
“Jin dengan mambang!? Hahhahhahhahahha....”
“Dah! Aaa... Cik Ajis, huruf apakah huruf ini, huruf ini sama dengan huruf jim, tapi tak ada matanya saja.”
“Oooo.... dia tak ada mata? Sama-sama jin? Ooo... jin mata buta la cikgu.”
“Mata buta!? Hahhahhahhahahha....”
“Yang ini bukan jin mata buta Cik Ajis... Yang ini huruf Ha!

Aa... sekarang Cik Sudin pulak...”
“Saya, cikgu.”
“Aa... kenal tak dengan huruf ini?”
“Saya kenal, cikgu...”
“Huruf ini sama dengan huruf Jim, huruf Jim matanya di tengah-tengah tetapi huruf ini matanya di atas.”
“Aa... Jim ini matanya di tengah-tengah, Jim ini mata di atas cikgu... Jin pakai tonceng!”
“Tonceng?! Hahhahhahhahahha.....”

“Pak Abu tu ketawa terlalu banyak sangat.”
“Cikgu...”
“Aa.. cepat, sekarang Pak Abu pulak.”
“Yang mana?”
“Yang ini...”
“Oh, ni saya kenal, saya tahu ni... huruf ini kan huruf – M!”
“Itulah, jangan suka ketawakan orang. Yang ini bukan huruf M, yang ini huruf Kha!”
“Huruf Khaaa.....?”


“Hahhahhahhahahha.... Hahahahhahahaha.....”

~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~

Be happy with what you have while working for what you want
Remember, a happy and successful life begins with Allah and end with Allah

0 comments:

Lelaki Di Tarik

PERTAMA SEORANG AYAH

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anakperempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan Dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

KEDUA SEORANG SUAMI

Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami berdiam diri.....walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh,puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.


KETIGA SEORANG ABANG

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

KEEMPAT ANAK LELAKI

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam,maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.....nantikan tarikan ibunya.


Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.....maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang/anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar agar terselamat daripada azab api neraka....

-KITAB IHYA' ULUMUDDIN-

0 comments:

Related Posts with Thumbnails