Sayangnya Rasulullah Kepada Kita
Suatu ketika, Rasulullah s.a.w dalam keadaan kelaparan. Nabi betul-betul lapar. Dikhabarkan sudah sebulan nabi tidak makan, pagi atau tengahari. Sekiranya baginda dapat makan, baginda akan makan hanya sekali sehari sahaja dan selalu dalam kelaparan. Disebabkan laparnya nabi, baginda tidak boleh melelapkan matanya. Walaupun perut baginda sudah diikat dengan batu, baginda masih lagi lapar. Dalam keadaan gelisah itu, baginda bangun dan tunaikan solat dua rakaat. Selesai sembahyang, baginda mengangkat kedua-dua belah tangan dan berdoa kepada Allah s.w.t.;
“ Ya Allah, aku lapar ya Allah”
“Aku lapar ya Allah”
Akhirnya setelah selesai Nabi berdoa, turun malaikat.
Malaikat berkata ;
“Ya Muhammad, Allah perintahkan minta apa sahaja yang engkau hendak minta”
”Apa sahaja yang engkau minta, Allah kabulkan. Hatta menjadikan gunung-gunung menjadi emas”
Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. menjawab :
” Ya Allah, aku minta satu ya Allah, walaupun aku lapar, aku minta satu ya Allah, JANGAN ADA SATU DARI UMATKU MASUK KE DALAM NERAKA....aku sayang umatku ya Allah”
***betapa sayangnya Rasululllah terhadap kita.
***sama-sama muhasabah diri kita.

2 comments:
ya Allah...betapa hebatnya kasih baginda kpd kami...ya Allah, berikanlah kami petunjuk dan hidayahMu...kami mahu bersama Rasulullah di syurga kelak...
ya allah blhkah hamba menitiskn airmata utk baginda yg sgt ku cintai. Aku mohon pd mu syafaat nabi saw diakhirat. Selawat dn salam keatas junjungan tercinta muhammad serta kluarga dn sahabat2nya.
Post a Comment