Bersama Menyemarakkan Spirit Dakwah. Islam Untuk Semua.
“Sesungguhnya Allah membeli dari mukmin JIWA dan HARTA mereka dengan menggantikan SYURGA. Mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka terbunuh,(sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan Siapakah yang lebih tepati janjinya selain Allah? Maka gembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikianlah kemenangan yang agung” (Surah At-Taubah : 111)

Andai satu ketika dahulu, Bilal bin Rabah berjaya mengubah dunia dengan laungan azan, sehingga kini, seluruh dunia menikmati laungan kalimah cinta itu 5 kali sehari, tidak sesaat pun laungan ini terdiam seketika. Hamba itu telah dieksploitasi Umaiyyah bin Khalaf, yang menyeksanya sehingga kembali menyembah berhala. “Ahad! Ahad!” itulah kalimah cinta hakiki yang menerobos segala tohmah dan seksaan walau nyawa di hujung cemeti Umaiyyah.

Kehadiran Abu Bakar untuk membebaskan jiwa ini dari cengkaman si durjana itu, kerana adanya hasil ekonomi demi kemampuannya untuk sekelumit saudara-saudara baru, seperti Bilal ini. Terima kasih wahai Abu Bakar, sejarah Bilal masih tercatat untukku contohi, bukan terhenti setakat seksaan. Andai kau lambat, pasti nyawanya ditarik dahulu..

Suatu ketika, dalam sebuah siri peperangan bersama Rasulullah TERCINTA, Abu Bakar sekali lagi menggunakan hasilnya ekonominya, demi perjuangan yang haq ini. Bertanyalah Rasulullah kepadanya,

“Wahai Abu Bakar, engkau telah menggunakan seluruh kewanganmu, apakah yang kau tinggalkan kepada anak-anak dan isterimu?”

“Aku tinggalkan Allah dan Rasul kepada mereka”-Abu Bakar

Subhanallah.. Tak dapat menahan sebak di dada mengingati dan menulis kisah sahabat ni sehingga mampu mengalir titisan sejuk di pipi ini.

Allah tidak melarang hamba-Nya untuk mencari rezeki bahkan Allah menyuruh manusia untuk mencari rezeki yang halal;

“Makanlah dari rezeki yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu, dan janganlah melampaui batas, yang menyebabkan kemurkaan-Ku menimpamu. Barangsiapa ditimpa kemurkaan-Ku maka sungguhm binasalah dia”(Surah Taha : 81)

Rezeki ini yang dimaksudkan disini adalah ekonomi bagi umat Islam. Andainya, dengan kukuhnya kewangan umat Islam mampu mengubah sesuatu keadaan umat islam hari ini, mengapa tidak kita berusaha untuk itu? Ramai orang menganggap, dengan banyaknya harta seseorang itu, tercabutlah sifat zuhud, banyaklah masalahnya. Lebih elok menjadi sederhana, supaya tidak menjadi fitnah. Sedangkan kita tahu bahawa peperangan ekonomi sendiri telah berlaku antara agama!

Kalau kita rujuk isu semasa hari ini, beberapa Yahudi telah menyumbangkan berbilion-bilion peruntukan untuk penggalian ‘Kuil Nabi Sulaiman’ di Al-Quds dan berhasrat membinanya kembali. Kesannya Al-Aqsha terancam kekukuhannya, umat Islam hanya memendam rasa marah, tak mampu berbuat apa-apa. Mungkin menunggu satu kaum yang akan berusaha menyelamatkan Masjid Aqsha, sehingga keterlambatan dan kecuaian kita, dinding konkrit setinggi 3 meter pula yang telah terbina, apa pula selepas ini?

Ingatlah pesan Imam Hasan Al-Banna;
“Saudara mestilah memberi khidmat kepada kekayaan Islam secara umum dengan menggalakkan industri dan perbadanan-perbadanan ekonomi Islam. Saudara mestilah berhati-hati benar supaya satu sen pun wang saudara tidak jatuh ke tangan orang bukan Islam walau bagaimanapun keadaan saudara. Jangan saudara pakai dan makan kecuali barang pengeluaran negara Islam.”


Assalamu'alaikum...
Air adalah satu anugerah yang telah Allah swt ciptakan untuk kita sebagai makhluknya.Daripada air inilah kita dapat mengambil pengajaran daripada sifat fizikalnya.Saya tidak bercakap berkenaan air yang bertakung. Perbezaan air yang mengalir dengan air yang bertakung ada banyak. Antaranya adalah pergerakan, dan kuantiti. Kuantiti air yang mengalir akan sentiasa bertambah dari masa ke semasa, manakala air yang bertakung kadangkala bertambah, dan kadangkala berkurang.

Air yang mengalir sentiasa bergerak, manakala air bertakung statik pada satu tempat.

Saya ingin anda melihat kepada makhluk Allah bernama air yang mengalir ini.

Ada sesuatu yang saya fikir, kita manusia, perlu mengambil motivasi daripada air.

“Allah, dah tak ada jalan dah ni”

Itu mungkin kata-kata kita apabila kita cuba menyelesaikan satu masalah, dan kita tidak berjumpa jalan penyelesaiannya.

“Apa boleh buat, setakat ini aja la yang kita mampu”

Mungkin itu satu lagi alasan yang sering kita dengar apabila seseorang manusia, kononnya telah berusaha.

Tak ada jalan, sudah usaha sehabis kudrat, dan sebagainya adalah alasan-alasan yang sering kedengaran semasa kita perlu melaksanakan kerja, perlu menyelesaikan masalah, perlu berhadapan dengan situasi yang memerlukan usaha.

Kita mudah mengalah apabila menyedari kita terperangkap. Kita mudah tewas apabila tersekat dengan halangan.

Tetapi saya hendak kita melihat makhluk Allah bernama air yang mengalir.

Apa yang kita boleh ambil daripadanya?

Sebagaimana yang kita tahu, air ini sifatnya memenuhi ruang. Dia akan memasuki segala ruang yang ada, mengisi dan memenuhinya. Air tidak akan memasuki pepejal, tetapi bergerak melaluinya. Dan air yang mengalir, tidak boleh dihalang atau dihadang pergerakannya. Air yang mengalir tetap akan mengalir, mengalir dan mengalir.

Mari kita buat eksperimen.

Ambil segelas cawan, dan kemudian tuangkan air secara berterusan ke dalamnya.

Apa yang anda akan lihat?

Ya, awalnya, air itu terperangkap di dalam cawan. Tetapi, apabila dia terus mengalir dan mengalir, dia tidak kekal di bahagian bawah cawan itu sahaja. Dia perlahan-lahan naik, naik, dan naik, seterusnya melimpah keluar dari cawan.

Nampak? Walaupun tiada jalan keluar di kiri, kanan, hadapan, dan bawahnya, air mengalir tidak berputus asa. Dia terus bergerak, mencari jalan keluar, hinggalah dia naik ke atas untuk melepaskan diri dari perangkap cawan.

Lihat lah air yang mengalir. Kalau ada jeram menghalang, dia akan keluar melalui celahan-celahan batu jeram, di celah kiri kanan batu jeram, di atas batu jeram. Air mengalir akan terus mencari jalan keluar, walau sekecil mana sekalipun.

Inilah yang manusia perlu ambil pengajaran.

Jadilah seperti air yang mengalir. Terus berusaha, berusaha dan berusaha tanpa jemu, tanpa rasa hendak gagal, walaupun sudah terperangkap tanpa jalan keluar.

“Boleh la, itu air mengalir. Sentiasa mengalir. Kita manusia, ada penat juga”

Ya. Kita manusia, ada penat. Betul. Tenaga kita tidak akan sentiasa mengalir seperti air yang mengalir. Tetapi, kita boleh ‘menghadirkan’ tenaga kita itu.

Ya. Dari mana sumber tenaga kita?

Daripada Allah SWT. Dengan menjaga hubungan kita kepada-Nya, sentiasa berhubungan dengan-Nya, maka kita akan mempunyai sumber tenaga tetap. Dari situ, kita mampu menjadi seperti air mengalir, tenaga kita sentiasa mengalir daripada Allah SWT.

Kita akan mampu menjadi tenang.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi petunjuk ke jalan agamanya, sesiapa yang rujuk kepadaNya, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” Surah Ar-Ra'd ayat 27-28.

Kita akan menjadi lapang ketika menghadapi kesusahan.

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, dan (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.Kita tidak akan rasa kesepian bila kita keseorangan.” Surah Asy-Syarh ayat 5-6.

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.” Surah Al-Baqarah ayat 186.

Air yang mengalir. Kalau air yang mengalir ada sumbernya, maka sumber tenaga kita adalah Allah SWT. Dengan tenaga yang kita raih daripada Allah SWT ini, kita akan berusaha, berusaha, dan terus berusaha, mencari jalan keluar, mencari penyelesaian, untuk segala permasalahan kita. Kalau jalan keluar di hadapan, kiri, kanan dan belakang serta bawah tertutup, kita akan sanggup mendaki ke atas untuk keluar. Begitulah kesungguhan kita. Kalau atas pun tertutup, kita sanggup pecahkan segala penghalang kita.

Itulah kekuatan kita.

Motivasi daripada air mengalir.

Dengan kekuatan hubungan kepada Allah SWT.

Ternyata, Allah tidak menciptakan sesuatu tanpa sia-sia.

“Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia” Surah Ali-Imran ayat 191




Cukup halus tatkala menghayati seni tarbiyah Allah swt yang sebenar. Dan sebaik-baik tarbiyah Allah adalah dengan Ujian dan musibah. Kaifiyat tarbiyah Allah bilamana diteliti kehalusannya akan menimbulkan keinsafan dalam diri. Maka lahirlah pula pelbagai sifat-sifat mahmudah. Inilah Tarbiyah Allah s.w.t. TarbiyahNYA menyemarakkan iman seseorang. Hatinya yang lalai menjadi lebih dekat dan rindu pada Allah swt. Apabila akal menjadi ukuran penilaian kaifiyat tarbiyah Allah, sudah pastilah seseorang itu merasa dirinya tidak berguna, kecewa dan tidak redho dengan ujian yang menimpa. Maka lahirlah sifat-sifat mazmumah dalam hati lantaran buruk sangkanya pada tarbiyah Allah swt.

Berbeza pula apabila iman menjadi kayu ukur bagi kaifiyat tarbiyah ini. Dalam buku “al-Hikam” karangan ibn Ata’illah as-sakandari, beliau mengibaratkan ujian itu suatu nikmat yang tersembunyi atau ditangguhkan. Hanya dapat diperolehi dengan bersangka baik pada Allah swt iaitu Husnodzon. Dan orang yang paling husnodzon adalah Rasulullah saw, qudwatun hasanah sepanjang zaman. MasyaAllah..!!


Tarbiyah Allah swt memerlukann penghayatan yang tinggi. Penghayatan iman yang mantap mampu mendorong seseorang itu lebih akrab dengan tuhannya. Mengimbas sejarah islam bagaimana Rasulullah saw di uji menjadi anak yatim piatu di waktu kecil usianya. Baginda tidak pernah merasa kasih sayang seorang ayah. Banyak lagi ujian-ujian yang baginda terpaksa lalui khususnya dalam penyebaran dakwah baginda. Bermula dakwah secara sir sehinggalah dakwah baginda secara terbuka. Namun ujian itulah yang mentarbiyahkan Rasulullah saw menjadi seorang yang cekal, sabar dan tabah sebagai seorang hamba Allah yang unggul peribadinya.

Setiap kehidupan itu pastinya akan berteman dengan ujian. Samada ujian kebaikan atau sebaliknya. Sekalipun kita melihat orang kaya yang banyak hartanya, bahagia hidupnya, tetapi dalam bahagia itu dirinya menjadi perhatian Allah dan manusia. Allah mengujinya samada bersyukur atau kufur pada RahmatNYA. Hakikatnya manusia kala ini terlalu ramai yang tewas dengan nafsunya. Nafsu yang terlalu dimanja-manja dengan wang ringgit dan segala macam kemewahan, pangkat, darjat dan kecantikan selalunya menjadikan si pemiliknya lupa diri, bongkak, ujub dan segala macam lagi sifat-sifat mazmumah yang bersarang dihati.

Akan tetapi, nafsu menjadi lemah tikamana kesusahan itu yang menjadi santapannya. Ramai manusia apabila ditimpa dengan musibah dan ujian, hatinya lebih lembut untuk menerima hidayah Allah. Sirah perjuangan nabi Muhammad di Mekah menjadi buktinya. Ramai di kalangan masyarakat arab ketika itu yang menerima islam di awal penyebarannya terdiri di kalangan orang yang faqir miskin, hamba abdi dan kaum perempuan yang dianiaya. Di sinilah letaknya hikmatnya Allah menguji hambaNya dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Bersabda Nabi saw : "Sesungghnya Allah suka pada tiap hati yg selalu berdukacita". Abu Ali addaqqad berkata: "Rasulullah saw selalu merasa berdukacita dan selalu berfikir". Fitrahnya manusia, ketika bergembira amat jarang hatinya mengingati Allah swt. Hati yang banyak bergembira cenderung hatinya kepada hubbud dunya (cintakan dunia). Dan amatla rugi orang yg hatinya cinta kepada dunia dan seisinya sdg dunia itu bersifat FANA.

Tikamana dirimu diuji oleh Allah dengan kebaikan dunia, maka bersyukurlah pada nikmat kurniaNYA. Itu tandanya dirimu dalam pemerhatianNYA. Siapkan diri dengan iman dan taqwa, kerana itulah yang akan menjadi bentengmu daripada godaan syaitan dan nafsumu yang tidak ada istilah waktu untuknya melalaikanmu. Sungguh nafsu itulah yang paling hampir dengan dirimu. Maka, kalahkanlah ia dengan banyak memberi kerana Allah swt. Jikalau ujian Allah berupa kekayaan, banyakkanlah menghulur pada yang memerlukan. Sungguh kekayaan itu hanyalah pinjaman semata. Pemiliknya adalah yang kekal Abadi. Kita hanyalah insan faqir yang hanya menumpang Kesempurnaan sifat-sifatNYA. Jadikanlah barang pinjaman itu sebagai wasilah untuk engkau mendekatkan dirimu pada ALLAH swt. Sesiapa yang memberi pinjaman pada Allah (sedang Allah tidak memerlukan pinjaman) maka Allah akan memberikan pulangan yang berlipat ganda (qardan hasanah) hasil daripada apa yang dilakukannya..

Sekiranya ujian nikmat itu berupa darjat dan pangkat, maka ingatlah kekuasaanNYA dan AgungNYA Allah swt, supaya hatimu terhindar dari megah diri dan bongkak. Sekiranya ujian itu berupa kecantikan, ingatlah akan dirimu, kecantikan itu hanyalah sementara dan kecantikan itu hanyalah nilaian zahir bagi manusia. Sedang nilaian manusia itu hanyalah tidak lain hanya melalaikan dirimu dengan pujian. Jadikanlah dirimu begitu berharga dan bernilai di hadapan Allah swt. Baginda bersabda : “ Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa paras dan kekayaan kamu, tetapi melihat pada amal dan hati-hati kamu”.

Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan lah hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada ALLAH s.w.t. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNYA. Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah ikhwanku yang dikasihi Allah.. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redho dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH sw.t. Mulakanlah harimu dengan senyuman yang lidahnya sentiasa bertahmid memuji Allah swt, yang hatinya sentiasa mengingati Allah swt dan merasa bahagia sepanjang masa..

Jadilah orang yang bersyukur sewaktu menerima ujianNYA lebih-lebih lagi tika musibah menimpa. Itu tanda kasih sayang Allah swt padamu agar hatimu sentiasa bertaut padu dengan namaNYA. Usah mengeluh pada RahmatNYA, sekalipun ujian musibah menjadi tamu hidupmu.. Insafilah dan hayatilah simbolik kesusahan hidup yang menimpamu. Allah lebih Maha Mengetahui sedang kita sedikitpun tidak mengetahui. Serahkanlah kehidupanmu sepenuhnya pada Allah swt. Pasti suatu hari nanti, dirimu akan tersenyum syukur dan bahagia atas ketentuanNYA.. dan barulah engkau mengetahui itulah yang terbaik untuk dirimu. ..
SubhanALLAH walHamdulillah.. ^_^

i-Fest kini sedang berlangsung di UMP.Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik sedang diadakan dan akan diadakan, terutamanya pada hujung minggu ini.insyaallah. Sama-sama kita meriahkannya.!!!!





Manusia - Eh,dah subuh dah?

Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuhmu.

Syaitan - Alahhhhhh,kejaplah,ngantuk ni....awal lagi nie?.zzzzzzzz........

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?

Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..

Syaitan - Ehh,panaslah,takde style langsung,nampak kampung!!!

Manusia - Alamak,dah lewat!

Malaikat - Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat..

Syaitan - Ahhh? awal lagi? mmm..aaahh? suruh si X,punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran... .

Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan

Syaitan - Baru pukul berapa..rilex lah..awal lagi nie?

Manusia - Eh,eh... tak boleh tengok ini,berdosa...

Malaikat - Wahai anak Adam,alihkanlah pandanganmu,sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !

Syaitan - Perggghh....best tu...rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa.

Malaikat - Wahai anak Adam,cegahlah ia..

Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang,lantaklahh!
Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain.
Malaikat - Wahai anak Adam,nasihat-menasihatilah sesama kamu..

Syaitan - Sendiri pikir la,semua dah besar,buat apa susah2...pandai2lah.

Manusia - aku telah berdosa..

Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .

Syaitan - Tangguhlah dulu,lain kali boleh bertaubat...lagipun muda hanya sekali..rugila...(kalau sempat la)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!

Malaikat - Wahai anak Adam,kakimu ingin melangkah ke jalan yg dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu.

Syaitan - Jangan bimbang,tiada sesiapa yg tahu...Jomlah!

Manusia - Uuhhh! letihnya arini..tak solat lagi nie.

Malaikat - Wahai anak Adam,taatilah Allah dan Rasul-NYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.Solat itu wajib bagimu...

Syaitan - Hey anak Adam,ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat(jangan mimpilah!) untukmu...



Allah swt kurniakan rezeki dlm pelbagai bentuk:

1. Ilmu yang luas dan bermanfaat
ilmu yang paling bernilai adalah yang dapat memberi manfaat untuk dunia dan akhirat

2.Hidayah
Hidayah atau petunjuk dari Allah swt dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Dengan hidayah ini, seseorang dapat keluar dari kekufuran kepada iman., dari jahil kepada kepada berilmu.


3. Iman dan Islam
Nabi saw apabila mendengar ada orang ucapkan 'Alhamdulillah' bersyukur kepada Allah swt atas nikmat Islam, baginda lalu bersabda "Sesungguhnya kamu bersyukur kepada Allah swt atas nikmat yang sangat besar."

4.Kefahaman dalam agama
Orang yang diberi kefahaman dalam agama amat beruntung kerana ia petanda Allah mahu dia jadi lebih baik. Semakin banyak dia belajar, bukan saja semakin berilmu tapi yang lebih penting semakin tinggi kefahamannya dalam agama. Ini rezeki yang menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

5. Persekitaran yang baik
Kawasan kejiranan yang baik, teman sekerja dan sahabat-sahabat yang baik serta lingkungan keluarga yang baik merupakan rezeki yang tidak ternilai kerana dari situ akan terasa kebahagiaan hidup. Persekitaran yang baik juga mendorong seseorang itu mudah untuk berbuat baik dan mengumpul pahala untuk akhirat.

6.Dicukupkan Keperluan
Keperluan hidup yang mencukupi meliputi keperluan makan minum, pakaian, tempat tinggal, kenderaan, keperluan pendidikan dan sebagainya. Kadang-kadang Allah swt cukupkan walaupun seseorang itu berpendapatan sederhana saja hingga dia boleh beribadah dan jalani kehidupan dengan tenang, tidak terganggu dengan masalah-masalah yang menyempitkan dada. Ada pula yang berpendapatan tinggi tapi Allah swt sempitkan keperluannya, kerana Allah swt mahu si hamba tidak bergantung kepada benda sebaliknya bergantung bergantung kepada Allah swt semata-mata. Bagi hamba yang Allah swt cukupkan keperluannya dan diberi banyak harta, dia diberi rezeki untuk disyukuri dan dibahagi-bahagikan.




Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t, kerana dengan izinNya, insyaAllah pd esok hari, pihak UMP akan menyambut kedatangan pelajar baru dari seluruh Malaysia. Kami dari Sahabat Masjid (SAHAM) mengalu-alukan kedatangan adik-adik sekalian ke kampus UMP. Moga-moga adik-adik sekalian akan mewarnakan lagi dakwah di UMP seterusnya menjadi antara orang-orang yang berusaha menjadi "Da'ie Ilaallah"...

"JOM SERTAI SAHAM"

Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..


Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..

Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..



Pelbagai hikmah & tafsiran yg boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima..

1) Cuba perhatikn perlahan2 jari anda..Kemudian, genggam ia kuat2 & angkatkan ke atas..Laungkan "Allahu Akbar" sekuat2nya..Itulah Rukun Islam yg mesti dijunjung..

2) Luruskn ia ke depan dalam keadaan terbuka..Renung dalam2..Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan..

3)Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan..Bermula daripada jari kelingking yang kecil & kerdil, seperti manusia & apa saja akan bermula daripada kecil kemudian besar & terus membesar.
Itulah fitrah insan & alam seluruhnya. Apa saja yang dilakukan mestilah bermula daripada kecil..Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah drpd rebungnya"..Kegagaln mendidik di usia ini akn memberi kesan yang besar pada masa depan..

4) Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya..Begitu juga dgn usia remaja.. Manisnya spt jari yg comel mulus ini.. Apatah lg kiranya disarungkan dgn sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira..Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri..tp awas!! Pada usia inilah sentiasa dibelenggu dgn pelbagai cabaran & dugaan..Hanya iman & takwa penunjuk jln kebenaran..Pd usia ini jg, anda sudah baligh & mukalaf..Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil..B'sediakah anda??

5) Naik kpd jari ketiga..Jari yg plg tinggi, jari hantu namanya..Zaman remaja ditinggalkn..Alam dewasa kian menjengah..Di peringkat umur 30-an ini, seorang itu telah mmpunyai status & identiti dgn ekonomi yg kukuh serta krjaya yg teguh..Namun, anda mesti berhati2 kerana di kala ini byk "hantu2 pengacau" yg datang menggoda..Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati & seribu mcm hantu lg..Klu gagal mngawal emosi lantas trs msuk ke jerangkap nafsu & syaitan..Justeru itu, amal ibadat msti dilipatgandakn.

6) Kita beralih kpd jari telunjuk..Jari inilah yg mengungkap satu & esanya Allah S.W.T ktika solat..Genggamkn kesemua jari & keluarkn jari ini..Gagahnya ia sbg penunjuk arah, menjadi cntoh & tauladan..Manusia yg berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sbg model kpd generasi baru & pembimbing yg kaya dgn idea yg bernas & minda yg hebat..

7) Akhir skali, renung ibu jari anda..Ianya besar & pendek tettpi menunjukkn kematangn & kehebatn yg membanggakn..Tugasnya membenarkn ssuatu & mentafsirkn plbagai perkara. Bak kata org Jawa "cap jempol" atau cap jari..Klu dia ada, semua urusan b'jln lancar..Buat generasi muda, rujuk dahulu org2 tua @ yg berpengalaman..Mereka makan "garam" terlebihh dulu dr kita..Jika petunjuk mereka anda patuhi,nescaya anda boleh b'kata "good" @ "yes" smbil menggenggam smua jari & angkt ibu jari ke atas & hayun ke depan..Itulah rhsia kjayaan anda..

> >> Akhir kalam, cuba lihat skali lg jari anda yg kelima..Renung & fikir dlm2..Di manakah kita skrg..??

Susahnya menjaga iman kerana di zaman ini ada banyak macam benda yang mempu mencuri iman itu daripada hati manusia. Tidak perlu melihat ke dalam sudut yang lebih dalam ataupun di perspektif yang lebih jauh, cukuplah dengan memandang keadaan di sekeliling kita – itu sudah cukup untuk menjadi asbab agar iman kita itu dibawa lari.

Aurat yang tidak tertutup sepenuhnya mampu merampas iman dari dalam jiwa hati manusia. Hiburan tanpa mengenal batasan mampu juga merompak iman manusia. Memenuhi tuntutan hawa nafsu makan secara berlebihan juga mampu merombak iman manusia. Di zaman ini, seolah-olah selautan perkara, sebanyak macam benda boleh menjadi asbab kepada berkecainya iman di dalam hati manusia.

“Al-Iman Yazid Wa Yankus”,

Kita biasa dengar penyataan yang satu ini. Maksudnya, iman itu hakikatnya mempunyai turun naiknya. Sihat dan bertumbuhnya iman itu adalah atas hasil ikhtiar empunya hati yang memiliki iman itu sendiri. Begitu juga apabila bercerita tentang jatuh merudumnya iman, ianya adalah natijah daripada pekerjaan manusia yang ‘asi, atas ikhtiar yang empunya hati itu sendiri.

Bahayanya bahana iman yang tidak terjaga

Bahayanya sekiranya tuan empunya hati yang menyimpan iman itu tidak menangisi realiti keteguhan iman yang semakin goyah, tercabar semakin hari. Tidak menjaga lidah dalam berbicara, tidak menutup telinga seraya seruan-seruan fahsya’ dan munkar memasuki ruang pendengaran, tidak mahu menoleh ke arah zon yang menyelamatkan iman apabila mata mula meliar mencari dosa-dosa, tidak mahu menarik tangan apabila tangan-tangannya itu ditawarkan dengan emas permata tipuan dunia, tidak mahu mengangkat kaki untuk berhijrah ke arah yang menghidupkan, masih mahu duduk di takuk dosanya yang lama.

Alangkah gelapnya terasa di dalam dunia orang yang tidak mahu menjaga iman itu.

Mahu sahaja datangnya cahaya iman ke dalam hatinya, dia hambat dan dia tutup tingkap hatinya daripada menerima sinaran iman itu. Dia tolak kehadiran cahaya itu. Dia seolah-olah lebih suka di dalam gelap gelita dunia kesesatannya sendiri!

Alangkah sedih melihat iman yang tidak dijaga,

Sedihnya melihat iman yang tidak dijaga, kerana tidak mengetahui ataupun telah menutup mata sendiri tentang hakikat iman yang tidak dapat dijual-beli serta diwarisi. Menangis dan merana jiwa yang hampa apabila melihat sewenang-wenangnya manusia yang pada mulanya beriman di dalam hatinya telah dihanyutkan oleh badai perosak iman.

Hari ini iman sudah mudah-mudah dijual-beli, sudah mudah-mudah digadai. Sedangkan nilai pajakannya itu apabila dibandingkan dengan harga iman, maka harga iman kurniaan Tuhan tiada ditandingi. Iman sudah boleh dijual dengan tawaran gaji yang tinggi, iman sudah boleh ditukar dengan pujukan suami ataupun isteri, iman sudah boleh dilelong dengan pangkat dan jawatan tertinggi, iman sudah boleh dilepaskan dari tambatan hati dengan menunaikan nafsu syahwat yang tidak dipagari.

Hari ini iman menjadi saksi,

Bahawa tanpa dirinya di dalam hati orang-orang yang memiliki hati, nyawa dengan mudah diragut sana-sini. Kekayaan duniawi menjadi sasaran utama sehingga manusia lupa akan tujuan ukhrawi. Pasangan yang belum bernikah sudah boleh jadi persis laki-bini. Amanah pangkat dan jawatan sudah tidak lagi dilihat sebagai ujian daripada Ilahi. Rasuah dan gelap duit semata-mata mahu kaya tanpa mengira keberkatan di dalam rezeki.

Hakikatnya, itulah dia natijahnya, banyak kemusnahan yang terjadi apabila iman yang mahal itu sudah ditolak ke tepi. Iman sudah jadi picisan bagi manusia yang tidak mengenang budi Tuhan hari ini!

Kasihanilah iman,

Kasihanilah ia bukan kerana lemahnya ia, tetapi kasihanilah ia kerana semakin nazak dan mungkin sudah matinya ia di dalam hati diri manusia. Iman tidak dapat dilihat, tetapi manusia yang mempunyai mata hati pasti sedar akan sakitnya iman di hujung zaman ini. Menangis ia. Meraung ia. Meronta-ronta ia. Meminta-minta ia untuk dilepaskan diri daripada dibelenggu nafsu manusia. Dibelenggu kemaksiatan manusia. Ia sudah tidak tahan dengan dosa-dosa kita! Ia mahu dibebaskan daripada penjara ‘melebihkan cinta dunia’!

Maka wahai kaum yang memiliki hati,

"Indeed, it is with the remembrance of ALLAH that the hearts enter into a state of tranquility"

Usahakanlah dirimu untuk menjaga iman di dalam hati itu. Bajai hati yang beriman itu. Kuatkan dirimu untuk bersolat agar subur kembali ia. Sedekahkanlah zikruLLAH untuknya. Berwudhu’lah untuk mensucikan dirinya. Tadabburlah Al-Qur’an serta alam untuk menerangi ia kembali.

Usahalah kamu ke atas kehidupan iman kamu! Jangan biarkan dia menangis, kerana yang ditakuti dalam ia menangis, ia semakin sakit, sangat boleh jadi kemudian iman itu mati!

Oleh itu, pujuklah hati ini. Pujuklah hati untuk menangis memikirkan hakikat iman di akhir zaman ini!

Menangislah! Menangislah wahai manusia akhir zaman! Menangislah ke atas iman yang kian mati itu!

wallahua'lam. .....






Related Posts with Thumbnails