Wahai manusia, setelah kehidupan yang pendek ini. Kamu akan menjalani kehidupan yang abadi. Bila kamu memahami rahasia tugasmu dalam kehidupan ini dan mengikhlaskan amal untuk Tuhanmu, ada kenikmatan yang menanti.
Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta,tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasaan dan keindahan dunia.Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.
-Assyahid Hasan al-Banna-
Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain. Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.
-Saidina Ali bin Abi Talib-
Orang akan tetap menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia masih menuntut. Tetapi apabila pada suatu ketika dia berkata "Aku sudah pintar", maka sesungguhnya dia sudah menjadi bodoh dengan sendirinya
-Luqman Hakim-
DOA WEHDAH
Tiada Tuhan yang disembah selain ALlah Tuhan yang Maha Esa Dan kami berserah kepadaNya Tiada Tuhan yang disembah selainNya Kami tidak menyerah selain kepadaNya Kami mengikhlaskan tunduk kepada Nya Walaupun dibenci oleh org musyrik Tiada Tuhan selain Allah Tuhan kami dan Tuhan nenek moyang kami Yang terdahulu
Tiada Tuhan yang disembah selain ALLAH Tuhan yang Esa, Tuhan yang Esa, Tuhan yang Esa Dia telah menunaikan janji-Nya Dia telah memenangkan hamba-Nya Dia telah memuliakan tentera-Nya Dan Dia telah mengalahkan musuh-Nya berseorangan
Bagi ALLAH segala kerajaan, bagi segala pujian Dia yang menghidupkan dan mematikan Dia yang mematikan dan menghidupkan Sedangkan Dia Maha Hidup dan tidak mati Dalam segala kekuasaan dan kebajikan Dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu ALLAH Maha Besar.
0 comments:
Post a Comment