0
comments
Friday, July 26, 2013
0
comments
Friday, July 26, 2013
0
comments
Friday, July 26, 2013
1 comments
Friday, July 26, 2013
Wonderful Weekend (Ramadhan Version)

0
comments
Friday, July 26, 2013
Naib Presiden 1: Pergolakan Mesir
Recep Tayyip Erdoğan |
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdorgan pernah berkata,
“Kami mengecam rampasan kuasa ke atas Presiden Mesir. Turki hanya akan berurusan dengan Presiden yang dipilih oleh rakyat, Dr. Muhammad Morsi.”
Berita penggulingan Presiden Mesir, Dr. Muhammad Morsi amat
menyedihkan. Mereka menggelar diri mereka sebagai Barisan Penyelamat
"Tamarrud" yang didalangi oleh puak sekular bereterusan melakukan
penentangan sejak awal kemenangan Dr. Morsi dalam Pilihanraya Presiden
selepas Revolusi kejatuhan regim Hosni Mubarak. Kemuncaknya, puak penentang
yang didalangi oleh sekutu balaci Mubarak ini telah menganjurkan perhimpunan
besar-besaran di Dataran Tahrir dan Ittihadiah pada 30 Jun yang lalu kononya
rentetan daripada ucapan Presiden Dr. Morsi pada 26 Jun 2013.
Pada masa yang sama, perhimpunan penyokong Presiden Mesir
juga berlangsung di seluruh muhafazah di Mesir terutamanya di Rabiatul Adawiah dan
Medan Nahdah Masr. Hampir semua wilayah di Mesir menyaksikan kebanjiran jutaan
rakyat Mesir keluar ke dataran-dataran utama samada untuk menyatakan sokongan
padu kepada Presiden yang dipilih secara sah mahupun menzahirkan penentangan. Dilaporkan bahawa perhimpunan telah
berlaku hampir di 20 dataran utama seluruh Mesir.
![]() |
Dr. Muhammad Morsi |
Kemudiannya,
keadaan digemparkan lagi dengan serangan ganas yang dibuat oleh kumpulan
perusuh upahan tamarrud, berbekalkan senjata, mereka memecah masuk serta
membakar pejabat Ikhwanul Muslimin, membelasah rakyat hanya kerana janggut,
mengepung Istana pemerintah, dan yang mendukacitakan juga, Polis dan Tentera
serta media sangat berperanan dalam melakukan pengkhianatan ini. Puak tamarrud
dilayan seperti kerajaan yang sah manakala penyokong Dr. Morsi disembur dengan
gas pemedih mata dan dihalau dari medan himpunan.
Halaman rasmi FJP yang membuat liputan kepada mangsa-mangsa
yang cedera yang dirawat di Hospital Ummul Masriyyin di Giza yang menyaksikan
suasana gawat selepas serangan kumpulan perusuh upahan ke atas penyokong Mursi
melaporkan bahawa 20 orang telah terkorban dan lebih 500 yang lain cedera.
Sebenarnya isu yang berlaku di Mesir didalangi oleh
parti-parti pembangkang berhaluan sekular dan munafik yang mana majoriti
daripada kalangan mereka ialah sekutu dan pro-Mubarak. Sebelum ini, Islam
selalu dicemuh kerana menolak demokrasi. Barat memfitnah gerakan Islam sebagai
ganas kerana berjuang mengangkat senjata. Namun, pada hari ini mereka pula
meludah ke langit mengangkat senjata menjatuhkan Dr. Morsi yang memenangi
pilihanraya sebagai presiden Mesir yang sah dan telus.
![]() |
Hosni Mubarak |
Bagi pencinta Islam berita ini adalah satu yang amat
menyedihkan. Baru setahun kita menerima pemerintah yang bisa merubah arus
politik dunia , satu demi satu kemenangan dikecapi, satu demi satu kekalahan
yang kita terima, cabaran demi cabaran terus menrobosi benteng umat Islam .
Namun, inilah yang mematangkan umat Islam seluruh
dunia termasuk Malaysia.
Saya selaku Naib Presiden 1, mewakili saf kepimpinan SAHAM
menyeru kepada mahasiswa Universiti Malaysia Pahang untuk kita bersama-sama
bersolidariti untuk Dr. Morsi. Doa dan terus berdoa. Gunakan segala tenaga yang
ada untuk membantu rakyat Mesir dan juga ummat Islam. Jangan sesekali gerun dan takut dengan penguasaan
musuh serta genggaman mereka ke atas dunia Islam. Semua itu akan berakhir
sekelip mata dan semua kebaikan akan datang. Cuma, masanya belum tiba.
An-Nur: 55,
mafhumnya;
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka”
Wallahu'alam.
Mohammad Hafizezazmi Bin Ajamain
Naib Presiden 1
Sahabat Masjid (SAHAM) Sesi 12/13
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
0
comments
Tuesday, July 09, 2013
Tahniah kepada Dr. Mahyuddin!
Sahabat Masjid UMP mengucapkan ribuan tahniah kepada Dr Mahyuddin bin Ismail kerana dilantik sebagai pengarah Pusat Islam Dan Pembangunan Insan [PIMPIN] Universiti Malaysia Pahang bermula 5 Julai 2013. Doa kami sentiasa mengiringi sepanjang pentadbiran Dr. Semoga Dr sentiasa dipermudahkan oleh Allah SWT dalam setiap urusan yang dijalan.
Tahniah Dr. Mahyuddin!
"Nurturing the Beauty of Islam"
0
comments
Tuesday, July 09, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)
Bacaan Pilihan
-
99 nama indah Allah swt..
-
Tujuan Dugaan Allah swt Kepada HambaNYA..
-
Jadilah orang yang disukai, disayangi dan dicintai
-
Tafsir Ibn Kathir- Surah al-Fatihah
-
Malu Seorang Wanita
-
Ciri-ciri Orang yg GELAP HATI..
-
Ganjaran Pahala Solat Subuh Mengatasi Keindahan Dunia
-
Ringkasan "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" siri 1
-
Zikrullah..Terapi Jiwa..
-
Antara Gambar-gambar Mangsa Kekejaman Pemerintah Syria (Fakta Syria Yang Mesti Anda Tahu Siri 6))
Label Pilihan
- Al-Quran (19)
- Al-Quran/Hadis (32)
- Audio (1)
- Bicara Muslimah (3)
- Cerpen (21)
- Dakwah (31)
- Ekonomi (2)
- Hadis (2)
- Ibadah (33)
- Isu Semasa (44)
- Poster (4)
- PRODAK'13 (1)
- Program (53)
- Q&A Ramadhan (5)
- Ruangan Ahli (3)
- Sirah (19)
- Soal Jawab (5)
- Tarbiyyah (24)
- Tazkirah (94)
- Video (1)
Sang Murabbi
-
-
Khutbah Jumaat Minggu Ini - *KHUTBAH : PENDUSTA AGAMA* *Hadirin Solat Jumaat yang dirahmati Allah* Firman Allah s.w.t. : Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? (1) Itulah ora...12 years ago
Rakan Blogger SAHAM
Mutiara Kata
Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta,tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasaan dan keindahan dunia.Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.
-Assyahid Hasan al-Banna-
Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain.
Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.
Orang akan tetap menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia masih menuntut. Tetapi apabila pada suatu ketika dia berkata "Aku sudah pintar", maka sesungguhnya dia sudah menjadi bodoh dengan sendirinya
Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.
-Saidina Ali bin Abi Talib-
-Luqman Hakim-
DOA WEHDAH
Tuhan yang Maha Esa
Dan kami berserah kepadaNya
Tiada Tuhan yang disembah selainNya
Kami tidak menyerah selain kepadaNya
Kami mengikhlaskan tunduk kepada Nya
Walaupun dibenci oleh org musyrik
Tiada Tuhan selain Allah
Tuhan kami dan Tuhan nenek moyang kami
Yang terdahulu
Tiada Tuhan yang disembah selain ALLAH
Tuhan yang Esa, Tuhan yang Esa, Tuhan yang Esa
Dia telah menunaikan janji-Nya
Dia telah memenangkan hamba-Nya
Dia telah memuliakan tentera-Nya
Dan Dia telah mengalahkan musuh-Nya berseorangan
Tuhan yang Esa, Tuhan yang Esa, Tuhan yang Esa
Dia telah menunaikan janji-Nya
Dia telah memenangkan hamba-Nya
Dia telah memuliakan tentera-Nya
Dan Dia telah mengalahkan musuh-Nya berseorangan
Bagi ALLAH segala kerajaan, bagi segala pujian
Dia yang menghidupkan dan mematikan
Dia yang mematikan dan menghidupkan
Sedangkan Dia Maha Hidup dan tidak mati
Dalam segala kekuasaan dan kebajikan
Dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu
ALLAH Maha Besar.
Dia yang menghidupkan dan mematikan
Dia yang mematikan dan menghidupkan
Sedangkan Dia Maha Hidup dan tidak mati
Dalam segala kekuasaan dan kebajikan
Dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu
ALLAH Maha Besar.
0 comments:
Post a Comment