Bersama Menyemarakkan Spirit Dakwah. Islam Untuk Semua.

Aqidah Islamiyyah Siri 1

PENGERTIAN AQIDAH


Aqidah berasal daripada perkataan Arab (عقد) yang bermaksud ikatan atau simpulan. Biasanya ikatan atau simpulan ini berlaku pada benda yang dapat dirasai seperti tali. Tetapi perkataan ini juga digunakan pada sesuatu yang ma’nawi. Dari segi maksud ini lahirlah perkataan aqidah iaitu ikatan atau simpulan ma’nawi yang terkhusus dalam kepercayaan. Aqidah boleh difahami sebagai kepercayaan yang terikat kuat dan tersimpul erat dalam hati terhadap sesuatu perkara yang benar dan hak sehingga tidak mungkin tercerai atau terurai.


Fahaman praktikalnya : Aqidah merupakan perjanjian keimanan yang kuat di antara manusia dengan pencipta-Nya. Aqidah Islam sahajalah yang benar dan betul, manakala yang lain adalah palsu dan batil. Konsep aqidah yang sebenarnya seperti yang dijelaskan inilah yang diistilahkan oleh Islam sebagai iman.


UNSUR-UNSUR PEMBENTUKAN AQIDAH


Sarjana Islam berpendapat bahawa unsur-unsur pembentukan aqidah terdini daripada:

Unsur akal atau pemikiran.

Unsur iradah atau daya pemikiran.

Unsur wujdan atau perasaan.


Ketiga-tiga unsur ini saling bertalian erat dan kuat. Kesempurnaan aqidah. adalah daripada keutuhan dan keteguhan simpulannya dalam jiwa. Keutuhan dan keteguhannya pula tidak wujud melainkan ia terbentuk dari jalinan yang erat antara ketiga-tiga aspek penting ini yang juga merupakan tiga daya kekuatan dalam diri manusia. Melalui proses ketiga-tiga unsur tadi yang terjalin dan searah jalan tanpa ada pertentangan; iaitu pembuktian dan kelogikan akal, kerelaan hati serta kehangatan perasaan dapat melahirkan aqidah yang sempurna yang akan membentuk kesempurnaan peribadi atau sahsiahnya dan menjadi kompas pengarah atau pembentuk corak dan warna hidupnya samada dalam lingkungan individu, mahupun dalam lingkungan keluarga ataupun dalam lingkungan kemasyarakatan yang lebih besar.

Hakikatnya, ciri-ciri aqidah tidak memadai hanya berada di atas permukaan akal atau intelek, demikianjuga tidak cukup berada di atas penenimaan dan pengakuan sahaja, tetapi perlu mengisi dan menyerapi setiap ruang diri dan jiwanya sehingga sebati dengan perasaan dan sentimen yang sihat.

Akan Bersambung di Siri 2.......


1 comments:

bace kt sini jap~~

July 12, 2011 at 11:04 PM comment-delete
Related Posts with Thumbnails