Bersama Menyemarakkan Spirit Dakwah. Islam Untuk Semua.

Insiden Lahad Datu


Bismillahirrahmannirahim

Pertama saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga yang terlibat dalam insiden di Lahad Datu. Sebagai orang yang lahir dan tinggal di Sabah, seperti ada satu tarikan yang membuatkan saya untuk menulis artikel.

Mungkin ramai yang masih lagi bersedih akan insiden tersebut, terutamanya rakyat Sabah yang tinggal di daerah Lahad Datu. Nyawa umpama di hunjung tanduk, saya sendiri yang belajar di negeri semananjung khuatir dengan keselamatan keluarga dan sahabat-sahabat yang berada di sana.

Siri pencerobohan Sabah bukanlah isu yang baru, isu ini telah lama berlaku. Masih segar dalam ingatan pada zaman kanak-kanak saya iaiutu pada tahun 1999 apabila tentera Abu Sayyaf menceroboh wilayah Sipadan Sabah. Tragedi berdarah kini kembali, warga Sulu datang ke Sabah dengan bersenjatakan M16 melalui jalan laut. Antara faktor mereka masuk ke wilayah Sabah adalah semata-mata menuntut hak mereka yang lama. Mungkin sahabat-sahabat masih ingat semasa kita berada di sekolah menengah, perjanjian sultan Sulu dengan Sultan Brunei, iaitu Sultan Brunei menjanjikan sebahagian daripada Sabah kepada Sultan Sulu. Kini mereka menuntutnya kembali.

Apa yang amat menyedihkan adalah tindakan menteri yang bagi saya amat tidak professional. Kenyataan daripada menteri keselamatan dan pertahanan Malaysia mengatakan mereka adalah bukan golongan militant. Sewajarnya pemimpin Negara mengambil berat hal ini serta menceritakan hal sebanar dan bukannya fitnah.
Justeru saya menyeru kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk terus berdoa kepada rakyat di sana dan terus menyebarkan isu ini kepada seluruh masyarakat.

Kepada pihak pemerintah yang dikatakan adil, berhentilah membuat konspirasi terhadap isu ini, anda sedang memikul amanah untuk menjaga keselamatan dan nyawa rakyat. Sekiranya pihak pemerintah masih gagal menjaga keselamatan rakyat tanpa ada usaha yang maksimum nantikanlah perbicaraan anda di dunia dan akhirat.
Hari ini kita masih boleh bergurau senda, tidak mengambil endah keadaan sekeliling namun apabila tiba satu hari nanti kita yang bakal merasa.

InsyaAllah sekali lagi saya berharap kepada kita memberi sokongan kepada pejuang keadilan yang berada di sana.

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.[an nisa:58]

Hafizezazmi Ajamain

Naib presiden 1 
Sahabat Masjid (SAHAM) 2013/2014
Universiti Malaysia Pahang

0 comments:

Related Posts with Thumbnails