Bersama Menyemarakkan Spirit Dakwah. Islam Untuk Semua.

Wala'

Wala’ berasal dari perkataan ولى- يلى- وليا ولاية ولاء yang memberi maksud dekat, kasih, mengikut, memberi pertolongan, memberi perlindungan dan sebagainya. Konsep Wala’ yang diamalkan di dalam organisasi Islam bermaksud kesetiaan seorang Muslim kepada saudara seagamanya samada sebagai seorang ketua, pimpinan, imam atau kawan. Secara umumnya pengertian wala’ dan taat dalam ruang lingkup Harakah Islamiyyah ialah kepatuhan dan ketaatan kepada pimpian dalam saf perjuangan Islam.

Kewajipan memberi wala’ kepada pimpinan di dalam saf perjuangan Islam amat penting dan sekaligus ianya sebagai neraca untuk menentukan masa depan gerakan Islam itu sendiri. Allah memerintahkan manusia supaya mentaati pemimpin dan sekaligus memberikan wala’ dan ketaatan kepadanya. 

Firman Allah swt yang bermaksud: 
“Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah, taatilah Rasul dan pemimpin (yang bertaqwa) di kalangan kamu. Maka sekiranya kamu berselisih di dalam sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul” (Surah an-Nisa: 59)

Sabda Rasulullah saw :
Sesiapa yang mentaatiku, sesungguhnya dia telah mentaati Allah, dan sesiapa yang menderhakaiku, sesungguhnya dia telah mendurhakai Allah. Sesiapa yang taat kepada ketuanya sesungguhnya dia telah mentaatiku, dan sesiapa yang derhaka kepada ketuanya, sesungguhnya dia telah mendurhakaiku” (H.R. Bukhari, Muslim, Ibnu Majah)

Sabdanya lagi :
Dengarlah dan taatlah, sekalipun kamu diperintahkan oleh seorang budak Habsyah yang rambutnya seperti anggur kering”

Kesimpulannya, Wala’ dan ketaatan di dalam ruang lingkup Harakah Islamiyyah ini merupakan suatu tuntutan utama walaupun ia mempunyai permasalahan-permasalahan yang tertentu. Permasalahan ini menjadi bahan pentarbiyyahan jika sekiranya pendokong Islam itu benar-benar yakin kepada Allah. Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang menolong agamaNya. 

Firman Allah SWT yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman. Sesungguhnya jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan memperkukuhkan kedudukanmu”
(Muhammad : 7)


0 comments:

Related Posts with Thumbnails