PRU13: Tinta Mahasiswa
Buat kali ke 13 kalinya, Pilihanraya Umum Malaysia akan
diadakan. Pastinya ramai dikalangan rakyat Malaysia tidak mengira usia akan
terasa hangat bahangnya pilihanraya pada kali ini. Bendera parti dikibar di merata tempat tidak kira
didarat, lautan mahupun diudara. Tika ini jugalah kita dapat melihat pelbagai
bentuk rekaan bagaimana mereka menghiasi jalan raya, rumah, kenderaan dan
sebagainya. Pasti rakan-rakan
mahasiswa/i juga turut merasai bahang pilihanraya pada kali ini.
Pada kali ini
sahaja, lebih dari 200,000 ribu mahasiswa/i telah mendaftar sebagai pengundi
diseluruh negara. Buat yang pertama kali berpeluang untuk mengundi, pastinya
akan berasa teruja dan menantikan tibanya 5 Mei 2013 sebagai tarikh rasmi
pengundian adakan dijalankan.
Bagi mereka yang
berasa bahawa undi itu tidak penting ingatlah bahawa Al-Imam As-Syahid Hassan
Al-Banna, Kesatuan Ulama Sedunia yang dipengerusikan oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi,
Syeikhul Al-Azhar Syeikh Ahmad Tayyib, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaah dan
sebagainya telah bersepakat bahawa mengundi itu wajib.
Ingatlah
sahabat-sahabat sekalian, setiap undian yang kita berikan mampu untuk merubah
masa depan kita kerana jika mengundi tidak mengubah apa-apa, nescaya
pilihanraya itu tiada maknanya.
Pesanan akhir,
Undi adalah alat yang paling berkuasa pernah dicipta oleh manusia untuk menetukan kehidupan masa hadapan mereka - Lyndon B. Johnson
Bahaya terbesar bagi seorang ahli politik ialah bersalam dengan seorang lelaki biasa yang mengundi untuk lelaki lain. - William Proxmire
Mahasiswa/i Pilih Untuk Mengundi
0 comments:
Post a Comment