Bersama Menyemarakkan Spirit Dakwah. Islam Untuk Semua.

DRAMA PRU13: Alkisah Pahlawan Kekunci

PRU-13 semakin mendekati. Jika dikira dengan jari, hanya beberapa hari sahaja yang berbaki. Jika melalui kawasan perumahan dan bandaran, penuh bendera parti yang berkibaran, dengan pelbagai bentuk dan ikatan. Ternyata, kreativiti yang ditunjukkan sungguh mengagumkan!


Cerita di laman MukaBuku dan Si Burung Biru tidak terkecuali. Setiap klik ‘log in’, pasti ada status dan ‘sharing’ berbau politik yang menghiasi kotak-kotak pelbagai segi. Wah, sungguh bersemangat anak muda pada hari ini! 

“Setiap hari, ada sahaja post awak berkenaan politik. Banyak juga pencerahan yang saya dapati. Saya yakin, pasti awak tidak sabar-sabar untuk pulang untuk pergi mengundi. Almaklumlah, pengalaman pertama…”

“Tak. Saya tak pulang mengundi tahun ini. Banyak lagi assignment yang perlu diselesaikan.”

Teettt! Senyap seketika.

‘Take note’ di sini…

Alahai mahasiswa sekalian. Tiada guna jadi pahlawan papan kekunci, jika tanggungjawab utama tidak dipenuhi. Memilih jentera pentadbiran yang kuat dan berkualiti ialah tugas kita. Kerana jentera inilah yang bakal membentuk negara kita dalam 5 tahun akan datang.

Syaikh Yusuf al-Qardhawi dan ramai lagi 'alim ulama' muktabar sudah mengeluarkan pendapat, tentang kewajipan mengundi dalam pilihanraya. Jadi, apa lagi?

Atuk saya kata, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit…

Setiap undian, ada nilainya. Biarpun kita hanya satu dalam berjuta, tetap ia tetap menyumbangkan angka. Satu butir pasir, jika dicampurkan dengan beribu butir pasir, tidak mustahil akan membentuk sebuah bukit yang besar.

Status Pahlawan Papan Kekunci lagi..

“Saya penyokong Parti Kesopanan dan Budi Bahasa”

“Saya dah tukar gambar profail. Semangat pemuda lah katakan.”

Cop, cop. Semua itu tidak perlu, untuk menunjukkan yang anda peduli atau cakna.

Bak kata Inche gabbana, cukuplah sekadar anda ambil tahu dengan perkembangan terbaru. Cukuplah dengan anda sentiasa ter'update' dengan fakta-fakta dan bukannya auta. Dan cukuplah anda jelas dengan pilihan anda, apabila tiba hari mengundi nanti.

Hai siswa siswi, jomlah kita mengundi!



0 comments:

Related Posts with Thumbnails