Bersama Menyemarakkan Spirit Dakwah. Islam Untuk Semua.
Wanita adalah hiasan dunia, dan sebaik-baik hiasan adalah wanita yang solehah. Begitulah ungkapan yang begitu indah yang ditujukan khas kepada para wanita di dunia ini.

Sesungguhnya muslimat memainkan peranan yang sangat penting dalam perjuangan Islam. Tipu!, jika ada yang mengatakan wanita tidak menyumbangkan jasa dalam menegakkan Islam.Lihat sahaja pengorbanan yang dilakukan oleh saidatina Khadijah isteri kesayangan Rasulullah yang sanggup mengorbankan harta benda serta perniagaanya hanya kerana ingin menyokong perjuangan Rasulullah menegakkan agama Islam yang Tercinta.

Lihat pula pada peperangan Uhud yang menyaksikan Nusaibah mempertaruhkan nyawa demi melindungi batang tubuh Rasulullah yang dikepung oleh tentera kuffar. Dan bayarannya nyawa Nusaibah pergi menghadap Allah sebagai seoran syuhada'

Demikianlah kehebatan kaum Hawa dalam lipatan sejarah kebangkitan Islam. Perjuangan dan pengorbanan mereka mendaulatkan agama Islam begitu disanjungi dan sentiasa diingati. Sesungguhnya mereka telah berjaya mencipta sejarah mereka yang tersendiri.

Sudah terbukti bahawa muslimat mempunyai tempat yang istimewa dalam lipatan sejarah Islam. Muslimat boleh diibaratkan sebagai sebahagian daripada tubuh badan para pejuang, jika tiada mereka maka tiada upaya lah para pejuang untuk melangkah maju kehadapan.ternyatalah perwatakkan mereka yang lemah lembut itu jangan disangka tidak boleh menggoncang dunia..

Jadi, sebagai seorang muslimat yang terlibat dengan gerakan dakwah, jangan mudah putus asa dalam mengharungi liku perjuangan ini. Ingatlah bahawa ketika Islam datang menyinari tanah Arab dan menyingkirkan zaman kegelapan, kaum hawa yang ditindas ketika itu,diangkat martabatnya oleh Islam..

http://wangiansyuhada.blogspot.com/

Kami tidak berzina!
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum … adakah itu menghampiri zina?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat kearah itu.
Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan
bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang
mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan dengan Adam dan Hawa? Iblis amat licik. Pengalamannya banyak. Ia ada lebih 1001 cara. Ingat, pesanan Rasulullah: Janganlah engkau bersendirian dengan dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan (HR Tabrani) Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya Iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada perzinaan. Adayang hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!
Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada
awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu danperasaan serta hasutan Iblis, akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?.
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu
berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ketempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (HR Muslim dan Abu Daud).
Sebenarnya jalan dan lorong
menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati olehAllah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lagilah.Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atid?

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.
Study Group…? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi.Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau ye pun,
carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni…betul ke bincang
pelajaran?. Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu… banyak masa
dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang
sihat ke?. Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrahmanusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allahciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri / nafsu.

Tentu ada cinta secara Islam.
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa “sesuatu” sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah: Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (HR
Ibni Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada perzinaan?
Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam…Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan perzinaan? Penghujung jalan cinta adalah perzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah perzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

Jadi manusia itu tak tahan diuji?
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan hampir pokok khuldi itu. Firman Allah:

Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari
makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu
hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari
orang-orang yang zalim. (al-A’araf: 19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan
kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan
memakannya. Kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah
berzina. Maka jalan kearah perzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan perzinaan, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.
Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakunan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dengan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang. penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagian jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagian adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagian bukan ciptaan manusia. Manusiahanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahnya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagian itu, jika jalan mencapai kebahagian itu tidak diredhai Allah. Kebahagian hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? ganti bercinta..
Semua itu adalah perangkap Iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak belainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.

Jadi, seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentutkan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba
menggadai maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta
dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman:

Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melaikan dengan perempuan
yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula
(lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau
lelaki musyrik . Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang
yang beriman.
(Surah al-Nur: 3).

Kami telah berjanji sehidup semati
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan
diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu,
sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggung jawab.
Tahukah hati budi lelaki ? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok suka dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang “second hand” sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di show room sahaja; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah kehulu, kehilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlahmereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah:

Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan
yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina)
… Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang
besar. (Al-Ahzab: 35)

Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon
keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha.
Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:
1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredai Allah ini.
2. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam
percintaan.
3. Berazam. Bertekat didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan
seorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab Kabul.

Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini.
Sesungguhnya engkau maha pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan
kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan
benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu
berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa ku curahkan
kasih itu kepada orang lain. Oh tuhan, hambamu berdosa……
Amin, Ya Rabb. Moga Allah terima taubat mu.

Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh, tidak kemana!
Ya Allah bantulah mereka. Kini mereka datang kepintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Kini, telah hampir seminggu aku menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak aku cintai. Majlis perkahwinan yang diadakan amat meriah tetapi aku tidak merasai keseronokan itu. Mungkin Harriz juga begitu. Perhubungan aku dan Harriz memang terbatas. Itu adalah syarat aku sendiri sebelum Harriz melafazkan akad nikah. Kami hanya berpura-pura mesra di hadapan ibu dan ayah tetapi di sebalik tabir kehidupan kami, tidak wujud kemesraan tersebut. Harriz benar-benar memberi kerjasama yang baik. Kadangkala simpati aku menjengah di hati kecilku. Pernah aku menasihati dia supaya melepaskan aku sebelum tamat kontrak perkahwinan kami tapi Harriz bukanlah lelaki yang senang dipujuk rayu. "Saya seorang yang menepati janji. Walau hati ini berat untuk berpisah dengan awak, saya tetap akan patuhi syarat awak bahawa kita hanya bercerai selepas tamat tempoh kontrak. Awak sendiri tahu bagaimana perasaan saya pada awak. Tidak munasabah andai saya menceraikan awak sekarang. Kalau boleh, saya mahu takdir membuka pintu hati awak untuk menerima cinta saya dan menyayangi saya sebagaimana tulus dan sucinya cinta saya terhadap awak.

" Tiba-tiba Harriz memegang tangan kananku ketika aku sedang mengikat rambut lantas diciumnya perlahan seolah-olah aku ini bagaikan puteri yang sedang berhadapan dengan rakyat biasa. Berderau darahku ketika itu. Aku menjarakkan diri. Bulat mataku memandangnya. Tanpa segan renungan Harriz semakin tajam memandang ke arah aku. Aku gementar. Rasa marah dan geram wujud dalam diri ini. Harriz cuba untuk memperdayakan aku dengan kata-kata manisnya.

"Tolong jangan bersikap kurang ajar! Sudah cukup selama ini saya bertahan dengan sikap dan perangai awak!! Awak jangan umpan saya dengan kata-kata manis awak tu. Saya tak akan terpengaruh. Kontrak tetap kontrak. Biarpun setahun atau dua tahun atau selama-lamanya, saya tidak akan mencintai awak atau belajar untuk menyintai awak!! "Cinta saya hanyalah untuk Izham. Awak tahu bukan? Izham lebih dahulu hadir dalam hidup saya tapi awak merosakkan segala-galanya dengan memperalatkan ayah dan ibu saya. Saya bukan macam mereka. Itu sahaja yang awak perlu tahu!!" Bentakku tiba-tiba dengan penuh berani. Aku sendiri terkejut dengan tindakan aku. Dari mana aku dapat kekuatan untuk melawan perasaan aku? Aku memaling ke arah lain. Terasa semangat untuk mempertahankan diri wujud dalam diri ini. Mungkin kerana rindu aku pada Izham semakin kuat dan kesalahan aku pada Izham juga berat. Harriz hanya diam. Sedikit sebanyak nampak juga perbezaan di raut wajahnya yang mungkin
terkejut dengan kata-kata amarahku yang tiba-tiba.

"Maafkan saya kerana buat awak marah. Saya tak ada niat untuk menyakitkan hati awak, Nurul Ain. Saya harap kita masih boleh jadi kawan," ringkas sahaja kata-kata Harriz kali ini. Aku masih tidak memandang wajah Harriz. "Nampaknya dah masuk waktu solat Isyak sekarang. Mari, kita berjemaah," pelawa Harriz lembut. Aku memandang wajahnya. Dia tersenyum, "Saya tunggu di bilik." Harriz berlalu pergi meninggalkan aku di ruang tamu. Perasaan marahku sudah reda. Malu pun ada bila mengenangkan kembali kemarahan aku yang berapi-api itu. Nampaknya Harriz masih boleh buat muka selamba sedangkan sudah berbakul-bakul aku memarahinya sepanjang dia duduk di rumahku. Tidak tahu bagaimana lagi untuk aku mewujudkan rasa benci dalam diri Harriz supaya dia membenci aku.


Kini, perkahwinan kami sudah hampir 3 bulan. Ayah dan ibu pula sudah bertanya tentang keadaan kesihatan aku. Itu tidak lain dan tidak bukan mesti berkaitan dengan hal anak. Bagaimana aku nak memberitahu mereka bahawa aku ini masih suci lagi. Harriz tidak pernah menyentuh aku walaupun dia berpeluang. Dia benar-benar mengikut segala kontrak yang ditulis oleh aku itu supaya tidak menjalinkan apa sahaja hubungan dengan aku. Aku bertambah bingung. Segala apa yang aku lakukan semuanya tidak menjadi. Harriz masih lagi menyayangi dan menyintai aku. Aku dah tak tahu nak buat apa.

Aku rindukan Izham di saat-saat begini. Aku kesunyian. Tanpa Izham aku rasa kehilangan. Kadangkala aku nampak bayangan Izham dalam diri Hariz. Sampai bila aku mampu bertahan. Harriz terlalu baik terhadap aku. Hanya perempuan gila sahaja seperti aku yang tidak jatuh cinta padanya setelah pelbagai cara dia lakukan untuk menambat hati aku. Aku juga manusia biasa. Cinta akan datang dan pergi sesuka hati dalam hidup ini. Apakah perasaan aku terhadap Harriz sekarang? Aku semakin bingung dengan kehidupan yang aku lalui kini.

Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi. Aku tiba lewat di rumah. Tapi, bukan kerana banyak kerja di pejabat cuma aku sengaja pulang lambat supaya Harriz menyangka aku perempuan yang selalu balik lewat malam kerana puas berseronok di luar. Terjengket-jengket kaki aku melangkah masuk. Suasana gelap menyelubungi rumah banglo dua tingkat pemberian hadiah ayah sempena perkahwinan kami. Mujurlah hanya aku dan Harriz yang tinggal di sini. Kalau tidak, tentu aktiviti kami akan terbongkar lebih awal. Minta-minta Harriz akan memarahi aku kerana pulang
lewat. Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke tangga tapi aku telah terlanggar sesuatu yang besar di hadapan. Hampir terjatuh aku dibuatnya namun, mujur ada seseorang yang sempat memaut pinggangku supaya tidak terjatuh. Berderau darah dibuatnya. Lampu ruang tamu dipasang... Aku tergamam. Pinggangku masih lagi dipaut oleh Harriz. Mata bertentang mata. Hampir beberapa saat aku tidak bercakap. Tersedar dari lamunan, aku pantas menolak Harriz ke tepi. Wajahku mula berubah. Merah padam jadinya. Marah bercampur malu benar-benar ada dalam diri aku sekarang
"Awak ni kenapa?!! Macam pencuri!! Nasib baik saya ni tak ada sakit jantung. Dah pukul 2.00 pagi. Awak tak reti-reti nak tidur?" Aku memarahi Harriz.
"Saya tunggu awak...."
"Tak payah nak tunggu-tunggu. Saya ni bukannya budak kecik lagi. Saya tahu pukul berapa saya nak balik. Awak ni orang gaji saya ke?"
"Awak dah makan? Hari ni saya masak lauk kegemaran awak, masak lemak cili api ikan keli. Awak mesti suka. Mari makan sama, saya tak makan lagi ni."
Harriz mempelawa aku. Masak lemak cili api ikan keli? Terliur aku dibuatnya. Aku memang tengah lapar gila ni. Maklumlah, satu hari aku tak makan apa. Tengah hari tadi tak keluar pun sebab kerja banyak. Petang pula ada mesyuarat. Bila
dah habis kerja, aku pulak yang sengaja balik lewat hanya semata-mata nak nak sakitkan hati Harriz. Sampai pukul 1.30 pagi aku duduk di pejabat. Tak terfikir nak makan pun. Sekarang, dah lapar. Bodoh betul aku. Takkanlah aku setuju
nak makan dengan dia. Habislah rancangan aku nak bagi dia marah.
"Awak ni pandai masak ke? Saya ni memilih orangnye. Takpelah saya dah kenyang. Dah makan kat luar pun. Awak nak makan, awak makanlah sorang."
Aku pura-pura menguap di hadapannya "Ahh.. ngantuknya.."
"Saya tahu awak belum makan lagi. Awak tentu lapar." Harriz terus menuju ke ruang makan. Dia membuka tudung saji dan menyendukkan nasi untuk aku dan dirinya sendiri. Beria-ia benar dia mengajak aku. Macamana dia tahu aku tak
makan? Aku masih lagi tercegat di antara ruang tamu dan ruang makan. Sesekali aku menjeling ke arah Harriz yang sedang leka menyiapkan makan malam yang
rasanya dah boleh jadi makan pagi. Sanggup dia tak makan kerana menunggu aku semalaman. Boleh percaya ke lelaki ni? Jangan-jangan dah siap makan. Saja nak tarik perhatian aku supaya simpati kat dia. Aku pantas menaiki tangga meninggalkan Harriz.
"Awak tak nak makan? Tak sakit perut ke, awak? Nanti, kalau awak jatuh sakitkan susah..." Harriz menasihati aku. Langkahku terhenti.
"Awak tak faham bahasa Melayu? Kan saya dah cakap, saya dah kenyang. Kalau awak nak makan, awak makanlah sorang. Saya nak naik atas, nak mandi dan tidur. Awak jangan ganggu saya!!" aku bentak keras.
"Tak pelah, saya makan dulu. Nanti, kalau awak rasa lapar, awak makanlah ye. Pergilah awak berehat," Harriz mengakhiri perbualan kami.

Aku terus naik ke atas dengan perut yang benar-benar lapar. Rasa nak terbalik dunia ni. Ya Allah laparnya. Hanya Tuhan saja yang tahu. Kenapalah
aku boleh bertindak bodoh. Dah ada orang siap masak, aku saja yang sombong tak bertempat. Sekarang, siapa yang merana? Bukankah aku...? Itu baru satu keadaan di mana dia boleh bertahan dengan sikap aku. Tapi, kali ini aku pula yang tak tahan dengan keadaan kami apabila terpaksa berlakon di depan ayah dan ibu sewaktu kedatangan mereka ke rumah kami. Dari berdiri jarak 50 meter kini dah rapat macam belangkas. Dari muka yang masam macam cuka kini aku terpaksa senyum meleret. Aku kena memainkan peranan sebagai isteri dan Harriz sebagai suami
sedangkan gelaran itu memang ada pada kami. Terasa kaku aku pada permulaan watak tetapi Harriz bijak memainkan peranannya sebagi suami.

"Berapa lama mak dan ayah nak tinggal di sini?" Aku mengajukan soalan sebaik sahaja ibu dan ayah duduk di ruang tamu selepas kami menjamu selera tengah hari itu. Percaya atau tidak, semua masakan dimasak oleh Harriz tapi dia memberitahu ibu dan ayah yang aku memasaknya. Ibu tersenyum menggeleng.
"Ain...Ain... Mak dan ayah belum panas punggung lagi dah ditanya bila nak balik. Mak ni, rindukan anak mak. Salahke mak melawat anak mak yang kini dah jadi isteri orang," balas ibu. Aku tertunduk malu. Ye tak ye jugak..
"Ain ni bukannya apa mak. Dia takut mak dan ayah balik awal. Duduklah 2-3 hari kat sini, mak. Lama-lama pun tak apa. Kami pun berdua. Kalau ada mak dengan ayah, taklah sunyi kami ni.." Harriz menyampuk. Aku menjeling pada Harriz.

Nampaknya, dia ni nak mengambil kesempatan. Ketika itu tangan kirinya sengaja memeluk pinggangku. Aduh, geli betul. Aku tak boleh nak tolak. "Yelah, mak. Duduklah lama-lama kat sini. Mak pun tentu bosan duduk kat rumah, lagipun ayah kerja." Aku terpaksa menipu. Kalau boleh nak saja aku menyuruh mak dan ayah balik sekarang juga. Bukannya aku tak sukakan mereka tapi aku tak mahu berlakon lagi.
"Tak bolehlah macam tu. Kamu dah berkeluarga. Mak dan ayah tak nak ganggu kamu. Kami ni datang saja nak melepas rindu. Dua hari lagi kami baliklah."
Alamak 2 hari lagi??? Terasa seperti 2 tahun nak menunggu mereka balik. Aku lihat Harriz tersenyum meleret. Makin erat dia memeluk pinggangku. Suhu di kepala aku ni dah mendidih. Rasanya nak saja aku cekik-cekik Harriz sekarang. Betul-betul mengambil kesempatan.

Aku pantas bangun. Semua mata memandang ke arah aku. "Tak pelah, mak ayah. Ain ada hal sekarang ni. Pukul 2 petang Ain ada mesyuarat dengan pelanggan. Nanti malam baru Ain balik. Mak dan ayah tak payah tunggu Ain. Tak tahu pukul berapa Ain balik." "Hari ni kan Ahad, Ain. Takkan bekerja jugak. Kesian kat Harriz ni. Sepatutnya, masa cuti jangan diganggu. Kamu tu dah kahwin, dah bersuami. Kamu kena jaga makan pakai si Harriz ni. Kesian Harriz." Berbakul-bakul ibu membela Harriz. Eeeee....bertambah-tambah geram aku.
Ayah hanya tersenyum. Tak banyak cakap. Malas nak masuk campurlah tu. Pendek kata, apa saja yang ibu cakap ayah akan setuju. Betullah mereka ni satu kepala. Berbeza aku dan Harriz, ibarat panggang jauh dari api. "Ain memang ada hal petang ni, mak. Tak boleh nak tolak. Pelanggan Ain tu dari Jepun. Dia tak boleh lama kat sini." Aku membalas kata-kata ibu dengan harapan Harriz akan membantu aku. "Takpe, mak. Saya tak kisah, lagipun selama ni tak pernah kurang kasih sayang Ain pada saya. Lagipun saya kenal pelanggan Jepun tu. Dia kawan lama saya masa kursus kat Tokyo dulu." Harriz menyokong aku. Lega rasanya di hati. Aku memandang Harriz. Dia hanya tersenyum. Tiba-tiba saja dihulurkan tangannya supaya aku mencium tangannya. Mahu tak mahu terpaksalah aku bersalam dan mencium tangan Harriz. "Saya pergi dulu, bang.." Lembut aku bersuara meminta izin. Mak dan ayah tersenyum-senyum memandang gelagat kami berdua. Rasa senang di hati mereka melihatkan kemesraan aku dan Harriz yang sebenarnya dibuat-buat.

Cepat!!!!Tempat adalah terhad!!!
Sama-sama kita tingkatkan ilmu kita.

Segala ilmu, kemahiran dan pengalaman adalah kurniaan Allah untuk dimanfaatkan kepada orang lain. Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat untuk manusia lain.
“Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya,” Apakah karena jumlah kami yang sedikit pada hari itu?” Nabi saw, menjawab,”Bahkan, pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut ‘rasa gentar’ terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu.”Seorang sahabat bertanya, ‘Apakah itu al-wahnu itu, ya Rasulullah?’ Rasulullah saw, menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.”
(Hr Abu Dawud dan Ahmad)

Hadis ini merupakan satu hadis yang cukup-cukup menarik. Sebagaimana dalam khutbah jumaat sebelum ini, banyak di ceritakan mengenai al-wahnu atau "Cintakan Dunia dan Takutkan Mati". Selepas kejatuhan Khilafah Islamiyyah, negara-negara Islam yang dahulunya gah, kini berpecah menjadi beberapa negara. Masing-masing hanya mementingkan kekayaan, mengejar 'keglameran' negara tanpa menghiraukan langsung perkara berkaitan ukhrawi. Seolah-olah, umat manusia pada kali ini bekerja seperti mereka tidak akan mati padahal kematian berlaku di depan mata.

Rasuah bermaharajalela di negara-negara tersebut, dan benih-benih kezaliman, penguasa yang zalim menjadi semakin berkuasa. Kini, Umat Islam berpecah-pecah dan setiap penguasa hanya sibuk mengurusi kepentingannya sendiri, dan musuh-musuh Islam bebas menguasai setiap tanah Muslim seperti pemangsa yang menyerang mangsanya. Puak kafir dan yahudi bergembira melihat perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam. Sekularisme yang mereka tanam sewaktu mereka menjajah negara-negara tidak berjaya di hilangkan bahkan semakin di gunakan. Firman Allah s.w.t:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.”
(Al-Baqarah: 120)

Dalam hadis yang kami nyatakan di atas, ada satu ungkapan yang menyebut mengenai bilangan umat Islam.

“Salah seorang sahabat bertanya,” Apakah kerana jumlah kami yang sedikit pada hari itu?” Nabi saw, menjawab,”Bahkan, pada hari itu jumlah kamu banyak sekali …”

Ini sebagai bukti bahawa di dalam Islam, jumlah bukanlah faktor yang paling penting. Kaum Muslim mencaapai kemenangan pada perang Badar, padahal jumlah pasukan Musyrikin Quraisyh lebih besar dari pasukan Muslim, tiga melawan satu. Dalam perang Yarmuk, pasukan Rom jauh lebih besar di banding kaum Muslim, tujuh lawan satu. Namun kini, keadaan menjadi sebaliknya, situasi saat ini berbalik. Populasi kaum Muslimin kini lebih dari satu trilion dan terus bertambah. Namun, angka yang ramai ini tidak berpengaruh besar. Kebanyakan Muslim hanyalah dikuasai hawa nafsu, seibarat sekawanan ternak yang tidak berakal yang hanya di manfaatkan oleh tuannya. Sekiranya kita membandingkan kita, umat Islam pada masa kini dengan umat Islam sewaktu adanya Khilafah, amat-amatlah berbeza. Umat Islam pada masa dahulu, amat-amat hebat. Qiamullail menjadi suatu yang wajib bagi umat yang dahulu, namun kini, kekayaan yang menjadi keperluan.

Andai saja kaum Muslim menyedari bahwa kematian bukanlah pengakhiran, namun sebuah permulaan, disitu tempat keadilan yang penuh rahmat dengan seksaan yang berat atau pahala yang indah. Tentulah keadaan kita yang menyedihkan ini akan berubah. Sahabat-sahabat yang di kasihi, marilah kita sama-sama mengubah diri kita menjadi orang yang lebih baik. Sesungguhnya, kematian itu pasti, hari kiamat itu pasti, syurga dan neraka juga adalah pasti. Bangkitlah wahai umat Islam, umat akhir zaman. Wallahu'alam


Taubat Seorang Hamba

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...






Harriz. Satu nama yang cukup aku kenal satu ketika dahulu. Dia pernah menjadi suami aku. Suami yang bergelar hanya pada nama tapi tidak pernah memiliki sepenuhnya jiwa dan hati aku ketika itu. Perkahwinan yang berlandaskan kertas putih dengan seribu perjanjian yang boleh menjatuhkan maruah seorang suami. Aku tahu,Harriz tidak pernah mempersetujui dengan apa yang aku lakukan sebelum kami mengikat tali perhubungan yang suci. Namun, kerana sayang dan cintanya pada aku dia menerima niat aku tanpa sebarang bantahan yang keluar dari mulutnya. Kenapa Izham tidak seperti Harriz? Sungguh berbeza nilai dan peribadi mereka antara satu sama lain. Harriz terlalu baik tapi hati aku tidak dapat menerima cintanya. Kenapa?.....Dia cukup sempurna untuk menjadi seorang suami dan pemimpin yang boleh menjaga aku sehingga ke akhir hayat.

Adakah aku yang terlalu bodoh untuk menolak cintanya yang tulus dan ikhlas menyayangi aku, atau keegoan aku yang menguasai diri. "Saya menerima awak bukan atas paksaan sesiapa tapi hati ini yang ikhlas mencintai awak. Saya tahu taraf awak dan saya berbeza ibarat langit dan bumi tetapi untuk membahagiakan awak, itu adalah jaminan saya sebagai bukti bahawa saya menyayangi awak. Walaupun kontrak kita hanya setahun tapi cinta saya sampai ke mati. "Biarpun kita akan berpisah nanti, namun untuk menghilangkan ingatan saya terhadap awak adalah amat sukar. Sekali saya dah letakkan awak dalam hati saya bermakna awaklah gadis pertama dan terakhir yang saya cintai walau awak membenci saya seumur hidup awak......" Kata-kata itu masih aku ingat sampai sekarang. Keegoan aku ketika itu mulai luntur tapi hati aku keras. Aku menolak cintanya mentah-mentah kerana bagi aku, lelaki mudah mengeluarkan kata-kata manis namun untuk membuktikannya adalah satu dalam sejuta. Aku tidak mempercayai Harriz.

Bagi aku, Izham lelaki pertama yang mencuri hati aku adalah terlalu sempurna untuk aku. Aku bertemu dengan Izham sewaktu kami menyambung pengajian di London. Izham bijak memainkan kata-katanya dengan rupa parasnya yang kacak itu untuk menambat hati aku. Hanya dunia sahaja yang tahu bagaimana gembiranya hati aku ketika itu dapat berpasangan dengan Izham , seorang lelaki yang menjadi rebutan gadis-gadis lain di luar sana.

Hampir dua tahun hubungan kami terjalin. Tiada sebarang masalah di antara kami sepanjang perhubungan itu. Pertengkaran kecil adalah perkara biasa bagi kami. Seringkali juga kawan-kawan aku menasihatkan supaya berpisah dengan Izham kerana dia bukanlah seperti apa yang aku sangka. Dia adalah Romeo. Banyak kali mereka terserempak dengan Izham bersama gadis-gadis lain. Aku yang bodoh kerana tidak pernah percaya dengan kata-kata mereka. Pada fikiran aku ketika itu, mereka terlalu cemburukan
aku. Itulah sebabnya mereka memfitnah Izham supaya hubungan kami putus dan mereka boleh mengambil kesempatan memenangi hati Izham. Sehinggakan aku hampir hilang kawan hanya semata-mata kerana terlalu mempercayai Izham. Selepas tamat pengajian, aku pulang ke Malaysia. Izham masih di London kerana tempoh pengajiannya ada lagi setahun. Ketika itulah detik hidup aku bersama Harriz bermula. Aku telah dijodohkan dengan Harriz oleh ayahku. Entah mengapa, ayah terlalu sukakan Harriz sedangkan Harriz hanyalah pekerja bawahan ayah. Dia bukanlah dari keluarga yang senang dan setaraf dengan kami. Namun, ayah tidak mengambil kira itu semua. Kata ayah, Harriz mampu menjaga aku sebagaimana ayah dan ibu menjaga, mendidik dan membesarkan aku. Dia percayakan Harriz sehinggakan dia pernah berkata segala hartanya termasuk aku akan diserahkan kepada Harriz andai satu hari nanti dia pergi buat selama-lamanya. Kepercayaan ayah terhadap Harriz memang tiada batasan, begitu juga dengan ibu.

Aku tahu, ayah ada penyakit yang kronik iaitu sakit jantung dan darah tinggi. Aku tak sanggup untuk menolak permintaan ayah. Mereka adalah segala-galanya untuk aku. Betapa perit dan payahnya mereka membesarkan aku. Ayah juga bukanlah dari keluarga yang senang tetapi berkat kerajinan dan semangat ayah yang tinggi serta dorongan ibu membuatkan aku dapat menikmati hidup ini dengan segala kemewahan yang tak dapat aku bayangkan. Tapi, aku juga inginkan kehidupan aku sendiri. Berhari-hari aku memikirkan keputusan ayah samada untuk menerima atau sebaliknya. Kesihatan ayah tidak mengizinkan aku untuk berfikir lama. Akhirnya, persetujuan dibuat dan dalam diam-diam aku juga turut membuat perjanjian dengan Harriz lelaki yang tidak pernah aku temui.


Aku bencikan Harriz kerana aku menyangka Harriz bukanlah seperti apa yang ayah bayangkan. Dia mungkin mempunyai rancangan yang besar untuk merampas kekayaan kami dengan mengahwini aku dan berpura-pura baik di hadapan ayah dan ibu. "Selepas kita bernikah, saya haramkan awak untuk menyentuh saya. Kita hanya berlakon di hadapan ayah dan ibu saya begitu juga dengan keluarga awak. Selepas setahun, awak ceraikan saya. Ini dah termaktub dalam perjanjian kita." Aku tidak berani memandang wajah Harriz ketika kami berjumpa buat pertama kalinya di sebuah restoran. Aku akui, Harriz memang tampan orangnya malah lebih kacak daripada Izham. Sedikit sebanyak hati perempuan aku mulai cair namun aku pantas melarikan fikiranku pada perkara yang lain. Harriz merenung aku tanpa berkelip mata. Aku gelabah. Langsung tidak dibaca perjanjian MOU yang aku letak di hadapannya. Sakit hati aku dibuatnya ketika itu. Aku kuatkan semangat untuk memandang Harriz dan cuba berlagak serius. "Tuhan kurniakan mata untuk melihat apa yang ada di hadapan kita. Saya dah letakkan fail perjanjian kita dihadapan awak. Takkan awak tak tahu nak menggunakan mata awak tu untuk melihat apa yang patut?" Aku memerli Harriz. Dia cuma tersenyum. Masih tidak puas menatap wajah aku. Seluruh pelusuk wajahku dijajahnya. "Memang Tuhan anugerahkan mata untuk melihat. Sekarang, saya sedang melihat satu lagi anugerah Tuhan yang diberikan kepada saya. Kecantikan yang tidak pernah saya bayangkan, tapi sekarang baru saya tahu bahawa sungguh indah alam ini dengan adanya wanita secantik awak, Nurul Ain Bt Hamdi..." Ungkapan pertama keluar dari mulut Harriz.

Aku tersedak, hampir tersembur fresh orange yang sedang kuminum. Pantas tanganku mencari tisu di dalam beg tangan. Harriz masih tersenyum. Merah padam muka aku menahan malu. Bijak sungguh Harriz bermain dengan kata-kata. Aku
hampir terpedaya dengan pujiannya. Ahh...Lelaki, semuanya sama... "Tapi sayang, awak tidak menggunakan kecantikan awak itu untuk melambangkan hati awak. Buat pengetahuan awak, saya ini bukanlah seperti apa yang awak bayangkan. Niat saya
ikhlas untuk memperisterikan Nurul Ain Bt Hamdi. Jangan kerana awak kaya dan hidup mewah, awak takut saya akan merampas semuanya itu dari tangan keluarga awak. Terus terang saya katakan, seandainya awak ini adalah gadis cacat yang kudung tangannya atau bisu mulutnya saya tetap akan mengahwini awak walau awak miskin sekalipun. "Bagi saya, harta boleh dicari tapi cinta yang tulus suci hanyalah wujud sekali dalam hidup kita dan awak adalah wanita yang berada di dalam hati saya sekarang sehinggalah saya tidak bernafas lagi di atas bumi bertuah ini." Harriz tersenyum lagi. Aku pula tergamam.

Macam mana dia boleh mengenali aku sejauh begitu. Kata-katanya kedengaran seolah-olah kami pernah berjumpa. Tapi, aku rasa tidak kerana inilah kali pertama aku melihat wajahnya.Sungguh pelik orang ini. Harriz membuka fail biru itu. Tanpa dibaca walau sebaris ayat pun, dia mengambil pen dari poket bajunya lantas ditandatangani MOU tersebut. "Awak tak berniat nak baca MOU itu sebelum awak sign?" Aku memberanikan diri untuk bertanya pada Harriz. Sekali lagi dia memandang aku dengan pandangan yang penuh bermakna baginya. "Kalau saya baca, adakah niat awak itu akan berubah untuk menerima saya bagaimana ikhlasnya saya menerima awak?" Terperangkap lagi aku dengan kata-katanya. Entah kenapa di mana hilangnya marah aku dan semangat aku ketika itu.

Lelaki ini benar-benar lain. Tidakkk!!..... Aku bukan mudah untuk menerima dia. Cinta aku pada Izham masih kuat. Harriz bangun. Air minuman yang dipesan tidak disentuh, masih suci sepertimana aku. "Assalamualaikum...." Itulah kata-kata terakhir yang diucapkannya sebelum meninggalkan restoran itu. Aku terpinga-pinga. Pelik dan aneh lelaki ini. Sebelum aku berjumpa dengan Harriz, terlalu banyak kemusykilan tentangnya yang berlegar-legar di dalam fikiran aku. Kini pada pertemuan pertama kami, semakin bertambah kusut fikiran aku memikirkan tentang Harriz. Siapakah dia sebenarnya? Apakah yang dia mahu daripada aku? Atau adakah dia memang benar-benar tulus mencintai aku. Ahhhhh....makin difikir, makin pening aku dibuatnya.



“Dan Tuhanmu berfirman : “Berdoalah kepadaKu, nescaya akan ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
Surah al-Mu'min : 60


Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:

*Semasa Lailatul-Qadar.
*Ketika hujan turun

*Ketika memulakan dan setelah selesai solat.

*Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
*Di tengah malam.
*Di antara azan dan iqamah.

*Ketika sujud dalam solat.

*Ketika iktidal akhir dalam solat.
*Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
*Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).

*Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
*Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.



Berdoalah, sesungguhnya doa adalah senjata mukmin. Dengan senjata itulah Nabi Allah Nuh AS terselamat, kaumnya yang kafir tenggelam dalam taufan. Dengan senjata itulah Nabi Allah Musa AS terselamat dari kezaliman Firaun. Dengan senjata itulah nabi Allah Salleh AS terselamat dan kaum Tsamud binasa. Dengan senjata itulah Nabi Allah Hud AS berjaya dan kaum Aad kecundang. Dengan senjata itulah Nabi Muhammad SAW menempa kejayaan gemilang dan kaum musyrikin penentangnya tersungkur. Dengan senjata itulah bangsa Rom dan Parsi di kalahkan oleh para sahabat Baginda.
Wallahu’alam.



ALLAH berfirman bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya." ( Surah an-Nisa', ayat 120-121).

Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian.

Apabila syaitan beraja dalam diri, seseorang itu akan sanggup melakukan apa juga perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.

Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia pada saat itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia itu.

Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan itu. Mengikut ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui 10 pintu:

Pertama, melalui sifat sombong dan angkuh. Ia berpunca daripada keegoan manusia yang lazimnya mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

Kedua, melalui sifat bakhil dan kedekut. Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak.

Ketiga, melalui sifat takbur dan bongkak. Allah berfirman bermaksud: " Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur." (Surah an-Nahl, ayat:23)

Keempat, sifat khianat. Khianat yang dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, malah mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

Kelima, sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat.

Keenam, melalui sifat hasad. Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: " Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Ketujuh, melalui sifat suka meremehkan orang lain. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: " Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil." (Hadis riwayat Muslim).

Kelapan, melalui sifat ujub atau bangga diri. Menurut Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: " Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang saja." ( Hadis riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

Kesembilan, melalui sifat suka berangan-angan. Islam adalah antikemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia.

Kesepuluh, melalui sifat buruk sangka. Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. Rasulullah bersabda bermaksud: "Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya." (Hadis riwayat Muslim)

Untuk makluman semua mahasiswa/i UMP, pihak Pusat Islam & Pembangunan Insan akan mengadakan satu kelas fardu ain. Butiran seperti beikut:

Hari : Setiap Rabu
Tempat : Bilik Latihan Masjid UMP
Masa : 2.30 petang

*tiada yuran dikenakan
*disampaikan oleh Ustaz Zuridan Md Daud

Mari sama-sama kita menimba ilmu dan moga-moga ilmu yang kita dapat, membolehkan kita menjadi insan bertaqwa seterusnya mengenal Pencipta kita, Allah s.w.t.

SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!
Kempen ganas Israel terhadap Jalur Gaza telah membuka mata semua orang di dunia. Tak terkecuali artis-artis Hollywood. Ada yang mengutuk namun juga ada yang mendukung. Namun kebanyakan dari mereka menyumpah Israel. Tak sedikit dari mereka yang turun langsung memberikan bantuan dan melakukan aksi. Minggu ini pemuzikMichael Heart menciptakan lagu We Will Not Go Down, yang seluruh hasil penjualannya diserahkan kepada rakyat Palestin. Berikut ini komentar artis-artis Hollywood atas pembantaian yang terjadi di Gaza.









“Orang Arab adalah sumber terorisme di dunia yang ada sekarang ini. Mereka menyerang orang tanpa menyisakan satu orang pun. Saya harap Israel menghancurkan mereka.”
TOM CRUISE - (Mission Impossible, The Last Samurai)

*Satuumat- Orang gila ini beragama Sciencetology. Semoga negara-negara Islam memboikot filem-filemnya.

“Keduanya, baik Palestin ataupun Israel, salah. Mereka mesti menghentikan perang ini.”
WILL SMITH - (Ali, Men In Black)

*Boleh tahan le walaupun masih tak betul anggapannya. Maklumlah... cari makan.

“Bush, Sharon, Blair, dan Rice adalah nama-nama yang akan dikutuk sejarah sepanjang masa.”
GEORGE CLOONEY - (Ocean's Eleven, Batman & Robin)

*Satuumat-Hidup Batman!

“Bangsa Arab dan orang Islam bukan teroris. Dunia harus bersatu melawan Israel.”

ANGELINA JOLIE - (Lara Croft)

*Satuumat- Tak sia-sia Tuhan anugerahkan bibir tercantik kepadamu kerana sekurang-kurangnya engakau melafazkan kata-kata yang indah ini.

“Bangsa Arab hanya parasit untuk dunia ini, dan mereka mesti ditumpaskan habis.”
RICHARD GERE - (Pretty Woman)


*Satuumat- Kalau engkau mati ditembak oleh pengganas satu hari nanti, faham-faham sajalah.


“Kita selama ini hanya berkata dari sudut pandang yang mempunyai kekuatan, bagaimana kalau kita ada di posisi yang lemah?”
SEAN CONNERY - (James Bond)


“Zionis adalah sumber kehancuran. Saya berharap saya dapat melawan mereka.”
MELL GIBSON - (Lethal Weapon, Brave Heart)

*Satuumat- Sikapmu yang menentang kezaliman AS dan Britain sangat dihargai. Semoga Islam menjadi pilihanmu.

“Coba pelajari sejenak sejarah Yahudi, maka anda akan tahu, siapa yang sebenarnya PENGGANAS.”
AL PACINO - (The Godfather)

*Satuumat- Bagus, engkau nampaknya seorang yang berpelajaran tinggi.

“Kemanusiaan akan dapat ditegakkan di dunia jika negara Israel sudah berdiri.”
DUSTIN HOFMAN - (Tootsie)

*Satuumat-Beginilah cakap-cakap orang tak ada pelajaran dan kesedaran.

“Kita sekarang hidup di zaman di mana yang kuat memakan yang lemah. Kita tak lebih baik daripada bangsa Arab.”
RALPH FIENNES (Shakespeare In Love)


“Jika bangsa Arab kuat, mereka akan menghancurkan dunia. Maka sekarang, kita harus menghancurkan mereka.”
KEANU REEVES - (Speed, Matrix)

*Satuumat- Ada betulnya juga kata-katamu ini jika yang ditujukan itu ialah kepada pemimpin-pemimpin Arab hari ini.

“Bangsa Arab lebih hina daripada binatang, dan kita Yahudi adalah bangsa terpilih. Tak ada lagi pertanyaan mengenai hal itu…”
HARRISON FORD - (Indiana Jones, Air Force One)

*Satuumat- Yah, bangsamu memang dipilih untuk menjadi bahan bakar api neraka jahannam.

(berbagaisumber)

diambil dr http://satuumat.blogspot.com/

Dini hari di Madinah Al-Munawwarah. Aku saksikan sahabat-sahabat berkumpul di masjidmu. Angin sahara membekukan kulitku. Gigiku gemeretak, kakiku bergoncang. Tiba-tiba pintu hujrahmu terbuka.

Dan kau datang, ya Rasulullah. Kami pandang dikau. "Assalamu 'alaika ayyuhan nabi warahmatullahi wabarakatuh," kudengar salam disampaikan bersahut-sahutan.

Kau tersenyum, ya Rasulullah. Wajahmu bersinar. Angin sahara berubah hangat. Cahayamu memasuki seluruh daging dan jiwaku. Dini hari Madinah berubah menjadi pagi yang indah. Kudengar kau bersabda, "Adakah air pada kalian?"

Cepat-cepat kutengok gharibah-ku. Kulihat para sahabat yang lain sibuk memeriksa kantung mereka, "Tak ada setitik air pun, ya Rasulullah." Kusesali diriku, mengapa tidak kucari air yang cukup sebelum tiba di masjidmu. Beruntung benar sekiranya kubasahi wajah dan tanganmu dengan percikan air dari kantung airku.

Kudengar suaramu yang indah, "Bawakan padaku wadah yang masih basah." Aku ingin loncat mempersembahkan gharibah airku tapi ratusan sahabatmu berdesakan mendekatimu. Kau ambil satu gharibah air yang kosong. Kau celupkan jari jemarimu yang mulia. Subhanallah, kulihat air mengalir dari sela-sela jemarimu. Kami berdesakan, berebutan berwudhu dari pancuran sucimu. Betapa sejuk air itu, ya Rasulullah. Betapa harum air itu, ya Nabiyallah. Betapa lazat air itu, ya Habiballah. Kulihat Abdullah bin Mas'ud pun merenguk sepuas-puasnya.

Qad qamatish shalah, qad qamatish shalah....

Alangkah bahagianya aku boleh salat di belakangmu, ya Sayyidal Anam. Ayat-ayat suci mengalir dari suaramu. Melimpah, memenuhi jantung dan seluruh pembuluh darahku.

Selesai solat subuh, kau pandangi kami, masih dengan senyum yang indah itu. Cahaya wajahmu, ya Rasulallah, tak mungkin aku lupakan. Ingin kubenamkan setitis diriku dalam samudera dirimu. Ingin kujatuhkan sebutir peribadiku pada sahara tak terhingga peribadimu.

Kudengar kau berkata, "Menurut kalian, siapakah mahluk yang paling menakjubkan imannya?"

Kami jawab serentak, "Malaikat, ya Rasulullah."

"Bagaimana mereka tak beriman, padahal mereka berada di samping Tuhan mereka?" jawabmu.

"Kalau begitu para nabi, ya Rasulullah."

"Bagaimana mereka tak beriman, bukankah wahyu turun kepada mereka?"

"Kalau begitu kami, sahabat-sahabatmu, ya Rasulullah."

"Bagaimana kalian tak beriman padaku padahal aku berada di tengah-tengah kalian? Bagaimana sahabat-sahabatku tidak beriman? Mereka menyaksikan apa yang mereka saksikan." Aku tahu, ya Rasulallah, kami telah saksikan mukjizatmu. Kulihat wajahmu yang bersinar, kulihat air telah mengalir dari sela jemarimu, bagaimana mungkin kami tak beriman kepadamu. Kalau begitu siapa, ya Rasulallah, orang yang kau sebut paling menakjubkan imannya?

Langit Madinah bening, bumi Madinah hening. Kami termangu. Ah, gerangan siapa mereka itu? Siapa yang kau puji itu, ya Rasulullah? Kutahan napasku, kucurahkan perhatianku. Dan bibirmu yang mulia mulai bergerak, "Orang yang paling menakjubkan imannya adalah kaum yang datang sesudahku. Yang beriman kepadaku, padahal mereka tak pernah melihat dan berjumpa denganku. Yang paling menakjubkan imannya adalah orang yang datang setelah aku tiada. Yang membenarkan aku padahal mereka tak pernah melihatku. Mereka adalah saudara-saudaraku."

Kami terkejut. "Ya Rasulullah, bukankah kami saudaramu juga?"

Kau menjawab, "Benar, kalian adalah para sahabatku. Adapun saudaraku adalah mereka yang hidup setelah aku. Yang beriman kepadaku padahal mereka tak pernah melihatku. Merekalah yang beriman kepada yang ghaib, yang menunaikan salat, yang menginfakkan sebahagian rezeki yang diberikan kepada mereka (Al-Baqarah: 3)".

Kau diam sejenak, ya Rasulullah. Langit Madinah bening, bumi Madinah hening. Kudengar kau berkata, "Alangkah rindunya aku berjumpa dengan saudara-saudaraku. Alangkah beruntungnya bila aku dapat bertemu dengan saudara-saudaraku."

Suaramu parau dan butiran air mata tergenang di sudut matamu. Kau ingin berjumpa dengan mereka, ya Rasulullah. Kau rindukan mereka, ya Nabiyallah. Kau dambakan mereka, ya Habiballah....

Wahai Rasulullah, kau ingin bertemu dengan mereka yang tak pernah dijumpaimu, mereka yang bibirnya selalu bergetar menggumamkan shalawat untukmu. Kau ingin datang memeluk mereka, memuaskan kerinduanmu. Kau akan datang kepada mereka yang mengunjungimu dengan shalawat. Masih kuingat sabdamu, "Barangsiapa yang datang kepadaku, aku akan memberinya syafaat di hari kiamat."

Ya wajihan 'indallah, isyfa'lana 'indallah. Wahai yang mulia di sisi Allah, berikanlah syafaat kepada kami di sisi Allah.

Wahai yang mulia di sisi Allah, berikanlah syafaat kepada kami di sisi Allah

Oleh: Jalaluddin Rakhmat
Untuk pengetahuan semua mahasiswa/i UMP, insyaallah pada 18 Januari 2009, pihak Sahabat Masjid (SAHAM) akan menganjurkan satu program iaitu Sua Mesra SAHAM...kepada yang berminat, bolehlah membalas memo @ menulis nama di Masjid UMP. Butir-butir adalah seperti berikut:



Xmau boikot?! boikot Xbg effect? ape yg kite nk jwb kat akhirat nnt? apa usaha kite thdp naseb saudara seakidah kita di palestin! igtlh kisah Nabi Ibrahim. ketika Nabi Ibrahim dibakar. seekor burung berulang alik dari punca air dgn membawa air yg hny dpt dibawa dgn paruhny shj dan mencurahknny pd api yg besar itu. tetibe burung itu ditanya, "apsal kau susah2 nk bwk air yg sket tu utk padamkn api yg membakar nabi ibrahim tu? takkn padam punye lah api tu!" ttpi burung itu mnjwb "ak X mahu di akhirat nnt apb ditny apekah yg aku lakukn apb Nabi Ibrahim dibakar sedangkan ak tak berbuat apa2" jk burung yg X diazab pon berusaha sampai begitu skali, inikn pula kite apbl saudara seakidah kite diBOM di palestin! igtlah bkn hasil yg ALLAH mahu, tp usaha kite!

JOM BOIKOT!!!!!!





Sebahagian dariapada gambar yang berlaku di palestin.

Sila Klik pada Gambar untuk membesarkan gambar.









Assalammualaikum w.b.t..insyaAllah pada 11 Januari 2009, pihak Pusat Islam & Pembangunan Insan dengan kerjasama Sahabat Masjid (SAHAM) & Jawatankuasa Pelajar Kolej (JPK) akan mengadakan satu gotong-royong untuk memasak bubur assyura.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan membiasakan diri kita dengan gotong-royong.

Masa : 8.00 pg - 6.00 ptg
Tempat : Perkarangan Masjid UMP

Marilah kita sama-sama menyertai gotong-royong ini.

"Jalinkan Ukhuwwah, Ikatkan Mahabbah"


Perhimpunan Air Matamu Palestin, 9.1.09 akan diadakan selepas Solat Jumaat pada esok hari..Anjuran bersama PIPI,MPP,JHEPA dan Pejabat Naib Cancelor di perkarangan Masjid UMP...Seluruh warga UMP ,siswa dan siswi, muslim dan non- muslim dijemput hadir.
Assalammualaikum w.b.t...semakin lama, bilangan kematian umat Islam di Palestin semakin meningkat. Tentera Israel meneruskan kekejaman mereka. Salah satu usaha daripada kiota ialah berdoa...insyaallah pihak Sahabat Masjid (SAHAM) akan mengadakan Solat Sunat Hajat setiap hari.


Program : Solat Sunat Hajat berjemaah
Waktu : Selepas solat Isyak berjemaah

Di pohon agar sahabat-sahabat sekalian boleh datang ke masjid untuk solat fardu berjemaah dan selepas itu kita akan sama-sama menunaikan Solat Hajat. Moga-moga dengan usaha kita, Allah akan membantu umat Islam dan menggagalkan rancangan puak Yahudi laknatullah. InsyaALLAH. Diharapkan agara dapat menghebohkan kepada semua mahasiswa/i yang beragama Islam di UMP.
wallahu'alam.



Saban hari, bumi Palestin terus di hujani dengan bom-bom dan peluru-peluru. Samada melalui udara, darat atau laut. Peluru dan bom yang tidak mengenal mangsa. Umat Islam yang tidak bersalah, terus-menerus menjadi mangsa kekejaman tentera Israel. Anak kehilangan ibu, isteri kehilangan suami, dan sebaliknya. Kerakusan Israel seolah-olah tiada akhirnya. Seluruh manusia di muka bumi Allah terus-terusan mengutuk dan mengecam kekejaman mereka. Namun, pemimpin Israel yang seolah-olah tidak mempunyai telinga langsung tidak mengendahkan kutukan-kutukan negara lain. Hasrat mereka hanyalah satu, iaitu menghancurkan umat Islam.
Kutukan-kutukan yang tidak berkesan kepada mereka yang mendapat sokongan daripada Amerika jahanam. Dengan alasan mempertahankan diri dan negara dari serangan HAMAS, mereka menyerang Palestin. Sasaran utama mereka ialah pejuang Hamas, namun yang menjadi korban adalah orang-orang awam. Mereka sebenarnya takut kepada orang-orang awam yang mungkin bangkit menjadi pejuang hebat seperti Allahyarham Sheikh Ahmad Yassin. Apabila seorang pejuang hebat syahid, nescaya akan muncul beribu-ribu pejuang hebat yang lain.

Kini, mangsa korban kekejaman Israel terus meningkat sehingga melebihi 500 orang. Tentera Israel kini terus menjalankan pencerobohan menggunakan bom kimia. Penggunaan bahan kimia ke atas kawasan kepadatan tinggi penduduk seperti semenanjung Gaza, menambah lagi kecaman ke atas Tel Aviv yang dituduh bertindak melampaui batas terhadap roket dilancar Hamas ke atas kawasan diduduki oleh Yahudi. Kita sebagai umat Islam, apa yang mampu kita lakukan??Adakah kita hanya melihat, tanpa menghulurkan sebarang bantuan ataupun kita masih berseronok tatkala saudara-saudara kita di Palestin di serang yahudi laknatullah. Bangkitlah wahai umat Islam. Hulurkanlah bantuan samada melalui kewangan atau apa-apa sahaja bantuan yang boleh membantu Palestin dan menghancurkan rancangan musuh-musuh Allah. Janganlah biarkan diri kita terus leka dengan perkara-perkara tidak berfaedah sebagaimana rancangan yahudi ingin melekakan dan merosakkan umat Islam seluruh dunia. Sesungguhnya, puak-puak yahudi telah berjaya melekakan kita. Mereka kini tersenyum melihat perpecahan umat Islam. Bangkitlah, jangan biarkan rancangan yahudi terus-terusan berjaya. Doakan supaya umat Islam, amnya di Palestin mendapat perlindungan dan tentera Israel gagal dalam rancangannya. Berdoalah, sesungguhnya doa adalah senjata mukmin. Dengan senjata itulah Nabi Allah Nuh AS terselamat, kaumnya yang kafir tenggelam dalam taufan. Dengan senjata itulah Nabi Allah Musa AS terselamat dari kezaliman Firaun. Dengan senjata itulah nabi Allah Salleh AS terselamat dan kaum Tsamud binasa. Dengan senjata itulah Nabi Allah Hud AS berjaya dan kaum Aad kecundang. Dengan senjata itulah Nabi Muhammad SAW menempa kejayaan gemilang dan kaum musyrikin penentangnya tersungkur. Dengan senjata itulah bangsa Rom dan Parsi di kalahkan oleh para sahabat Baginda.
Wallahu’alam.




Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t kerana masih lagi memberi peluang kepada kami untuk berkongsi sedikit sebanyak info-info @ input-input yang insyaallah berguna untuk kita semua sebagai hambaNya. Moga-moga dengan sedikit perkongsian mampu meningkatkan keimanan kpdNya.Sedar atau tidak, sekarang kita telah masuk ke musim Haji. Kini kita berada pada bulan terakhir dalam tahun Islam iaitu bulan Zulhijjah. Umat Islam tanpa mengira kaum, bangsa atau keturunan kini bertumpu di Mekah untuk menunaikan rukun ke-5 dalam Rukun Islam iaitu menunaikan ibadat Haji. Mereka yg berkemampuan seharusnya menggunakan peluang dan rezeki yang Allah berikan untuk menunaikan ibadah Haji dan seterusnya mendapat Haji mabrur. Ramai yang ingin menunaikan ibadat haji, tetapi tidak berkemampuan. samada dari segi kewangan, kesihatan dan lain-lain lagi. Berpeluang untuk beribadat di Baitullah merupakan keinginan umat Islam dan tidak semua berpeluang.

Kini jemaah Haji dari seluruh dunia sedang berkumpul di Padang Arafah melaksanakan salah satu rukun Haji iaitu Wukuf. Sekiranya tidak mengerjakan wukuf, nescaya tidak sah ibadah Haji yang dilakukan. Wukuf dijalankan pada 9 Zulhijjah ( 7 Disember) dan kemudian umat Islam di seluruh dunia akan meyambut Aidiladha pada 10 Zulhijjah sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah.


Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana merupakan hari umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail dalam menunaikan perintah Allah s.w.t. Banyak pengajaran yang kita dapat daripada peristiwa ini yang seharusnya mendidik hati-hati kita menjadi insan yang bertaqwa. Kepada yang berkemampuan, sebaik-baiknya menjalankan ibadat korban dan mengagihkan daging-daging kepada mereka yang layak menerima.Sesungguhnya ramai umat Islam yang tidak mampu untuk membeli daging dan ada yang hanya mampu merasa untuk makannya pada Aidiladha. Ibadah korban dijalankan mulai selepas Solat Hari Raya Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah.

Di kesempatan ini, kami, Sahabat Masjid mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan Maaf Zahir dan Batin. Berhati-hati di jalanraya, moga bertemu di semester yang akan datang. Marilah kita sama-sama doakan kemenangan Islam.InsyaAllah.

Related Posts with Thumbnails