Bersama Menyemarakkan Spirit Dakwah. Islam Untuk Semua.

Naib Presiden 1: Pergolakan Mesir


Recep Tayyip Erdoğan
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdorgan pernah berkata, 
“Kami mengecam rampasan kuasa ke atas Presiden Mesir. Turki hanya akan berurusan dengan Presiden yang dipilih oleh rakyat, Dr. Muhammad Morsi.” 

Berita penggulingan Presiden Mesir, Dr. Muhammad Morsi amat menyedihkan. Mereka menggelar diri mereka sebagai Barisan Penyelamat "Tamarrud" yang didalangi oleh puak sekular bereterusan melakukan penentangan sejak awal kemenangan Dr. Morsi dalam Pilihanraya Presiden selepas Revolusi kejatuhan regim Hosni Mubarak. Kemuncaknya, puak penentang yang didalangi oleh sekutu balaci Mubarak ini telah menganjurkan perhimpunan besar-besaran di Dataran Tahrir dan Ittihadiah pada 30 Jun yang lalu kononya rentetan daripada ucapan Presiden Dr. Morsi pada 26 Jun 2013.

Pada masa yang sama, perhimpunan penyokong Presiden Mesir juga berlangsung di seluruh muhafazah di Mesir terutamanya di Rabiatul Adawiah dan Medan Nahdah Masr. Hampir semua wilayah di Mesir menyaksikan kebanjiran jutaan rakyat Mesir keluar ke dataran-dataran utama samada untuk menyatakan sokongan padu kepada Presiden yang dipilih secara sah mahupun menzahirkan penentangan. Dilaporkan bahawa perhimpunan telah berlaku hampir di 20 dataran utama seluruh Mesir.

Dr. Muhammad Morsi
Kemudiannya, keadaan digemparkan lagi dengan serangan ganas yang dibuat oleh kumpulan perusuh upahan tamarrud, berbekalkan senjata, mereka memecah masuk serta membakar pejabat Ikhwanul Muslimin, membelasah rakyat hanya kerana janggut, mengepung Istana pemerintah, dan yang mendukacitakan juga, Polis dan Tentera serta media sangat berperanan dalam melakukan pengkhianatan ini. Puak tamarrud dilayan seperti kerajaan yang sah manakala penyokong Dr. Morsi disembur dengan gas pemedih mata dan dihalau dari medan himpunan.

Halaman rasmi FJP yang membuat liputan kepada mangsa-mangsa yang cedera yang dirawat di Hospital Ummul Masriyyin di Giza yang menyaksikan suasana gawat selepas serangan kumpulan perusuh upahan ke atas penyokong Mursi melaporkan bahawa 20 orang telah terkorban dan lebih 500 yang lain cedera.

Sebenarnya isu yang berlaku di Mesir didalangi oleh parti-parti pembangkang berhaluan sekular dan munafik yang mana majoriti daripada kalangan mereka ialah sekutu dan pro-Mubarak. Sebelum ini, Islam selalu dicemuh kerana menolak demokrasi. Barat memfitnah gerakan Islam sebagai ganas kerana berjuang mengangkat senjata. Namun, pada hari ini mereka pula meludah ke langit mengangkat senjata menjatuhkan Dr. Morsi yang memenangi pilihanraya sebagai presiden Mesir yang sah dan telus.

Hosni Mubarak
Bagi pencinta Islam berita ini adalah satu yang amat menyedihkan. Baru setahun kita menerima pemerintah yang bisa merubah arus politik dunia , satu demi satu kemenangan dikecapi, satu demi satu kekalahan yang kita terima, cabaran demi cabaran terus menrobosi benteng umat Islam . Namun, inilah yang mematangkan umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia.

Saya selaku Naib Presiden 1, mewakili saf kepimpinan SAHAM menyeru kepada mahasiswa Universiti Malaysia Pahang untuk kita bersama-sama bersolidariti untuk Dr. Morsi. Doa dan terus berdoa. Gunakan segala tenaga yang ada untuk membantu rakyat Mesir dan juga ummat Islam. Jangan sesekali gerun dan takut dengan penguasaan musuh serta genggaman mereka ke atas dunia Islam. Semua itu akan berakhir sekelip mata dan semua kebaikan akan datang. Cuma, masanya belum tiba.

An-Nur: 55, mafhumnya;

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka”

Wallahu'alam.




Mohammad Hafizezazmi Bin Ajamain
Naib Presiden 1
Sahabat Masjid (SAHAM) Sesi 12/13
Universiti Malaysia Pahang (UMP)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails