LAPORAN PROGRAM IJAZAH SANAD AL QURAN 2013
Bersama Syeikh Asyraf (tiga dari kiri) dan Syeikh Abdul Aziz (empat dari kiri) |
Pusat Islam dan
Pembangunan Insan (PIMPIN) Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama
IQBA Training Centre telah menganjurkan program Ijazah Sanad l-Quran pada 25
Januari 2013 – 9 Februari 2013 di Kaherah, Mesir. Program ini telah berjalan
dengan lancar dan kami telah pulang ke tanah air dalam keadaan selamat.
Objektif program ini adalah untuk mendapatkan Ijazah Sanad Al-Quran dengan
bacaan Al-Quran secara bertalaqqi dari Sheikh Quran di Mesir serta bersambung
sanad dengan Rasullulah s.a.w. Program ini mampu membuka minda mahasiswa/i
dengan sejarah Islam, cara bacaan bertajwid serta sebutan makhraj huruf yang
betul yang berlaku dari zaman Rasulullah hingga sekarang.
Sebahagian daripada peserta Program Ijazah Sanad Al-Quran |
Suasana ketika bertalaqqi |
Setelah dua minggu
berusaha dan memperbetulkan bacaan Al-Quran secara bertalaqqi di hadapan
Syeikh, kami berjaya mendapatkan Ijazah Sanad Al-Quran daripada Syeikh
Asyraf Hamid Hasanain Al Azhari Al Misri dan Syeikh Abdul Aziz Al Baidhowi Al
Bajuri Al Azhar Al Indonisi. Mempelajari ilmu Al-Quran adalah Fardhu Kifayah
tetapi mempelajari Al-Quran secara bertajwid adalah Fardhu Ain iaitu wajib bagi
setiap umat Islam. Daripada Abu
Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Umpama orang
mukmin yang membaca Al-Quran seperti buah Utrujjah (seperti limau besar) baunya
wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran
seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik
yang membaca Al-Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya
pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al- Quran seperti buah labu
yang tiada bau dan rasanya pahit”. (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
Setakat
itu sahaja untuk laporan mengenai perjalanan sepanjang program Ijazah Sanad Al-Quran siri pertama di bumi kinanah, Kaherah Mesir. Wallahu’allam.
Ziarah ke Masjid Sultan Ahmed a.k.a hagia Sophia @ Aya Sofya |
(MUHAMAD FAISAL
BIN RAZALI)
Presiden
Sahabat Masjid (SAHAM) 12/13
Universiti Malaysia Pahang
0 comments:
Post a Comment