Bersama Menyemarakkan Spirit Dakwah. Islam Untuk Semua.

tahukah anda rahsia di sebalik ayat 1000 dinar ini??

Suatu malam, seorang hartawan bermimpi bertemu lelaki yang tidak dikenalinya. "Beramallah dengan hartamu sebanyak seribu dinar kepada fakir miskin yang kebanyakan daripada mereka hanya hidup mengemis" pesan lelaki itu kepadanya. Selang beberapa hari, lelaki tersebut muncul lagi dalam mimpinya membawa pesan yang sama. Disebabkan mimpi itu kerap kali dialaminya, maka hartawan berkenaan dengan segera memberi sedekah sebanyak seribu dinar kepada fakir miskin.



Suatu malam, beberapa hari kemudian, hartawan tersebut bermimpi pula lelaki tadi datang kepadanya mengajarkan surah Attalaq, ayat 2-3 yang bermaksud : Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah swt, nescaya Allah swt akan memberinya kelapangan dan rezeki yang tidak terhingga. Sesungguhnya, Allah swt sangat tegas dalam perintahNya dan Dialah yang mentadbirkan sesuatu. Lelaki itu turut berpesan, sesiapa yang mengamalkannya, iaitu membacanya pagi dan petang nescaya Allah swt akan melepaskan mereka dari bahaya yang akan menimpa diri.

Tidak lama kemudian, ketika keluar belayar untuk pergi berdagang, tiba-tiba kapal yang dinaiki hartawan itu dilanda ombak besar. Kapal itu melanggar batu karang dan akhirnya pecah. Semua anak kapal dan penumpang mati lemas kecuali hartawan tersebut. Ditakdirkan Allah swt , dia terdampar di tepi pantai berkenaan bersama barang dagangannya.
Hartawan tersebut cukup percaya kerana mengamalkan ayat tersebut ikhlas kerana Allah swt, serta kerap menderma seribu dinar yang diajarkan oleh lelaki dalam mimpinya itulah yang menyebabkan dia terselamat..Semuanya telah ditakdirkan oleh Allah swt.. ekoran dari peristiwa itu, ayat drp surah Attalaq,2-3 dipanggil ayat 1000 dinar..wallahu'alam

ayat 1000 dinar





Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails